Trend Menghantar Anak Seawal 4 Tahun Ke Tuisyen

Sudah menjadi trend bagi ibu bapa pada masa kini menghantar anak-anak mereka yang berumur seawal 3 hingga 4 tahun lagi ke pusat tuisyen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah menjadi trend bagi ibu bapa pada masa kini menghantar anak-anak mereka yang berumur seawal 3 hingga 4 tahun ke pusat tuisyen.

Sebab utama ibu bapa melakukannya adalah untuk membolehkan anak mereka cepat belajar dan membaca.

Seorang lelaki bernama Hazhari Ismail telah berkongsi pendapatnya tentang isu ini yang baginya adalah sesuatu yang akan mengundang bencana.

Beliau sedang mendengar radio ketika isu tentang kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun sedang dibincangkan.

Sebab ibu bapa hantar anak ke tempat tuisyen

Ramai ibu bapa yang membuat panggilan dan memberikan pendapat bahawa mereka bersetuju dengan kepentingan tuisyen untuk kanak-kanak.

Antara sebab-sebab mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen pada usia yang awal adalah:-

  • Tekanan dari rakan-rakan. Semua rakan-rakan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen, mereka akan berasa malu jika tidak menghantar anak mereka juga.
  • Disebabkan trend di mana ramai ibu bapa menghantar anak kecil mereka ke pusat tuisyen, ibu bapa yang lain pun mahu ikut juga tanpa berfikir dulu kesannya terhadap anak mereka.
  • Tidak membuang masa di rumah. Sesetengah ibu bapa merasakan anak mereka akan membuang masa jika berada di rumah. Lebih baik hantar ke pusat tuisyen dan menghabiskan masa dengan pembelajaran.
  • Supaya anak-anak tidak terkejut apabila memasuki darjah satu nanti. Anak-anak juga akan senang menduduki ujian Linus dan akan memasuki kelas yang pertama.

Pemikiran ibu bapa di Malaysia pada masa kini adalah sangat membimbangkan.

Ia seperti perlumbaan di mana anak dijadikan taruhan. Berlumba untuk menunjukkan pada orang lain bahawa anak merekalah yang paling pandai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amat mengejutkan, kebanyakan ibu bapa yang bersikap seperti ini adalah dari golongan yang berada dan berpendapatan tinggi.

Sayang sekali, walaupun berada dan dapat hidup mewah, tetapi mereka tidak dapat menilai kepentingan dan keperluan anak-anak dengan betul.

Penderaan emosi pada kanak-kanak

Ya, rakyat Malaysia faham dan sedar tentang isu penderaan fizikal sejak dulu lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka faham bahawa mendera dan merotan akan memberi impak yang berterusan pada perkembangan anak-anak.

Tetapi, kita mudah terlupa bahawa kanak-kanak juga boleh didera secara emosi dan mental!

Berbanding dengan penderaan secara fizikal, penderaan mental dan emosi adalah lebih teruk.

Kita boleh lihat jika anak itu didera secara fizikal, tetapi susah untuk kita nampak atau menilai jika anak itu didera secara mental atau juga emosi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedang kita leka memarahi dan menegur ibu bapa lain yang mendera anak-anak mereka secara fizikal, kite terlupa untuk memandang diri sendiri.

Tekanan emosi kerana dipaksa belajar

Pernah dilaporkan yang seorang pelajar telah membunuh diri kerana gagal di dalam peperiksaannya.

Sungguh tinggi tekanan yang dihadapi bagi seorang budak yang baru berumur 11 tahun!

Kita mempunyai sistem pendidikan yang bagus bagi membentuk intelektual tetapi disebabkan keinginan dan tekanan daripada ibu bapa, anak-anak yang terpaksa menjadi mangsa.

Bilakah agaknya kita akan sedar akan perbuatan kita terhadap anak-anak kecil ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah sehingga keluar di berita tentang budak berumur 4 tahun membunuh diri kerana tidak pandai membaca ABC?

Ibu bapa harus sedar dan menghentikan sikap menunjuk sehingga menjadikan anak- anak sendiri tertekan.

Ini semua salah siapa?

Ini semua adalah sesuatu yang salah, dan siapa yang bersalah di dalam hal ini? Kita sebagai ibu bapa!

Berbanding memaksa anak-anak untuk belajar dan menghantar mereka ke pusat tuisyen secara paksaan, adalah lebih baik kita memupuk dahulu minat belajar.

Anak perlu ingin belajar dengan sendiri dan ini dapat diperolehi jika kita sedari awal membiasakan anak untuk mencintai ilmu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila mereka suka belajar, sudah pasti mereka tidak akan rasa terpaksa ke tempat tuisyen. Malah, lebih mudah untuk mereka cepat menerima ilmu dan menjadi pandai!

Rencana dipetik dari Siakap Keli dan laman Facebook Hazhari Ismail

Penulis

Michelle Goh