Marah Isteri Leka 'Main' Telefon, Lelaki TAMPAR Anak Berusia Tiga Bulan Hingga Mati!

Tragedi leka main telefon mengorbankan bayi 3 bulan tidak sengaja ditampar oleh bapanya kerana marahkan isteri yang asyik berkepit dengan telefon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Mungkin peribahasa ini sesuai menggambarkan tragedi leka main telefon yang menimpa keluarga ini.

Bayi malang berusia tiga bulan maut selepas ditampar secara tidak sengaja oleh bapanya yang sebenarnya mahu menampar ibu bayi berkenaan kerana terlalu leka bermain telefon.

Tragedi leka main telefon, bayi 3 bulan jadi mangsa

Kejadian berlaku di perkampungan Yadavanahalli di Anekal pinggir Bengaluru, India. Lelaki berkenaan tidak dapat menahan amarah kerana isterinya terlalu leka bermain telefon.

Dia ingin menampar isterinya tetapi hilang keseimbangan badan dan tertampar bayi 3 berusia tiga bulan mereka yang sedang tidur di dalam buaian. 

Pasangan itu berkahwin atas dasar cinta setahun lalu dan dikurniakan anak berusia tiga bulan, tetapi lelaki berkenaan marah kerana isterinya menghabiskan banyak masa dengan berbual dan chat di telefon.

Isteri leka main telefon anak terabai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki berkenaan yang juga seorang pemandu traktor memang menjaga keluarganya dengan baik, tetapi rasa tidak berpuas hati dengan isterinya yang selalu leka bermain telefon sehingga kadangkala anak mereka terabai.

Bagi menunjukkan protesnya, lelaki berkenaan tidak makan di rumah untuk beberapa hari. Ketika hari kejadian, selepas balik dari bekerja, dia terus masuk ke bilik untuk tidur tanpa menjamah makanan dimasak isterinya.

Isterinya kemudian memaksa dia makan sebelum tidur bagaimanapun kerana terlalu marah dan mempersoalkan kenapa wanita itu terlalu leka bermain telefon dia berniat mahu menampar isterinya namun hilang keseimbangan badan dan tertampar anak yang sedang tidur di dalam buaian. 

Bayi itu pada mulanya meraung sebaik saja ditampar, tetapi selepas itu tidak sedarkan diri dia kemudian di bawa ke hospital dan doktor sahkan sudah meninggal dunia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalin dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan bertenaga

Buat 5 benda ini bila rasa nak marah

Kredit foto: focus forward counselling

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat negatif. Ia boleh berpunca dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal.

Siapa sahaja boleh ‘naik angin’, tidak kira suami, isteri, malahan kanak-kanak sekalipun. Tanpa ilmu mengawal diri, sukar untuk menangani dan mengatasi sifat panas baran ini. Apatah lagi untuk menghilangkannya sama sekali. Sudah pasti mengambil masa yang agak lama untuk melatih diri sendiri.

#1. Berikan masa untuk diri sendiri

Tunda kemarahan. Sebagai contoh, kira nombor pada jam tangan. Mengira dari nombor 1 hingga 10. Jangan ingat hanya untuk kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, mengira 1 hingga 10 adalah untuk mencari ketenangan sebelum memberi reaksi pada sitiuasi yang menaikkan kemarahan anda.

Tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Jika perlu, ambil masa untuk berehat dari bertemu dengan orang dan situasi sehingga kekecewaan anda reda.

#2. Relakskan badan untuk legakan otot-otot anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk, cari tempat untuk berbaring atau menyandar. Asalkan berada dalam keadaan relaks, otot-otot akan kendur dan membuatkan anda lega. 

#3. Lepaskan kemarahan setelah tenang

Sebaik sahaja emosi sudah stabil dan boleh berfikir dengan waras, nyatakan kekecewaan atau kemarahan anda dengan tegas tetapi bukan konfrontasi.

Ini lebih baik dengan menyatakan kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa menyakitkan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Fikir dulu sebelum bertindak

Ambil masa untuk respon, bukan terburu-buru. Sebelum memulakan bicara, lebih baik berfikir dahulu. Dalam kemarahan seseorang boleh mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain.

Jadi lebih baik berfikir sejenak kerana mungkin anda akan menyesal selepas mengeluarkan kata kata dalam keadaan marah. Ajak sekali mereka yang bersama anda dalam kemarahan untuk melakukan perkara yang sama.

#5. Beralih dari persekitaran, sumber marah anda

Jangan tunggu. Beralih dari tempat atau persekitaran yang menjadi sumber kepada marah anda. Buat apa tunggu di tempat yang negatif kan? Jadi cuba beralih jauh dari persekitaran itu. Apabila segalanya reda, boleh kembali untuk berbincang semula.

Sumber: daijiworld, myhealth, siraplimau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commarah-marah-sayang

Penulis

Lala Annuar