Tahniah kerana sudah melepasi trimester pertama dan kini sudah masuk ke trimester kedua kehamilan. Tahukah anda yang kini si kecil anda itu sudah membesar sebesar buah avokado1? Trimester kedua kehamilan juga merupakan tempoh yang amat mengujakan kerana badan anda akan mengalami pelbagai perubahan besar.
Bagi mummy yang mengalami mual atau alahan, selalunya di trimester kedua, ia sudah semakin surut. Namun, ada juga ibu hamil trimester kedua masih mual dan muntah-muntah2. Selain itu, anda juga akan mulai perasan perut anda semakin jelas dan membesar3.
Oleh itu, mummy di luar sana disarankan untuk menikmati setiap perubahan indah ini kerana ramai yang mengatakan bahawa trimester kedua ini adalah trimester yang paling mudah untuk ditangani. Mudah-mudahan ya, Mummy!
Tapi sebelum itu, kami ingin menyediakan beberapa perkara penting yang perlu bakal ibu di luar sana tahu. Mana tidaknya, semua perkara ada ‘plan’, termasuklah sewaktu dan selepas bersalin nanti.
Jangan risau, jika masih buntu kami akan bantu senaraikan. Baca di bawah:
Inilah 5 Perkara Penting Bakal Mummy Perlu Lakukan Semasa Trimester Kedua Kehamilan
#1. Trimester Kedua Kehamilan: Amalkan Pemakanan Sihat4
Ramai bakal ibu sudah mempunyai selera makan kembali setelah memasuki trimester kedua kehamilan apabila loya dan muntah ketika hamil (morning sickness) mulai hilang5.
Namun untuk pertumbuhan bayi yang sihat, kekalkan pemakanan sihat ya ibu-ibu. Apa yang anda boleh buat ialah cukupkan bekalan makanan berkhasiat supaya mudah untuk anda capai ketika anda teringin makan.
Tidak salah sekiranya sekali sekala anda teringin nak makan ais krim coklat, namun haruslah berpada-pada. Banyakkan makanan seperti bijirin, sayuran, buah-buahan, tenusu dan protein. Hati-hati dengan pengambilan makanan manis!
Ibu yang hamil di trimester kedua digalakkan untuk menambah 340 kalori sehari.
Elakkan makanan seperti makanan segera atau minuman berkabonat. Basuh dulu sayur dan buah sebelum makan dengan cuka untuk mengurangkan risiko pencemaran bakteria6.
#2. Trimester Kedua Kehamilan: Sentiasa Kekal Aktif!
Selain lebih berselera di trimester kedua kehamilan, ibu hamil juga akan lebih bertenaga berbanding trimester pertama7. Jadi jangan biarkan kasut sukan anda berhabuk. Bersenam dan tambahkan lagi seri hamil anda! Namun pastikan anda mengambil langkah keselamatan juga. Jangan memaksa badan anda membuat senaman berat hingga memudaratkan. Ambil kira had tubuh badan anda.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah8:
- Berjalan
- Yoga
- Berenang
#3. Trimester Kedua Kehamilan: Ambil Tahu Tentang Hospital Yang Dipilih Untuk Bersalin & Suntikan Imunisasi Anak
Pilihlah hospital yang jaraknya tidak terlalu jauh dari rumah. Ini agar sekiranya berlakunya kecemasan, mudah untuk ke hospital. Dan jangan lupa untuk meluangkan masa melawat ke hospital tersebut. Ambil tahu tentang kemudahan bagi kehamilan yang tinggi risiko.
Jika anda mempunyai rancangan untuk bersalin, bincang dengan pihak hospital tentangnya. Dan semak jika mereka mempunyai penasihat laktasi yang boleh membantu anda dengan penyusuan ibu nanti.
Oh! Sebelum kami terlupa, adalah tidak lengkap rawatan bayi tanpa mengambil dos vaksin yang telah dijadualkan. Jangan pandang enteng tentang penyakit berbahaya yang boleh menyerang anak-anak ya.
Mungkin sebagai ibu bapa baharu atau yang sudah lama ada anak pun masih tertanya-tanya mengapa vaksin untuk bayi penting? Antara yang paling ketara adalah kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang lemah9.
Dengan vaksinasi awal dalam kehidupan kita cuba mencegah penyakit termasuk difteria, tetanus dan batuk kokol. Bayi paling berisiko untuk penyakit ini kerana sistem imun mereka lemah9.
Berikut adalah senarai vaksin dalam Jadual Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan penyakit yang boleh dicegah dengan pengambilannya10.
