Ratu “Decluttering”, Marie Kondo, pengarang buku terlaris, Magic Life-Changing of Tidying Up, adalah satu nama yang tidak asing lagi, terima kasih kepada rancangan Netflix, “Tidying Up with Marie Kondo”. Dengan bantuannya, kita boleh mendapatkan tips merapikan rumah dengan lebih berkesan!
Menurut Marie, kunci untuk rumah bebas-kekacauan adalah mudah. Dengan setiap barang yang anda miliki, tanya kepada diri sendiri soalan ini,
“Adakah ia membawa kegembiraan ke dalam hidup anda?”
Jika ya, jadi simpanlah perkara-perkara yang membawa anda kegembiraan!
6 Tips Merapikan Rumah Oleh Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Tanpa Menjadi Stress
“Boleh ke buat cara yang sama apabila anda mempunyai anak?”
Buat pengetahuan anda, Marie, merupakan ibu kepada 2 gadis kecil yang comel, Satsuki, 3, dan Miko, 2. Malah Marie berjaya melatih anak-anaknya merapikan rumah dengan kaedah Konmari!
“Ia tidak terlalu awal untuk belajar bagaimana untuk merapikan pakaian. Anda boleh membiarkan anak-anak anda menghadapi cabaran ketika mereka berusia kira-kira 1 tahun, setelah mereka belajar berjalan,” katanya sekali lagi kepada Wall Street Journal.
Tips Merapikan Rumah #1 Ikut arahan yang betul semasa membersihkan dan de-cluttering
Kaedah KonMari mengesyorkan anda mengemas rumah mengikut kategori, bukan berdasarkan lokasi. Selain itu, anda perlu mengikut susunan yang betul iaitu pakaian, buku, kertas, komono (item pelbagai) dan barangan sentimental.
Barang yang mempunyai nilai sentimental biasanya yang paling sukar diuruskan, oleh itu Marie menyarankan agar anda menyimpannya untuk peringkat terakhir.
Kita harus ingat, tujuan dan fokus utama adalah memilih apa yang perlu disimpan, bukan apa yang perlu dibuang.
Tips Merapikan Rumah #2 Ikuti Kaedah Melipat dan Menyusun KonMari
Kaedah KonMari bagi lipat dan menyusun adalah unik. Idea ini adalah untuk melipat pakaian anda menjadi bentuk segi empat tepat.
Pada asasnya, pakaian harus dilipat dengan cara yang membolehkan mereka “berdiri tegak.”
Apabila melibatkan pakaian bayi, Marie juga menyarankan agar pakaian yang dilipat disimpan di dalam kotak terlebih dahulu, dan bukannya terus dimasukkan ke dalam laci.
“Ia mungkin kelihatan memakan masa pada mulanya, tetapi apabila anda mengatur semuanya dengan cara ini, anda akan mendapati bahawa anda sebenarnya menjimatkan masa. Tidak ada lagi yang mencari t-shirt yang hilang dan mengemas laci anda setiap pagi!”
Tips Merapikan Rumah #3 Berikan Barangan Anda ‘Rumah’ Sendiri
Memberi setiap barang dalam rumah tempat tertentu membuatkan aktiviti mencari dan meletakkannya kembali lebih mudah. Ini termasuklah menyediakan ruang khusus untuk barangan kanak-kanak.
“Satu petua yang saya kongsikan ialah apabila kita menyediakan ruang untuk barangan kanak-kanak, ia membuat ibu bapa lebih menyedari betapa mereka perlu membeli barang tertentu. Lagipun, rumah anda adalah ruang yang terhad! Selain itu, ini membantu kanak-kanak mengikutinya dengan meletakkan objek kembali di mana mereka mendapat barang tersebut”, katanya di Instagram.
Tips Merapikan Rumah #4 Galakkan Anak Untuk Bertanggungjawab Ke Atas Barang Sendiri dan Buat Keputusan Untuk Mengemas
Marie percaya ibu bapa boleh mengajar anak-anak sedari awal. Malah, anak perempuan Marie yang sulung mula mengambil dan melipat pakaiannya pada usia 2 tahun!
“Mengemas memerlukan kesedaran, memupuk rasa syukur dan menanamkan disiplin”
Setiap orang dalam rumah perlu bertanggungjawab membuat keputusan tentang perkaranya sendiri.
Semasa mengemas, ajarlah anak-anak sebelum mereka membuang sesuatu (yang membawa kegembiraan), mereka harus mengucapkan terima kasih terlebih dahulu, dan bersyukur atas kebahagiaan yang dibawa ke dalam hidup mereka.
Bantu mereka memilih apa yang harus mereka simpan, dan apa yang harus dibuang. Ini sebenarnya merupakan pengalaman yang baik untuk anak-anak, menurut Marie.
Jadi, bagaimana jika beberapa barangan anak-anak mencetuskan kegembiraan dalam diri mereka, tetapi tidak bagi anda?
Marie sangat percaya kanak-kanak harus dibenarkan untuk menyimpan apa-apa yang terus mencetuskan kegembiraan di dalamnya, tidak kira apa yang difikirkan oleh orang lain.
Tips Merapikan Rumah # 5 Pencetus Daya Kreatif Anak-Anak
Menjadi teratur tidak membosankan, ia sebenarnya mencetuskan kreativiti yang lebih besar pada kanak-kanak, menurut Kondo.
Kanak-kanak boleh menggunakan masa dan tenaga yang biasanya mereka belanjakan untuk mencari sesuatu, untuk usaha yang lebih kreatif.
Tips Merapikan Rumah #6 Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan harap anak-anak anda mula merapikan jika anda tidak mengikuti peraturan sendiri!
“Satu perkara yang saya cuba lakukan adalah dengan menunjukkan contoh. Sebagai contoh, saya pastikan untuk melipat pakaian di depan anak perempuan saya, walaupun mereka masih muda, supaya mereka dapat melihat betapa saya menikmati merapikan.”
Jadi apa yang dikatakan, ibu bapa? Adakah anda bersedia untuk KonMari hidup anda? Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Baca juga:
Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratur Saja!