Melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak harus diajar dari kecil untuk menguasai matematik. Dengan peranan dan sokongan yang ibu bapa berikan, anak anda boleh menguasai secara mudah. Berikut adalah tips yang boleh diikuti untuk anak anda supaya dapat menguasai matematik dengan mudah.
Sediakan Buku Nota
Senaraikan perbelanjaan dalam buku nota. Biasakan diri anak anda berusaha sebelum mendapat ganjaran. Misalnya mereka ditugaskan untuk memberi haiwan peliharaan makan dahulu sebelum mendapat ganjaran tersebut.
Dapat upah
Setiap upah yang mereka dapatkan hasil menolong ibu bapanya akan direkodkan dalam buku nota, sehingga upah menjadi banyak. Upah yang terkumpul mereka boleh gunakan untuk membeli aiskrim, membaiki basikal dan menjaga haiwan peliharaan di rumah. Dengan teknik ini, anak terbiasa secara rutin dalam matematik.
Kaitkan dengan nombor
Semasa menaiki atau menuruni tangga seperti biasa, bilanglah anak tangga bersama anak bersama-sama. Dengan ini, susunan no 1-20 senang untuk diingati anak.
Kaitkan arahan dengan nombor
Jika meminta pertolongan dengan anak, kaitkan arahan anda dengan nombor. Contohnya, “anakku, ambilkan mama 1 helai tisu. 1 saja” Dengan cara ini, anda mengajar kemahiran mendengar dan memberi arahan kepada anak.
Belajar melalui persekitaran
Jika perjalanan di kereta di atas lebuhraya amat membosankan, manfaatkan masa tersebut. Ajak anak bilang berapa buah lori yang dia nampak, berapa RNR sudah pergi bersama anak-anak.
Aktiviti ini pasti menarik perhatian anak-anak. Jika hendakkan aktiviti yang lebih menarik, suruh anak anda bacakan plat kereta di hadapan bersama abangnya. Mereka pasti berlumba untuk jadi yang terbaik.
Ajar dan minta anak tengok jam
Mengajar anak lihat jam menggunakan jam analogue. Jika anda berada di dapur, cuma tanya pukul berapa anak anda nampak pada jam. Anak akan memberikan jawapan seperti, jarum jam yang panjang ada di 10, pendek berada di nombor 2. Jika anda perbetulkan anak anda, anak anda akan belajar dengan sendiri. Jangan marah anak jika salah membaca jam.
Akhir sekali, untuk belajar matematik, ia adalah sangat senang. Cara orang Jepun dan Cina belajar matematik adalah membuat latihan matematik berturut-turut. Cara ini diajar oleh Kumon dan juga SRJKC. Contohnya, muka surat pertama buku latihan adalah 1×8, 2×8, 3×8, 4×8, 5×8, 6×8, 7×8, 8×8….
Dan di muka surat kedua, nombor tidak akan mengikut urutan lagi, tetapi nombor rawak seperti 8×5, 8×8 atau 8×2 dan ia akan berterusan sampai 10 muka surat. Apabila anak sudah selesaikan kesemua 10 muka surat, beliau tidak perlu mengira tetapi sudah hafal bahawa 5×8 atau 8×5 adalah 40.