- BCG adalah Basile Calmette-Guerin. Ia adalah vaksin yang boleh memberi perlindungan terhadap tuberkulosis.
- DTap adalah kombinasi vaksin yang boleh memberi perlindungan terhadap penyakit difteria, tetanus dan pertusis.
- DT adalah dos booster yang boleh memberi perlindungan terhadap difteria dan tetanus
- Hib adalah vaksin yang boleh memberi perlindungan terhadap Haemophilus influenza type B.
- MMR adalah vaksin untuk membantu mencegah penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.
- MR adalah dos booster yang boleh memberi perlindungan terhadap measles (campak) dan rubella.
- JE adalah Japanese Encephalitis dan vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
- Pneumokokal – sebelum ini ia adalah vaksin pilihan namun bermula tahun 2020 kerajaan memberi vaksin pneumokokal secara percuma kepada semua kanak-kanak yang lahir pada 2020 dan setahun seterusnya bagi meningkatkan kualiti kesihatan anak bagi mengelak pelbagai jangkitan penyakit berkaitan pernafasan yang boleh membawa maut11.
Ibu bapa boleh juga mempertimbangkan vaksin-vaksin tambahan yang disyorkan iaitu Rotavirus, Cacar air (chickenpox)dan Influenza12. Vaksin adalah penting, jika sebahagian besar masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah disebabkan oleh imuniti kumpulan9.
Merujuk kepada doktor untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang vaksinasi anak anda jika ada sebarang persoalan.
#4. Trimester Kedua Kehamilan: Persiapkan Bilik Atau Sudut Buat Bayi Anda Di Rumah
Ini antara bahagian yang paling seronok bukan? Menghias bilik bayi. Menyiapkan satu bahagian yang indah untuk menyambut si kecil nanti. Namun ada beberapa perkara yang anda harus titik beratkan dalam penyediaan ini seperti:
- Beli barang yang boleh diguna untuk jangka masa panjang.
- Pastikan ciri keselamatan, contohnya tidak meletakkan selimut, permainan dan bantal dalam katil bayi kerana risiko lemas13.
- Pastikan tempat menyalin lampin mudah akses, senang membuang lampin dan mudah dibersihkan.
- Jika boleh, letak kerusi untuk memudahkan menyusu.
#5. Trimester Kedua Kehamilan: Pilih Pakar Pediatrik!
Bakal ibu ayah di luar sana juga perlu menitikberatkan soal pencarian Pakar Pediatrik yang sesuai. Oh ya, perlu diingatkan juga bahawa pencarian Pakar Pediatrik yang bagus ini memerlukan anda untuk membuat temujanji yang lebih awal, oleh itu rancanglah lebih awal.
Sekiranya ibu bapa tidak dapat rasa keserasian itu, ibu bapa ada hak sepenuhnya untuk menukar pakar sebulat suara.
Ingat, ini adalah berkenaan penjagaan dari segi kesihatan yang utama untuk anak anda, ia adalah kepercayaan paling penting dalam hidup anak anda.
Kalau ada ibu ayah yang masih buntu tentang cabang kategori Pakar Pediatrik yang ada di luar sana, jangan bimbang jangan khuatir! Kami ada di sini untuk membantu menjawab segala persoalan yang terbuku di dada.
Untuk pengetahuan umum, seorang Pakar Pediatrik adalah pakar dalam setiap isu kesihatan serta kelakuan kanak-kanak secara umumnya, namun mereka juga sebenarnya mempunyai bahagian pengkhususan tersendiri juga.
Dalam bidang mereka ini, terdapat pelbagai kategori pakar pediatrik dan ini semua adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka tersendiri. Contohnya seperti14:
#1. Pediatrik Kardiologi.
Golongan ini merupakan pakar dalam segala perihal yang berkaitan dengan jantung kanak-kanak15.
#2. Pediatrik Gastroenterologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sistem pencernaan kanak-kanak16.
#3. Pediatrik Endokrinologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan tumbesaran, akil baligh atau apa-apa gangguan yang berkait-rapat dengan hormon dan kelenjar yang menghasilkannya dalam tubuh badan seorang kanak-kanak17.
#4. Pediatrik Nefrologi.
Golongan ini adalah pakar dalam segala perihal berkaitan dengan buah pinggang dan sistem urin kanak-kanak18.
#5. Pediatrik Rhuematologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan sendi, otot, tulang dan tendon kanak-kanak19.
