Semalam, Aeon Tebrau digemparkan dengan serangan puluhan rakyat Johor yang membeli dan berbelanja sakan selepas TMJ belanja Aeon tersebut sebanyak RM 1 Juta Ringgit Malaysia.
Seorang pembeli boleh mengambil barangan sebanyak RM3000 hingga memenuhi troli yang disediakan di sana. Wah, untungnya rakyat Johor!
“Saya ingin membuat pengumuman. Pada hari ini apa yang ada beli akan dibayar oleh saya,” ucap Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.
TMJ belanja Aeon secara mengejut
Kedatangan TMJ belanja Aeon itu dilakukan secara mengejut tanpa pengetahuan rakyat negeri Johor. Semasa membuat pengumuman tersebut, rakyat jelata yang ada di gedung membeli belah itu menjerit gembira lantas mengambil apa yang mereka inginkan.
Terdapat kira-kira 100 lebih pembeli pada ketika itu.
TMJ belanja AEON sampai sepah teruk
Disebabkan terlalu seronok dibelanja oleh TMJ, Aeon berkenaan kelihatan teruk dengan barangan dan troli yang tidak terurus. Terdapat sampah di merata tempat serta barang tidak disusun semula ke rak.
Selain troli dipenuhi dengan barang yang tidak jadi beli oleh pembeli, bungkusan terbuka dan bersepah di lantai Aeon. Manakala makanan sejuk beku seperti ais krim pula sudah dibuka plastik tapi mereka tak beli dan ia membuatkan Aeon bertambah rugi!
Apabila terlalu seronok, terdapat juga keluarga yang telah menyuruh setiap ahli keluarganya untuk mendapatkan troli dan meletakkan barang yang mereka nak. Kemudian mereka bertindak untuk bayar di kaunter berasingan!
Ini membuatkan kaunter bayaran penuh dan sesak.
Oleh sebab, gedung Aeon di situ tutup pada 10 malam, ada pembeli tidak sempat membuat bayaran, lalu mereka terpaksa meninggalkan troli dengan pelbagai barang. Apa yang mendukacitakan, ia perbuatan yang cukup memalukan! Tapi faham sajalah kan, TMJ belanja kot, mungkin mereka terlalu teruja!
Anda boleh tengok video ini untuk melihat betapa kecohnya keadaan di sana.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=526&v=hXFDZYN4oFk
Disebabkan itu, pengurusan stor Aeon Tebrau mengambil keputusan menutup operasi pembelian pada pagi, hari ini.
Ia bertujuan untuk proses pembersihan dan menambah barang di rak gedung tersebut. Kemudian, beroperasi semula pada petang ini sehingga diberitahu kelak. Notis permohonan maaf ditampal pada hadapan pintu masuk Aeon berkenaan.
Beginikah cara masyarakat membalas kasih sayang yang diberi oleh TMJ tersebut? Adakah kita terbuka untuk “membuat sepah” setiap kali terdapat sebarang upacara atau acara tertentu?
Tepuk dada, tanya selera.
Sumber: says.com & NST
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia