Apa Itu Torsio Testis? Penyebab, Gejala Dan Cara Menanganinya

Torsio testis yang tidak dirawat awal boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan. Keadaan abnormal pada testis ini harus ditangani awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Torsio testis adalah keadaan di mana terjadi pergerakan abnormal buah zakar yang menyebabkan pengaliran darah ke testis terhalang.  Ini boleh menyebabkan rasa sakit yang teramat, bengkak dan jika tidak ditangani dengan cepat boleh menyebabkan kerosakan kekal pada testis dan kematian sel-sel testis. 

Apa itu Torsio Testis?

Testicular torsion atau torsio testis berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas. Biasanya berlaku kepada remaja 12-18 tahun. 

Penyebab Torsio Testis

Sebabnya tidak dikenalpasti tapi kebanyakan lelaki yang pernah mengalami perkara ini mempunyai sejarah genetik di mana testisnya boleh berpusing dengan mudah scrotum.

Faktor Risiko Testicular torsion

Ia boleh menyerang sesiapa saja sama ada bayi, kanak-kanak, lelaki remaja atau dewasa. Menurut doktor faktor anatomi tertentu, seperti kecacatan Bell-Clapper, meningkatkan kemungkinan. Jika anda mengesyaki testis terpulas ada sangat penting untuk mendapatkan rawatan segera bagi mengelak perkara lebih parah kerana risiko kehilangan testis boleh berlaku. 

Gejala Torsio Testis

Apabila testis terpulas, anda akan merasa sakit yang tiba-tiba dan kuat di pangkal paha anda. Ia akan menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Boleh jadi anda akan alami loya dan muntah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan Torsio Testis

Pembedahan boleh menyelamatkan testis anda jika anda bertindak pantas. Menurut perunding urologi, Dr. Edwin Jonathan Aslim, pembedahan dalam tempoh enam jam selepas gejala bermula boleh memberi khabar baik. Namun, jika berlengah lebih lama peluang untuk menyelamatkan testis menurun dengan ketara.

Dalam kes yang lebih teruk mengeluarkan testis mungkin perlu untuk mengelakkan komplikasi lebih parah

Kesan Terhadap Kesuburan dan Kesihatan: Apa yang Anda Perlu Tahu

Ia tidaklah bermakna akan menganggu kesuburan anda. Namun, keadaan ini akan menjejaskan pengeluaran hormon dan dalam beberapa kes ia memang boleh menyebabkan ketidaksuburan. Pemeriksaan doktor mengikut jadual penting untuk memantau tahap hormon dan kesihatan testis secara keseluruhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pencegahan Torsio Testis

Di Malaysia adalah sangat sinonim lelaki dianggap tidak memerlukan bantuan perubatan sedangkan mereka juga berhak mendapat manfaat sama seperti wanita. Ia seakan menjadi satu stereotaip bahawa bercakap mengenai penyakit ada tidak sesuai bagi lelaki.

Keadaan ini yang menyebabkan mereka yang menghidap torsio testis sering mendapat rawatan ketika keadaan sudah parah. Disebabkan itu, jika anda rasa anda mengalaminya, lebih elok dapatkan rawatan segera. 

sg.theasianparent

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fungsi Testis Boleh Terganggu Jika Lampin Bayi Dibiar Basah Terlalu Lama?

Baca juga: Buah Zakar Bayi Tak Turun Ke Kantung Bukan Perkara Biasa, Berisiko Kanser/Mandul

Baca juga: Saiz Zakar Suami TERLALU Besar, Ini Cara Berkesan Menikmati Seks Tanpa Rasa Sakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar