Trauma Bersalin Semua Wanita TAK Sama, Suami Jangan Anggap Ini Perkara Remeh!

Kemurungan, takut, tidak mahu menjaga anak...kesemua ini merupakan trauma bersalin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun sudah lama melahirkan anak pertama, tetapi ada sesetengah ibu yang rasa takut nak melahirkan anak lagi kerana adanya trauma bersalin. Kenapa pula ada rasa takut bersalin padahal sudah ada pengalaman ya?

Sebenarnya trauma bersalin boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tambahan lagi ketika sedang hamil buat kali ke seterusnya. Ada tak di kalangan ibu yang melalui fasa ini?

Apa Yang Menyebabkan Trauma Bersalin?

Setiap pengalaman hamil sehinggalah melahirkan anak pastinya ada perkara atau komplikasi tertentu yang menyebabkan wanita rasa tidak mahu bersalin lagi.

Malahan ibu yang luarannya nampak bahagia, dan sering memuatnaik foto anak atau pernah cakap mahukan anak lagi pun, ada trauma ini.

Walau apa pun emosi yang dirasakan ibu, jangan terlalu mengendahkan ya. Takut-takut ia boleh menyebabkan Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) pula kerana terlalu bersedih dan kerap berfikir tentang perkara tersebut.

Ada yang cakap bersalin normal mesti kurang trauma berbanding pembedahan. Ini ternyata salah kerana setiap cara melahirkan ada kelebihan dan kekurangan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh menyebabkan trauma bersalin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Trauma sebelumnya.
  • Tiada sokongan moral dari keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
  • Tiada sokongan dari doktor.
  • Kelahiran mati sebelumnya menyebabkan wanita dengan riwayat lahir mati berisiko lebih tinggi untuk cemas tentang kehamilan berikutnya
  • Terlalu takut akan keselamatan dirinya sendiri dan bayi semasa proses bersalin.
  • Pengalaman seksual sebelumnya.
  • Ubat bius yang tidak berfungsi
  • Persepsi sendiri sekiranya tidak boleh bersalin dan terlalu memikirkan perkara negatif yang mungkin terjadi.

Selain itu, ada juga risiko lain yang bisa mempengaruhi seperti sejarah kemurungan, gangguan kecemasan, atau trauma lain. Malahan reaksi negatif juga mungkin terjadi sekiranya ibu mempunyai bayi pramatang.

Ciri-Ciri Wanita Yang Mengalami Trauma

Tekanan fizikal dan mental semasa bersalin boleh ditunjukkan dengan cara yang berbeza, dan melalui tingkat kemurungan yang berlainan. Biasanya, ibu yang trauma mengalami beberapa keadaan berikut:

  • Tak berdaya
  • Bingung
  • Merasa ditinggalkan
  • Ketakutan
  • Tak merasa didengar
  • Merasa diabaikan

Suami harus banyak memberi sokongan berwaspada jika isteri mengalami keadaan berikut:

  • Takut sekiranya mengalami kematian semasa bersalin.
  • Terbayang-bayang kembali proses saat melahirkan
  • Susah tidur

Apa Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengatasi Keadaan Ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda atau pasangan menghadapi masalah ini, mereka berisiko untuk mengalami kurang kepercayaan diri dan merasakan gagal menjadi ibu yang baik. Ini tidak bagus untuk bukan sahaja si ibu, malah si manja juga.

Bagaimana cara mengatasinya?

1. Maafkan Diri Sendiri

Manusia hanya boleh berusaha sementara banyak hal yang terjadi berada adalah di luar kawalan apatah lagi semasa bersalin. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, maafkan diri sendiri dan anggap ia satu pengalaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Beri Waktu Pada Diri Sendiri

Ambil masa untuk tenangkan diri sendiri selama beberapa minit. Ibu juga boleh meluahkan dalam diari untuk proses penyembuhan.

3. Ambil Sisi Positif

Sentiasa yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya dan fokus pada perihal yang positif.

4. Hadapi Pengalaman

Jangan menyesali apa yang telah berlaku dan elakkan dari berfikir, “Kalau aku buat macam ni, mesti tak jadi…”. Ini hanya membuatkan ibu stress dan merasa sedih sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menyusukan Anak

Setelah mengalami kelahiran yang traumatik, proses menyusukana anak mungkin menjadi hal yang sukar bagi beberapa ibu. Tetapi cuba untuk menikmati setiap proses dengan mengikut saranan penyusuan dari doktor.

Kajian mendapati menyusukan anak dapat memberikan hormon kegembiraan dan kasih sayang kepada si manja. Ini sekaligus akan menguatkan naluri ibu dan anak.

Ini bukannya proses pemulihan yang cepat dan mudah, malah memerlukan sokongan dari pelbagai pihak. Mulakan dengan bercakap dengan suami, kawan-kawan atau ahli keluarga terlebih dahulu.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.commengenai-tokophobia

Penulis

Beto Rahman