10 Tradisi Ibu Menyusu Di Seluruh Dunia Yang Unik & Menghiburkan

Tahukah anda di Republic of Congo, orang lelaki yang beri susu badan? Jom semak 10 tradisi ibu menyusu di seluruh dunia ini untuk tahu pelbagai tradisi unik dan menghiburkan lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 tradisi ibu menyusu di seluruh dunia yang unik dan menghiburkan!

Sebagai penghargaan terhadap minggu penyusuan ibu, laman sesawang Mothering telah mengongsikan 10 jenis tradisi menyusu dari pelbagai negara di seluruh dunia. 

Jika anda rasa penyusuan ibu adalah sama di mana-mana sahaja, cuba baca tradisi-tradisi yang unik ini dan fikir semula.

1 – Mongolia

Ibu yang menyusu di Mongolia
Foto ehsan: Pinterest

Di Mongolia, mereka sangat mengutamakan penyusuan ibu. Bermula dengan secara eksklusif pada enam bulan pertama dan diteruskan sehingga dua tahun.

Dan mereka sangat menghargai penyusuan di tempat awam.

Menurut seorang ibu yang berpengalaman menetap di Mongolia, beliau akan dipuji jika menyusukan anaknya di tempat awam. 

Selain itu, mereka juga mempunyai rutin mengepam susu di tempat awam kerana mereka sangat menghormati nilai nutrisi dalam susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, orang Mongolia sangat suka dengan rasa susu ibu hingga para isteri akan meninggalkan secawan susu ibu untuk suami mereka!

Lebih mengkagumkan, susu ibu dikongsi secara terbuka.

Malah mereka juga menukarkan susu ibu dengan bekalan bahan mentah (sistem barter). Contohnya menukarkan susu ibu dengan susu dan roti.

2 – Kenya

Kenya sangat terkenal dengan amalan dan pengetahuan susu ibu lebih lama dari negara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan inisiatif dua kerajaan mereka, mereka berjaya meningkatkan kadar penyusuan eksklusif dari 13% ke 61%. 

Namun ada mitos dan kepercayaan lama yang menyumbang kepada penghentian beri susu ibu buat sesetengah individu.

Contohnya, sesetengah wanita terutamanya dari etnik Luo dan Luhya – percaya yang jika bergaduh dengan jiran tetangga atau keluarga, susu akan jadi tidak selamat untuk diminum

Jika timbul salah faham atau pergaduhan, wanita itu terpaksa melalui upacara penyucian menggunakan herba ‘manyasi’ sebelum sambung menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tak, mereka tidak boleh sambung menyusukan anak mereka!

Bagi wanita di daerah Nairobi pula, mereka takut untuk menyusu di tempat awam., Ini kerana sesetengah masyarakat percaya yang ada orang dalam komuniti yang ada ‘mata jahat’.

Kepercayaannya – apabila orang merenung wanita yang menyusukan, susu akan jadi kering dan payudara akan sakit. 

3 – Republic of Congo

Bagaimana pula dengan tradisi menyusu di Republic of Congo? Foto ehsan: Trevor Davies

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuak puak yang dipanggil The Aka Tribe merupakan puak pygmy nomad di tengah Afrika. Mereka sangat menekankan kesamaan jantina.

Malah menurut Profesor Antropologi Bary Hewlett, lelaki dan wanita di sana tak dapat dibezakan.

Kanak-kanak pula akan sentiasa dengan ibu bapa mereka. Malah, 47% daripada kanak-kanak akan lebih rapat dengan bapa kerana puak ini mempunyai keintiman dengan bapa yang tak ada di tempat lain.

Semasa pengajian beliau, Profesor Hewleet melihat kaum bapa ‘menyusukan‘ anak mereka sebagai penenang. 

4 – Brazil

Sejak tahun 1985, kadar kematian bayi di Brazil telah menurun dari 63.2 kematian ke 19.6 kematian kerana orang awam mula sedar tentang kepentingan penyusuan ibu

Sokongan Brazil terhadap susu badan sangat hebat hingga keluar larangan pengiklanan susu formula pada tahun 2015. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, sebarang perniagaan yang mendiskriminasikan wanita menyusu akan dikenakan saman atau denda.

Kejayaan terbesar Brazil ialah mewujudkan bank susu ibu yang merupakan Bank Susu Ibu terbesar di dunia.

Dari 292 bank susu di dunia, 220 daripadanya adalah kepunyaan Brazil, berbanding Amerika Syarikat yang hanya mempunyai 23 bank susu.

Sejak tahun 1998, jutaan bayi telah diselamatkan dengan susu yang diderma dari bank susu Brazil.

