10 Titik Sensitif Wanita Untuk Hangatkan Lagi Rumah Tangga!

Jom ambil tahu 10 titik sensitif wanita ini! Bolehlah anda goda dan rangsang isteri malam ini dengan teknik rangsangan dan godaan yang tepat ;)

Bila bercakap tentang titik sensitif wanita, ada beberapa bahagian tubuh isteri yang boleh dikatakan sensitif dengan rangsangan

Oleh sebab titik-titik ini terlalu sensitif, ia mampu menaikkan ghairah dan nafsu seorang isteri. Namun, semua titik sensitif wanita ini juga bergantung kepada kesukaannya.

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi tentang bahagian tubuh lelaki yang paling sensitif, hari ini, kami bawakan pula perkongsian 10 titik sensitif wanita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! Bolehlah anda merangsang isteri dengan tepat malam ini 😉

10 titik sensitif wanita yang harus suami rangsang

#1 Bahagian dalam paha

 

Bahagian dalam paha antara titik sensitif wanita yang paling berkesan untuk menggoda isteri. Bahagian dalam paha ini amat sensitif terhadap sentuhan, belaian dan jilatan.

Bahagian dalam paha amat sensitif kerana ia memiliki pelbagai saraf. Oleh sebab itu, jika anda bijak mencium bahagian ini, anda akan membuatkan isteri amat terangsang!

Tapi satu perkara yang anda perlu ingat ketika merangsang titik sensitif pada tubuh wanita ini, jangan gigit bahagian dalam pahanya atau anda akan mudah memotong mood isteri.

#2 Bahagian belakang lutut

Sama seperti bahagian dalam paha, bahagian belakang lutut juga mempunyai pelbagai saraf yang mampu membuatkan wanita jadi ghairah.

Anda boleh menjilat atau menggigit lembut bahagian belakang lututnya. Tapi hati-hati, jangan terlebih rangsang titik sensitif wanita ini, takut ia akan mengganggu isteri.

#3 Punggung isteri

 

Ada beberapa isteri yang suka jika anda memukul lembut atau meramas-ramas punggungnya. Bahkan, ada juga isteri yang terangsang jika anda menjilat atau menyedut punggungnya.

Apa yang penting ialah anda harus mengenalpasti dulu mana titik sensitif wanita. 

Cara paling senang untuk mengenalpasti bahagian tubuh wanita yang paling sensitif ini ialah dengan menyoal pasangan bahagian mana yang dia ingin dirangsang.

#4 Tengkuk

Hembusan nafas lembut (atau keras) di bahagian tengkuk seorang isteri mampu membuatkan dirinya menggigil. 

Apatah lagi jika anda menjilat atau menggigit lembut bahagian titik sensitif wanita ini! Pasti isteri akan mudah terangsang.

Selain itu, jangan lupa pula dengan tugas tangan anda! Tangan itu dapat membantu dengan mengangkat lembut rambut isteri sambil anda mendekatkan mulut ke lehernya.

#5 Telinga

Banyak isteri yang rasa terangsang jika anda menjilat, menghisap atau mencium telinganya.

Tapi mungkin juga ada isteri yang tidak suka jika anda memasukkan lidah atau meniup-niup telinganya. 

Kalau tidak mahu isteri marah, lebih baik anda test dulu sama ada dia suka atau tidak ya!

Oh, berbisik lembut di telinga wanita juga mampu merangsang nafsu mereka. Bisikkan kata-kata kotor berbanding kata-kata biasa.

#6 Kaki

Kaki antara titik sensitif wanita yang selalu terlepas pandang dek lelaki. Kalau anda bijak merangsang kakinya, pasti kakinya itu akan “terbuka” untuk anda 😉

#7 Pergelangan tangan

Sebenarnya, wanita sangat suka jika anda mencium atau menggigit pergelangan tangannya. Dengan cara ini saja pun, isteri mudah untuk terangsang.

Jadi jika anda dekat luar dan ingin menggoda isteri sebelum balik rumah, anda tahu bahagian mana yang ingin disentuh 😛

#8 Puting payudara

Memang semua orang tahu puting payudara antara salah satu titik sensitif wanita. Tapi, tak semua tahu bagaimana ingin merangsang puting payudara dengan betul!

Belaian lembut, ciuman, ramasan, jilatan dan hisapan pada puting payudara harus dilakukan dengan tepat agar wanita lebih cepat terangsang.

#9 Klitoris

 

Klitoris atau biji kelentit yang berada di vagina mampu dirangsang melalui penggunaan lidah, jari atau penis. 

Semua wanita menyukai jika suaminya bijak merangsang klitoris. Bahkan, rangsangan di klitoris (dengan cara yang tepat) mampu membuatkan isteri mencapai klimaks selama 15 minit!

Bagaimana cara yang tepat untuk merangsang klitoris? Kami ada caranya.

Selain klitoris, jangan juga lupa tentang titik G-spot. Jika anda berjaya menemui titik ini, rangsangan yang kecil pun mampu buat isteri anda mencapai klimaks.

#10 Bibir

Jika anda antara lelaki yang bijak mencium, pasti anda tahu teknik-teknik cumbuan yang memberangsangkan. 

Tapi, bibir juga bukan hanya area untuk ciuman. Anda masih boleh menjilat, menghisap dan menggigit ringan bibir isteri anda itu untuk menggodanya.

Apa yang pasti, wanita memerlukan foreplay dan rangsangan awal sebelum mereka benar-benar terangsang dan bersedia untuk beraksi di ranjang. 

Anda sebagai suami haruslah bijak menggoda pasangan agar kalian boleh berzumba di atas katil malam ini. Selamat mencuba! 🙂

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ciuman Bibir Bukan Hanya Hilangkan Stres Tapi Bantu Hindari Gigi Berlubang!

Baca juga: 15 Fakta Penting Yang Semua Wanita Harus Tahu Tentang Miss V Anda

Baca juga: 6 tips untuk goda pasangan agar aksi di ranjang tak bosan dan sekejap saja

Penulis

Ayu Idris