Tips urus belanja barangan dapur

Nilai Ringgit Malaysia semakin rendah, harga barangan semakin tinggi, begitu juga belanja dapur semakin besar jumlahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang zaman berjimat-cermat. Nilai Ringgit Malaysia semakin rendah, harga barangan semakin tinggi, begitu juga belanja barangan dapur semakin besar jumlahnya. Mesti ramai di antara kita yang asyik memikirkan cara apa lagikah yang paling praktikal untuk menjimatkan lagi perbelanjaan dapur. Cara apa yang paling terbaik? Mungkin tips ini dapat membantu.

Imej ehsan shutterstock.com

1. Bajet

Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting dalam berjimat. Selain kita dapat merancang perbelanjaan kita, bajet juga akan memastikan kita tidak menggunakan duit lebih dari yang sepatutnya. Dari situ, kita dapat tentukan peruntukan untuk setiap perkara dengan baik. Melalui bajet, kita dapat merancang apa yang kita harus beli untuk perbelanjaan dapur.

2. Jualan murah dan kupon

Sekarang amat mudah untuk kita bandingkan harga barangan yang dijual antara pasaraya, di dalam surat khabar, internet dan juga aplikasi telefon. Juga atas kerana persaingan antara pasaraya, masa promosi juga seakan-akan. Jadi gunakan peluang ini membanding harga antara pasaraya supaya kita dapat membeli dengan harga yang berbaloi.

Selain itu, di akhbar-akhbar, aplikasi dan juga risalah terdapat banyak kupon penjimatan. Mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya menyumbang kepada penjimatan barangan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej ehsan www.moneycrashers.com

3. Simpanan stok

Bagi barangan yang tahan lama seperti minyak, tepung, beras dan bahan pencuci beli dalam kuantiti yang banyak supaya mendapat harga borong. Kita harus merancang jauh ke hadapan. Barangan yang tahan lama lebih berbaloi jika dibeli dengan harga borong kerana ia boleh di simpan lama dan tidak mudah rosak. Tips ini tidak sesuai untuk makanan basah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej ehsan www.fabulouslybroke.com

4. Inventori

Bina sistem inventori yang mudah untuk kita rujuk. Gunakan konsep seperti di pasaraya iaitu ‘First In First Out’ atau FIFO. Konsep ini ialah barang yang kita beli dahulu, akan kita guna dahulu. Jika ada tarikh luput, mengikut tarikh luput. Susun atur barangan dapur juga mengikut tarih luput atau bila ia dibuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh luput yang paling hampir luput, akan diletakan di bahagian hadapan sekali. Jadi apabila kita ingin mengambil stok, kita akan mengambil yang paling hampir dengan tarikh luput. Cara ini akan memastikan kita tidak terlepas pandang barangan dapur yang hampir luput.

5. Rancang menu makanan

Rancang menu makanan secara mingguan. Dengan cara ini, tidaklah kita akan membazir membeli makanan mentah yang tidak perlu hingga terbazir dan dibuang. Selain itu, dengan merancang menu mingguan, kita akan lebih kreatif menyediakan makanan di rumah.

Contohnya, minggu ini menu utama ialah ayam dan daging. Jadi menu minggu ini bolehlah pelbagaikan masakan ayam dan daging. Begitu juga dengan sayuran. Tambahan lagi, ini dapat memastikan makanan basah dan sayuran yang kita makan adalah segar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menguruskan perbelanjaan barangan dapur bulanan. Elakan pembaziran yang merugikan.

kredit: menjaring impian, bubblenotes, dr.nurulhuda, miminadam, mahligai cinta

Penulis

Aqma