5 – Iraq

Wanita yang menyusu di Iraq.

Kadar penyusuan ibu masih rendah di Iraq disebabkan mereka memilih untuk memberikan susu formula. 

Kadar penyusuan botol adalah tinggi kerana kurangnya pengetahuan am tentang kebaikan penyusuan ibu.

Walaubagaimanapun, satu populasi di Iraq sangat menyokong penyusuan ibu.

Agama utama di sana ialah Islam dan mereka sangat menyokong penyusuan ibu berdasarkan saranan agama dari Al-Quran. 

Islam mengatakan penyusuan ibu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental bagi kedua-dua ibu dan anak.

Malah, ibu kepada bayi yang lain juga boleh menyusukan bayi orang lain.

Di dalam Islam, wanita yang menyusukan bayi di bawah dua tahun lebih dari lima kali akan dikenali sebagai ibu susuan bayi tersebut atau rida’a.

Ini bermakna, bayi yang disusukan itu adalah adik beradik susuan dengan anak wanita yang menyusukan bayi tersebut dan mereka dilarang sama sekali untuk berkahwin.

6 – India

Foto ehsan Dr. Vinod @ cover asia press

Di India, kurangnya kesedaran awam dan polisi kerajaan menyebabkan kadar penyusuan ibu tak tinggi. Tambahan pula, terdapat banyak mitos penyusuan ibu di negara tersebut.

Contohnya seperti salah satu kumpulan yang dikenali sebagai Bishnoi.

Mereka percaya dengan ‘Praan Daya‘ iaitu menyayangi semua makhluk yang hidup.

Oleh itu, mereka bukan sahaja menyusukan manusia tapi juga haiwan dan lebih popular dengan menyusukan rusa!

Anak rusa yang lemah, tiada ibu dan cedera akan diambil oleh ibu menyusu untuk disusukan hingga sihat. 

7 – Jepun

Di Jepun, masyarakat telah dididik tentang penyusuan ibu lebih dari 30 tahun. 

Tradisi dulu kala Jepun dalam penyusuan ibu masih dikekalkan seperti mengurut payudara. 

Seorang bidan terkenal Jepun, Sotomi Oketani, telah memformulakan teknik urutan yang dinamakan sebagai Metod Oketani.

Kaitan: Urutan Oketani Membantu Melancar Dan Menambah Susu Badan Ibu

Urutan ini dikatakan merangsang pengeluaran susu, membuang pori tersumbat dan juga membantu masalah susu terlalu banyak. 

Selain itu, Oketani juga bagus untuk teknik bercerai susu

Para ibu akan disarankan untuk mengecat atau mewarna payudara mereka untuk membatalkan keinginan si anak untuk menyusu!

Ramai ibu di Jepun berkongsi pelbagai variasi teknik bercerai susu seperti menutup puting dengan ‘plaster’ atau melukis binatang.

Kemudian, mereka akan menceritakan kepada anak yang susu sudah tiada kerana sudah diganti dengan binatang tersebut.

8 – Namibia

Foto ehsan 500px

Negara di barat daya Afrika ini mempunyai kadar penyusuan ibu yang sangat rendah.

Namun, satu puak Namibia iaitu puak Himba telah menunjukkan minat dalam penyusuan ibu.

Mereka adalah puak semi nomad yang jauh dari kemudahan hospital. 

Mereka bukan sahaja bersalin di rumah, malah setiap ibu dalam puak ini akan menyusukan anak mereka. 

Apabila wanita Hambi masuk trimester ketiga, mereka akan tinggal bersama ibu mereka untuk belajar tentang penyusuan ibu.

9 – Guatemala

Foto ehsan: Pinterest

Masyarakat di Guatemala percaya yang kolostrum ialah susu ‘basi’ yang tak boleh diminum.

Daripada memberi kolostrum, mereka akan beri bayi yang baru lahir minum kopi, air gula, soda dan tepung jagung yang dibancuh dengan air.

Namun, masih ada segelintir yang tahu tentang penyusuan ibu dan berjaya.

10 – Britain

Berbanding dengan negara maju lain, Britain mempunyai kadar penyusuan ibu terendah di dunia.

Berdasarkan kajian, hanya 1 daripada 200 bayi yang  menyusu selepas umur setahun. Ini kerana wanita Britain tak digalakkan untuk meneruskan penyusuan ibu.

Secara amnya, wanita di Britain dinasihatkan untuk pastikan bayi tidur mengikut masa, kembali bekerja dan kembali ke rutin sebelum ada bayi secepat mungkin.

Bagaimana? Negara mana yang memang anda tak pernah dengar tradisinya? Menarik bukan.

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

 

Penulis

Aqma