6 Tips Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja

Saya pernah tersentak apabila si manja tertekan satu video yang tak sepatutnya di Youtube! Itu saat saya sempat tengok apa yang mereka tonton. Kalau tidak? Mari pastikan Youtube selamat untuk tontonan si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman sekarang sudah berubah. Si manja kini boleh menonton semua perkara di hujung jari. Antara aplikasi kegemaran anak saya adalah halaman Youtube. Video-video pembelajaran yang ada di dalam aplikasi ini memang bagus buat mereka. Terdapat pelbagai maklumat dalam bentuk tulisan, gambar, video, siaran langsung dan macam-macam lagi.

Si manja pula nyata bijak mengendali Youtube, tanpa perlu diajar sejak mereka kecil! Anak generasi barulah katakan. Namun, saya pernah tersentak apabila si manja tertekan satu video yang tak sepatutnya di Youtube! Itu saat saya sempat tengok apa yang mereka tonton. Kalau tidak? Anda pernah terkena situasi yang sama?

Ibu bapa kena pastikan Youtube selamat untuk ditonton si manja! Tapi bagaimana? Berikut terdapat beberapa tips mudah untuk memastikan Youtube selamat digunakan si manja. Mari baca!

#1 Buat akaun keluarga

Guna akaun keluarga untuk Youtube

Ini langkah pertama yang wajib diambil semua ibu bapa! Bukan apa, lebih senang anda pantau dan lihat history atau video apa yang ditonton si manja kelak. Anda juga boleh menentukan usia mengikut usia anak anda, agar Youtube menyekat sebarang video yang tidak bersesuaian.

Langkah: Lepas anda buat akaun keluarga, terus log masuk Youtube dengan akaun tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Buka Restricted Mode atau Dayakan Youtube Safety Mode

Anda pasti tak perasan restricted mode ini. Apabila anda buka dan dayakan safety mode, video-video dengan kandungan yang tidak bermanfaat akan disekat. Bagaimana ingin membuka dan mendayakan mode selamat ini?

Langkah: Buka Youtube, scroll halaman sampai ke bahagian bawah. Anda akan dapat melihat pilihan Restricted Mode . Klik ia dan pilih ‘on‘. Jangan lupa untuk save! Untuk telefon bimbit, anda boleh dapatkan Restricted Mode di bahagian tetapan. Buka tetapan dan pilih General. Dari situ klik on dan save.

#3 Buat playlist yang mesra kanak-kanak

Bimbang walaupun selepas menyekat video-video tidak bermanfaat tersebut, si manja masih berpeluang menyalahguna aplikasi Youtube? Cuba langkah ini! Mari buat sebuah playlist yang mesra kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Insights

Langkah: Pilih 20 video atau lebih dan hasilkan satu playlistPlaylist ini boleh dibuat tanpa gangguan iklan, maka si manja tidak akan ‘tersasar’ ke video-video lain.

#4 Muat turun aplikasi berguna

Aplikasi berguna yang saya nyatakan ini amat membantu! Anda boleh memuat turun aplikasi menerusi Google Play atau App Store di dalam komputer riba atau telefon pintar anda.

Dengan aplikasi Kids Youtuze Parental Control, ibu bapa boleh memilih channel mana yang sesuai untuk si manja. Manakala dengan Mobile Fence Parental Control, ibu bapa boleh menyekat laman web yang tidak sesuai dan menentukan tempoh masa untuk si manja mengakses media sosial! Mudah, bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah: Mari muat turun aplikasi ini —  Kids Youtuze Parental Control dan Mobile Fence Parental Control 

#5 Sekat video/channel tertentu 

Channel yang sama memaparkan kandungan tidak sepatutnya? Anda patut sekat channel sedemikian! Kadang-kadang, walaupun selepas Restricted Mode telah dibuka, masih terdapat beberapa video yang kurang bersesuaian terlepas menjadi tontonan si manja.

Langkah: Cari ‘video blocker‘ di Gudang Chrome, lalu tambah aplikasi tersebut ke dalam pelayar Chrome anda.

Kredit gambar: Insights

Selepas Video Blocker dipasang dalam pelayar Chrome, anda kini bebas untuk menyekat mana-mana video atau channel secara serentak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah: Anda boleh mencari mana-mana video yang tidak diingini, lalu klik kanak dan tekan “block video form this channel“. Semua video yang dimuat naik oleh channel ini akan disekat selamanya!

Kredit gambar: Insights

#6 Pasang Youtube Center Extension pada Chrome anda

Youtube telah menyediakan Youtube Center untuk menjaga kandungan halaman. Tugasnya untuk membuang iklan dan mana-mana video yang tidak berkaitan. Akan tetapi, Youtube Center telah dialihkan daripada Gudang Store.

Langkah: Ikut langkah yang dinyatakan dalam ini untuk memasang Extension ini kembali pada pelayar Chrome anda!

Kemajuan arus teknologi mampu menghanyutkan. Oleh itu, anda harus sentiasa memantau penggunaan gajet oleh si manja, malah memastikan apakah kandungan yang mereka tontoni. Bukan apa, jangan biar mereka hanyut dalam kebebasan dunia tanpa sempadan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: Insight, Yahoo! Tech, Google Play dan Siraplimau

Penulis

Ayu Idris