Utamakan Keselamatan Di Jalan, Kanak-Kanak Pakai Helmet Ketika Main Basikal Buat Ramai Terhibur

Topi keledar selalunya dipakai ketika menaiki motosikal, tapi lain pula kisah adik ini yang memakainya ketika main basikal bersama rakannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Topi keledar sememangnya perkara yang penting apabila berada di atas jalan raya.

Tak kisahlah perjalanan anda jauh atau dekat, ia wajib dipakai untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku hingga boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

Kanak-kanak pakai topi keledar main basikal buat ramai ketawa

Pemakaian topi keledar sememangnya untuk mereka yang membawa motosikal dan juga pembonceng di belakang. Itu yang sering dilihat di jalan raya.

Tapi lain pula ceritanya apabila satu video di laman TikTok telah tular baru-baru ini menunjukkan seorang kanak-kanak dan gelagatnya memakai topi keledar ketika bermain basikal.

Amboi adik, ini baru betul-betul mengutamakan keselamatan!

Agaknya topi keledar siapalah dia ‘rembat’ tu, kan? Nampak topi keledar lagi besar daripada saiz kepalanya. Macam-macam gelagat kanak-kanak zaman sekarang ini. Ada sahaja idea untuk membuatkan orang ramai tertawa.

Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun di TikTok iaitu @poqqaroll dan kini berjaya meraih lebih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@poqqaroll/video/7109397406898310426?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7050368619843077634

Netizen terhibur tengok gelagat adik ini, tidak pernah dibuat orang!

Gelagat adik ini tidak dinafikan telah menghiburkan hati orang ramai. Menjengah di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan komen yang kelakar dan ramai juga memuji betapa kiutnya kanak-kanak ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini boleh buat iklan utamakan keselamatan di jalan raya,” tulis pengguna TikTok @tehopanas.

“Aku auto teringat cerita Upin Ipin yang monyet tu,” tulis seorang lagi komenter di ruangan komen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, ada juga yang menyatakan terlalu penat nak gelak seorang. Mana tidaknya, adik ini kayuh basikal boleh tahan laju, memang patut pun pakai topi keledar. Kalau jatuh, tak lah sakit sangat kan. Bijak betul!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh

Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Baca juga: Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.