Trik Bapa Ini Menghentikan Bayinya Dari Menangis Menarik Perhatian Ramai

Bapa ini mempunyai trik hebat untuk bayi berhenti menangis. Dengan cara menarik yang diajar ini, bayi beliau terus terberhenti menangis dengan serta-merta!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam mana nak bayi berhenti menangis, keluh semua ibu bapa…

Hanya ibu bapa sahaja akan faham bagaimana keadaan bila anak mula menangis di tengah malam tanpa henti. Ketika itu, memang masing-masing sanggup berbuat apa sahaja asalkan si kecil berhenti menangis. 

Mulalah pelbagai idea nak hentikan tangisan dan bagi bayi tidur muncul. 

Daniel Eisenman, seorang pakar motivasi dan bapa baru, telah berjaya menjadi pakar dalam trik menghentikan bayinya dari menangis.

Semasa beliau sedang bersiaran langsung dari laman sosial Facebook peribadinya, anak perempuannya, Divina mula menangis.

Cara memhentikan bayi dari menangis 

Beliau memegang bayinya yang baru lahir itu seperti seorang pakar, dan mula membuat bunyi ‘om’ seperti bermeditasi kepada anaknya itu.

Di dalam hanya beberapa saat, anaknya itu mula senyap

Dan seperti dipukau, anaknya mula menutup mata dan tidur atau berada dalam satu keadaan yang sangat tenang. Lihat sendiri video Daniel ‘memukau’ anaknya itu, sungguh mengkagumkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daniel kemudiannya memuat naik video beliau menenangkan bayinya secara berasingkan dengan hashtag #HowToStopACryingBaby

Dengan lebih 28 juta tontonan dan 300,000 perkongsian, jelas menunjukan ramai ibu bapa kagum dengan apa yang dilakukan olehnya. 

Seorang doktor kanak-kanak berkata yang bunyian ‘humming‘ seperti bunyi vakum, meniru bunyi seperti jantung ibu di dalam rahim – amat digemari oleh si manja. Sebab itu baby Daniel menyukainya!

Adakah cara memhentikan anak menangis ini berkesan jika diguna berkali-kali?

Ada yang mempersoalkan adakah cara itu akan berkesan buat kali kedua?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi Daniel membuat video sekali lagi untuk menunjukan dirinya berjaya menghentikan tangisan anak perempuannya dengan cara tersebut. 

Beliau juga memberitahu yang mereka (dia dan isteri) sering membuat bunyi ‘om’ kepada bayi mereka semasa di dalam perut. Malah, bayi mereka lahir diiringi dengan bunyi meditasi Buddha Thai di ruang tamu rumah mereka.

“White noise” boleh menghentikan bayi menangis di tengah malam

Bagi yang belum pernah mendengar tentang hal ini, inilah yang dipanggil sebagai ‘white noise‘.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‘White noise’ ialah bunyi yang menyelubungi bunyian lain di dalam sesuatu situasi. Ia membantu bayi menjadi lebih tenang dengan bunyi yang tertentu;  seakan-akan bunyi jantung ibu ketika mereka berada dalam rahim.

Antara ‘white noise’ yang popular digunakan ialah:

  • bunyi vakum 
  • bunyi ombak
  • bunyi cengkerik
  • bunyi meditasi
  • bunyi hujan

Namun terdapat pakar yang berpendapat mendedahkan bayi terhadap ‘white noise’ boleh menyebabkan mereka terlalu bergantung kepadanya.

Tetapi ada juga yang berpendapat, penggunaan ‘white noise’ ini bagus bagi memastikan bayi mendapat tidur yang secukupnya kerana mereka memerlukan tidur yang secukupnya untuk membesar.

Buat sesiapa yang masih belum mencuba, jom cuba cara menghentikan anak menangis ini! Mana tahu berkesan, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: countryliving, health line 

Foto dan video : Daniel Eisenman: The Freedom Catalyst

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commeragam-sebelum-tidur-pujuk-menangis/

Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma