Pernah tak si suami terfikir asyik tidak cukup saja duit perbelanjaan keluarga, sedangkan gaji sudah boleh dikatakan ‘selesa’. Nak tips murah rezeki, cuba jenguk-jenguk balik kemesraan anda dan isteri baru-baru ini, mesra macam baru kahwin dulu tak? Itu sebenarnya kunci dia!
Sebenarnya nak murah rezeki ni senang saja, kena jaga hubungan antara suami isteri. Jaga maksudnya bukan sekadar nah, cukup makan pakai semua.
Tapi hati tu yang paling penting. Jaga hati isteri, gurau senda dengan isteri dan cuba dapatkan balik bibit-bibit romantis seperti zaman bercinta dulu. Janganlah geli-geli, yalah, mentang-mentang dah berusia terus rasa tak nak jadi romantik.
Jangan begitu yang encik suami. Si isteri pun sama, kalau suami tu tiada ‘effort’ tak salah kalau anda yang mulakan. Tapi jangan si suami tiba-tiba “eh, awak buang tabiat ke?,” tidak boleh ya begitu.
Kata Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, suami isteri mesti berkepit selalu. Mesti kerap bersentuhan, berpelukan dan berciuman kalau mahu hubungan berkekalan. Dan banyak sebenarnya kebaikan untuk suami baik isteri. Cuba tip di bawah kalau tidak percaya:
Tips Murah Rezeki
#1. Salam/cium tangan
Setiap pagi sebelum pergi ke kerja, jangan ‘miss’ salam dan cium tangan suami. Tampak mudah tapi sebenarnya ramai yang tak buat sebab ia diambil ringan. Selain peroleh keberkatan ia juga memberi satu ketenangan sebenarnya. Dan bersalaman tu mestilah kena lama sedikit, dalam 10 saat. Barulah nanti akan keluarnya hormon endorfin. Hormon ini dapat membantu mengurangkan rasa stres dan membuat permulaan hari-hari anda lebih tenang.
#2. Mandi bersama
Selain dapat menjimatkan bil air anda, hubungan suami isteri juga dapat semakin erat ya. Ramai yang cakap sukar nak mandi bersama, anak-anak sentiasa ada dan memerhati. Malulah anak-anak tengok, kalau bagi chance tidak mengapalah, yang tak boleh tengok ibu bapa berkepit pula macam mana? Kalau begitu tunggulah hingga anak-anak tidur. Sebelum tidur tu boleh lah mandi bersama. Selepas itu terus ke kamar tidur. Banyak ya manfaat mandi bersama ini.
#3. Tidur bawah ketiak suami
Bila orang selalu cakap anak manja suka tidur bawah ketiak mak, kali ini isteri pergi tidur bawah ketiak suami pula. Nanti jadilah manja suami isteri. Terbukti dalam kajian, ketiak suami mengeluarkan satu bau yang mampu membuatkan isteri hilang stres. Jadi lepas ni bila stres saja larilah ke bawah ketiak suami ya! Ingat nak murah rezeki jangan malu-malu!
#4. Selesa dengan pasangan
Orang cakap lagi kita selesa dengan pasangan lagi organik sesuatu hubungan itu. Bermakna tiada rahsia antara pasangan. Kentut pun dilepaskan secara terbuka, begitulah tanda selesanya anda bersama pasangan. Si isteri selalunya yang malu-malu untuk kentut. Jangan begitu, bila anda kentut, itu tanda anda percaya pada pasangan anda. Isteri mana yang tidak pernah buat lagi boleh cuba sekarang.
#5. Peluk dan cium
Sentiasalah berpelukan dan berciuman, ia dapat mengeratkan rasa kasih malah bila dah terbiasa, tiba-tiba tak buat anda akan rasa kosong. Bagus pupuk perasaan begitu. Seperti bila tiada rasa rindu, bila sunyi rasa sepi. Suami isteri mesti lakukan sekecil-kecil benda yang mampu mengeratkan hubungan, nampak remeh tapi hakikatnya itulah yang paling penting!
#6. Solat bersama
Jadikan permulaan hari dan pengakhiran hari anda dengan solat berjemaah bersama. Jadikan ia rutin. Percayalah hubungan yang sentiasa mengingatiNya akan dirahmati selalu dan dipermudahkan segalanya. Solat subuh dan maghrib antara yang selalu dilakukan bersama kerana waktu itu adalah afdal untuk berjemaah bersama suami isteri. Cuba lakukannya dan lihat perbezaannya nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: