Rumah Tak Terurus, Suami Cari Pasal? Beri Dia Tips Ini Untuk Seri Rumah Tangga!

Sudahlah rumah masih belum habis kemas. Suami pula cari pasal. Hmm... jom kongsi tips bagaimana suami anda boleh menaikkan seri rumah tangga ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas Suri Rumah Tangga

Tugas suri rumah bukannya setakat menjaga anak, memasak dan mengemas rumah.

Tugas suri rumah bukan terhad pada rumah dan anak saja, okay! Menjaga anak bermaksud - kena sentiasa peka walaupun anak bermain sendirian. Tapi waktu itu juga ibu kena memasak dan mengemas rumah!

Ha... cuba bayangkan sibuk dia macam mana.

Kadang, anak kecil akan lebih rapat dengan ibu.

Sebab itu ibu sampai tak ada masa nak memasak, pergi ke tandas, mandi, gosok gigi ataupun mengemas rumah. Asyik kena berkepit dengan anak ja!

Ragam anak kecil pula memang susah nak agak. Kena jaga dua tiga anak pula... aduh! aduh!

Kenapa suami suka cari pasal dengan isteri yang jadi suri rumah?

Ada banyak cerita yang mengatakan si suami memandang rendah pada isteri yang memilih untuk jadi suri rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih teruk lagi ada yang panggil isteri mereka bodoh, hanya tahu minta duit dari suami, rumah bersepah, berbau, tak cantik dan banyak lagi.

Sampai si suami juga memberi alasan untuk kahwin lain kerana isteri kelihatan kotor, masam, tak jaga penampilan diri dan tak menarik lagi.

Antara sebab-sebab lain mengapa suami asyik cari pasal adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Meluat tengok rumah dan isteri tak terurus

Walaupun isteri anda tidak kerja di pejabat seperti anda, kerjanya di rumah lebih berat dari kerja pejabat . 

Bayangkan, karenah dan ragam seorang anak kecil berumur 4 tahun yang memerlukan perhatian penuh ibunya, sampai isteri tak sempat makan, gosok gigi, dan mandi! 

Itu pun beliau hanya boleh masak bila anak tidur! Sarapan pagi dimakan waktu petang, mandi pula pada waktu malam.

  • Tak secantik dulu

Walaupun isteri tak secantik ataupun badannya tak seramping dulu, tapi, anda harus ingat, badannya yang tak ramping itu telah melahirkan anak untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak itu pula menyusu dari badan isteri. Macam-macam pengorbanan isteri anda, tahu!

Tahukah anda yang seorang ibu menyusu akan kehilangan 3%-5% dari ketumpatan tulangnya?

Nanti bila dia tua, dia akan lebih berisiko menghidap osteoporosis 

  • Nampak “free” tapi tidak

Menyampahnya! Nampak macam free saja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hello, jadual suri rumah macam kami ini tak free okay. Jadual sentiasa penuh macam anda pergi mesyuarat!

Suri rumah tangga harus pastikan anak diberi makan pada waktu tengahari. Itu maksudnya kena masak sebelum masuk tengahari.

Kemudian anak nak mandi pula. Dengan diri sendiri nak mandi. Masak 3 kali sehari. Nak bahagi masa antara anak sulung dan bongsu.

Anak taknak tidur pula!!!! Hmm... bayangkan sibuk ke tak?

  • Penat dengan urusan kerja 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda yang bekerja selama 5 hari seminggu mengeluh penat. Cuba bayangkan suri rumah tangga yang tiada cuti, tiada waktu tetap dan tiada gaji!

Kerja di pejabat boleh mula pukul 9 pagi hingga 6 petang, kerja seorang suri rumah? No no no no.

4 Tips Untuk Serikan Isteri & Rumah Tangga Anda

1 - Berilah masa padanya

Jagalah anak sekali sekala supaya isteri boleh rehat, tidur atau membaca.

Biarlah beliau rehat dan ada masa untuk bersendiri. Carilah spa Muslimah dan biarlah beliau rehat dan dimanjakan di sana.

2 - Belanjalah isteri anda

Jika ada rezeki lebih, belanjalah isteri baju baru ke, atau tudung baru ke, ataupun anting-anting atau apa sajalah asalkan isteri gembira. Bawa isteri keluar “berdating” sekali sekala akan meriangkan hati isteri anda.

3 - Urut badan isteri

Isteri memang penat kalau jaga anak, mengemas rumah dan juga jaga suami. 

Si suami janganlah balik dari kerja dan terus tengok TV saja. Perhatikan isteri anda, bagaimana letih badannya yang mendukung anak dari pagi ke petang. Urutlah badannya yang letih itu. Ia akan memperbaiki mood isteri anda.

4 - Melancong dan bersiar-siar

Semasa cuti panjang, bawalah isteri dan anak anak untuk memakan angin. “Confirm” isteri dan anak gembira.

Suami-suami sekalian, anda berkahwin dengan isteri anda kerana cinta dan sebagai seorang pendamping hidup yang dianugerahi Tuhan. 

Anda bukan berkahwin dengan hamba abdi. Jadilah seorang suami baik yang menolong isteri di rumah dan juga seorang bapa yang disayangi oleh anak-anak.

Isteri juga ada matlamat dan impian untuk dikecapi, tetapi kerana sayangkan anak, beliau sanggup mengorbankan matlamat dan impian beliau.

Rencana dipetik dari OhBulan dan Taufiq Razif

Baca juga:

Penulis

Michelle Goh