#6. Pediatrik Hematologi-Onkologi.
Golongan ini pakar dalam segala perihal berkaitan dengan penyakit berkaitan dengan darah dan kanser dalam kalangan kanak-kanak20.
#7. Pediatrik Neonatal-Perinatal.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat bayi yang lahir tinggi risiko selepas kelahiran21.
#8. Pediatrik Pulmonologi.
Golongan ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menghadapi masalah pernafasan dan penyakit paru-paru22.
#9. Pediatrik Penderaan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan menjaga dan merawat kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan23.
#10. Pediatrik Perkembangan dan Kelakuan Kanak-kanak.
Mereka ini pakar yang akan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan perkembangan dan kelakuan mereka24.
#11. Pediatrik Remaja.
Golongan ini pakar yang akan membantu remaja yang mempunyai masalah dalam kehidupan sosial, fizikal dan kelakuan25.
Ini adalah senarai yang agak panjang. Jadi anda bolehlah pilih mengikut keperluan anak, okay?
Kami di theAsianparent mengucapkan selamat maju jaya untuk ibu-ibu di luar sana yang sedang dalam trimester kedua kehamilan. Semoga anda lebih peka dengan kesihatan diri anda. Jaga diri dan baby, ya!
MY-ROT-00243 Jun/2022
References:
- National Health Services (NHS). 16 Weeks Pregnant. Available From: https://www.nhs.uk/start4life/pregnancy/week-by-week/2nd-trimester/week-16/#anchor-tabs. Last Accessed 22 Jun 2022.
- Healthline. When Will This Ever End? How Long Morning Sickness Lasts. Available From: https://www.healthline.com/health/pregnancy/how-long-does-morning-sickness-last#into-second-trimester. Last Accessed 7 Jun 2022.
- Mayo Clinic. 2nd trimester pregnancy: What to expect. Available From: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20047732. Last Accessed 22 Jun 2022.
- eMedicineHealth. How Much Should I Be Eating in the Second Trimester? Available From: https://www.emedicinehealth.com/how_much_should_i_eat_in_the_second_trimester/article_em.htm. Last Accessed 7 Jun 2022.
- Cleveland Clinic. Pregnancy: Second Trimester. Available From: https://my.clevelandclinic.org/health/articles/16092-pregnancy-second-trimester. Las Accessed 15 Jul 2022.
- Colorado State University Extension. Guide to Washing Fresh Produce. Available From: https://www.nifa.usda.gov/sites/default/files/resource/Guide%20to%20Washing%20Fresh%20Produce508.pdf. Last Accessed 22 Jun 2022.
- University of Rochester Medical Center. First Trimester Fatigue. Available From: https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=134&contentid=4. Last Accessed 7 Jun 2022.
- Healthline. What Exercises Are Safe in the Second Trimester? Available From: https://www.healthline.com/health/pregnancy/second-trimester-exercise-fitness#running. Last Accessed 7 Jun 2022.
- MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available From: https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 02 Jun 2022.
- MyHealth. Immunisation Schedule. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/immunisation-schedule/. Last Accessed 7 Jun 2022.
- From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2020 – Pelaksanaan Pemberian Vaksin Pneumokokal Di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak. Available From: https://kpkesihatan.com/2020/11/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-november-2020-pelaksanaan-pemberian-vaksin-pneumokokal-di-bawah-program-imunisasi-kebangsaan-untuk-kanak-kanak/. Last Accessed 15 Jun 2022.
- Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available From: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 Jun 2022.
- U.S Food & Drug Administration. Do Not Use Infant Sleep Positioners Due to the Risk of Suffocation. Available From: https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/do-not-use-infant-sleep-positioners-due-risk-suffocation. Last Accessed 7 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatrics. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatrics. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Cardiology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-cardiology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Gastroenterology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-gastroenterology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Endocrinology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-endocrinology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Nephrology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-nephrology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Rheumatology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-rheumatology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Hematology-Oncology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-hematology-oncology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Neonatal-Perinatal Medicine. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/neonatal-perinatal-medicine. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Pediatric Pulmonology. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/pediatric-pulmonology. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Child Abuse Pediatrics. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/child-abuse-pediatrics. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Development and Behavioral Pediatrics. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/developmental-and-behavioral-pediatrics. Last Accessed 19 Jun 2022.
- Association of American Medical Colleges. Adolescent Medicine. Available From: https://www.aamc.org/cim/explore-options/specialty-profiles/adolescent-medicine. Last Accessed 19 Jun 2022.