Tips Parenting Anak Supaya Patut Arahan & Mudah Mendengar Kata, Ibu Ayah Mesti Buat Seperti Ini

Tips untuk menjadikan anak patuh dan mendengar kata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, ia adalah impian kita untuk membesarkan anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya dan mudah mendengar kata. Oleh sebab itu, ibu bapa disarankan mencuba tips parenting anak ini supaya mereka terdidik dengan baik dan sempurna.

Dibawah ini kami senaraikan beberapa tips parenting anak supaya mereka mudah mendangar kata dan boleh terima arahan dengan baik. Semoga membantu!’

3 Tips parenting anak supaya mereka patut arahan dan mendengar kata 

 

#1. Cara didik anak – Sebarkan kasih sayang kepada mereka

Suaplah makanan kepada semua anak dari pinggan atau sudu dan tangan . Jangan menjadi ibu bapa yang pilih kasih walaupun anak sudah pandai suap ke mulut sendiri. Serta pandanglah tepat ke mukanya dan matanya. Dengan cara ini, anak lebih menghargai dan dia merasakan dia menyayangi kita.

Dengan cara ini juga, ini dapat merapatkan hubungan antara adik beradik, dan adik-beradik tidak akan bergaduh. Walaupun orang lain memandang serong terhadap tindakan kita yang terlalu memanjakan anak, percayalah, dengan cara ini anak lebih menghormati dan serta mendahulukan kita.

#2.  Tips parenting anak – Ambil peluang untuk meluangkan masa dengan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingatlah wahai ibu bapa, jangan pernah mengeluh untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Kerana inilah peluang yang anda ada untuk merapatkan hubungan bersama anak-anak.

Janganlah sia-siakan anugerah Tuhan yang paling bernilai ini. Jangan lah tunggu sehingga anak-anak sudah besar dan pandai berdikari, pada masa ini tipislah harapan untuk ibubapa bermesra dan bermanja dengan anak-anak kerana mereka sudah ada laluan hidup sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Cara didik anak – Pandang ke dalam mata anak 

Teknik ini digunakan oleh kerabat diraja Britain iaitu Puteri Diana dan juga puteranya; Putera William juga akan melutut semamsa bercakap dengan anaknya Prince George supaya beliau boleh memandang tepat dalam mata anaknya.

Teknik ini adalah sangat mesra dan anak akan berasa dia seorang dewasa. Pendekatan ini adalah latihan untuk melatih anak untuk berkelakuan seperti seorang dewasa dan memupuk rasa saling menghormati antara ibu bapa dan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh