Tuala adalah sejenis fabrik penyerap yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan tubuh badan yang dapat menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau mengelap.
Memilih tuala mandi yang berkualiti bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pengeringan, malah ia juga dapat menjamin kebersihan tubuh badan.
Aksesori untuk mandi bagi bayi baru lahir seperti tuala adalah salah satu item penting dalam senarai barang yang diperlukan untuk menjaga bayi.
Harus diingatkan, tuala untuk orang dewasa tidak sesuai untuk bayi baru lahir dan juga kanak-kanak. Sebelum membeli, beri perhatian khusus kepada pembuatan bahan, tekstur dan rupa produk.
Isi Kandungan
Tips Pemilihan Tuala Baby
Tidak dinafikan memilih tuala mandi yang sesuai dengan bayi baru lahir boleh mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis tuala ditawarkan di pasaran.
Jika anda tergesa-gesa mendapatkan produk pertama yang dilihat, tanpa melihat dengan teliti maka anda mempunyai peluang untuk membawa pulang produk berkualiti rendah.
Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti saiz, dan penyerapan air dan tekstur tuala.
1. Bahan dan tekstur tuala
Sangat penting untuk memilih tuala yang diperbuat daripada bahan yang betul. Kain yang berikut dianggap sebagai bahan terbaik untuk membuat tekstil kanak-kanak.
- Kapas : Kain jenis ini popular dalam pembuatan pakaian kanak-kanak. Ia tidak menyebabkan alahan dan kerengsaan, tidak berbahaya kepada kulit kanak-kanak dan orang dewasa. Ia adalah bahan semulajadi hygroscopic yang menyerap kelembapan dan tidak basah. Ada sesetengah digabungkan dengan gentian eucalyptus yang menjadikan produk lebih halus, lembut dan tahan terhadap habuk yang menetap. Namun kekurangannya, kapas cepat melusuh jadi anda perlu menyimpan tuala dengan baik untuk kegunaan masa depan.
- Buluh : Bahan ini kurang popular daripada kapas, tetapi tidak berbeza dari kebanyakan ciri. Buluh adalah kanvas semula jadi dan hypoallergenic yang sama, yang mungkin sedikit lebih basah. Tetapi ini adalah bahan bernafas yang sangat tahan lama dengan sifat antibakteria. Namun material ini memerlukan penjagaan dan pengeringan yang lebih berhati-hati untuk penggunaan dalam tempoh masa yang lama. Oleh kerana penentangan terhadap suhu tinggi yang baik dan kehadiran kesan antiseptik semula jadi, tuala bulu baik untuk kegunaan selepas mandi.
- Flax : Kain linen sini angat “bernafas" dan sangat padat. Ia adalah bahan mesra alam yang tidak membahayakan kanak-kanak atau orang dewasa.
- Microfiber : Bahan ini dengan sempurna menyerap kelembapan, tidak menyebabkan alahan, baik dalam operasi. Ia tahan lama, ia mudah dibuang, kerana ia sangat mudah dalam penjagaan.
Perlu diingatkan, bahan sintetik tidak sesuai untuk tekstil kanak-kanak terutamanya tuala mandi kerana akan menyebabkan alahan, dan lebih buruk lagi ia tidak menyerap kelembapan.
2. Saiz tuala
Saiz tuala bergantung pada apa yang anda ingin gunakan untuknya. Untuk mengelap bayi secara normal, tuala dalam bentuk persegi atau segi empat tepat biasanya dipilih dengan saiz 30 sentimeter atau lebih sedikit. Saiz ini sesuai digunakan untuk mengelap muka, tangan, kaki. Walau bagaimanapun, jika anda akan menggunakan tuala untuk membalut bayi, ia harus lebih besar dan mempunyai bentuk yang sedikit berbeza.
Satu tuala besar biasanya berukuran dari 75×75 hingga 100×100 sentimeter. Ibu ayah digalakkan sekurang-kurangnya untuk mempunyai dua tuala kecil di rumah dan dua yang besar sebagai kelengkapan awal menyambut bayi baru lahir.
3. Reka bentuk tuala
Digalakkan untuk membeli tuala dengan rekaan hood kepala supaya ibu ayah boleh membalut bayi di dalamnya selepas mandi dengan tenang untuk memanaskan badan dan lebih selesa kerana tuala menutupi telinga dan kepala anak.
Beri perhatian juga kepada rekaan yang polos. Aksesori seperti manik atau butang pada tuala boleh merosakkan kulit bayi terutamanya bayi yang mempunyai kulit yang sensitif.
Ibu ayah juga boleh membeli tuala dengan corak cantik atau corak comel. Sebagai contoh, tuala dengan watak kartun kegemaran. Malah ada juga tuala customize dengan nama anak yang boleh ditempah. Apabila kanak-kanak itu membesar, dia akan gembira melihat tuala bayi dengan namanya.
8 Tuala Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir Di Pasaran
Clevamama Bamboo Hooded Towel
Tuala Terbaik Dengan Pelindung Percikan Air
|
Beli di Shopee |
Snapkis 2-Sided Hooded Towel
Tuala Terbaik Anti-Statik
|
Beli di Shopee |
FIFFY Bath Towel
Tuala Terbaik Dengan Penyerapan Yang Tinggi
|
Beli di Shopee |
Pureen Bath Towel
Tuala Terbaik Tidak Mudah Mengecut
|
Beli di Shopee |
Mothercare Cuddle and Dry Bright Towel
Tuala Terbaik Dengan Saiz Yang Besar
|
Beli di Shopee |
Suzuran Baby Gauze Swaddle Bath Towel
Tuala Terbaik Untuk Bayi Berkulit Sensitif
|
Beli di Shopee |
Ikea DRÖMSLOTT Towel
Tuala Terbaik Diperbuat Daripada Kapas Organik
|
Beli di Ikea |
Momo House Microfiber Absorbent Bath Towel
Tuala Terbaik Harga Murah
|
Beli di Shopee |
Clevamama Bamboo Hooded Towel
Tuala Terbaik Dengan Pelindung Percikan Air
Sempurna untuk digunakan bayi baru lahir sehingga berumur 4 tahun ke atas, Tuala Mandi Bayi Clevamama Bamboo yang lebih besar dan sangat lembut dipakai atau dibalut pada bayi anda.
Menariknya, towel direka untuk mengikat leher anda seperti apron untuk bertindak sebagai pelindung percikan untuk pakaian anda, jadi anda boleh memandikan bayi anda dengan lebih tenang dan bermain percikan sepuas-puasnya.
Towel ini juga memastikan anda mempunyai dua tangan bebas untuk mengangkat selamat, dan memberikan pelukan maksimum.
Diperbuat daripada gentian buluh lembut yang mampan, seperti sutera, dengan kualiti anti-bakteria semula jadi dan kapas tulen, ia dijamin lembut dan menyerap pada kulit halus si manja anda dan tenunan istimewanya sesuai untuk mengeringkan antara jari kelingking dan kaki.
Apa yang kami suka :
- Dengan hud kepala yang tersedia dalam pelbagai watak comel, anda boleh yakin bahawa bayi anda dibalut dengan baik untuk mengekalkan kehangatan selepas mandi.
- Diperbuat dengan kain gentian buluh, ultra-lembut dan anti-bakteria semula jadi.
- Saiz tuala yang besar boleh digunakan sehingga usia kanak-kanak.
Snapkis 2-Sided Hooded Towel
Tuala Terbaik Anti-Statik
Snapkis 2-Sided Hooded Towel mungkin adalah towel terbaik yang pernah anda gunakan kerana tuala ini menampilkan haiwan Snapkis yang paling digemari pada hud dan hud bahagian dalam diperincikan dengan teliti untuk memisahkan butiran sulaman daripada sentuhan kulit secara langsung, yang mungkin merengsakan kanak-kanak yang sensitif.
Towel direka bentuk dengan hud bersaiz besar, sesuai untuk memastikan kepala bayi anda hangat selepas mandi atau berenang.
Snapkis dicipta untuk menyediakan ibu bapa bandar dengan penyelesaian pintar supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada detik-detik penting bersama anak-anak mereka. Yakinlah bahawa semua produk kami dibangunkan dengan nilai teras seperti simplicity, keselamatan dan kualiti serta rekaan.
Rekaan Duo Side menggunakan kapas serap tinggi dengan buluh mewah. Bahagian luar ialah fabrik buluh yang sangat lembut dan selesa untuk dipeluk manakala bahagian dalam towel adalah kain terry kapas yang sangat menyerap dan menawarkan pengeringanyang cepat selepas waktu mandi.
Apa yang kami suka :
- Diperbuat daripada 100% buluh berasaskan bio mesra alam dan gentian kapas.
- Hypoallergenic, anti-mikrob, dengan sifat menyahbau.
- Menyerap sehingga 3 kali ganda beratnya sendiri.
- Anti-statik – mengurangkan kejutan statik yang tidak menyenangkan.
- Hud dalam dilapik untuk mengelakkan iritasi kulit akibat sulaman.
- Cukup besar untuk membalut bayi anda sepenuhnya.
- Sesuai untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak kecil.
FIFFY Bath Towel
Tuala Terbaik Dengan Penyerapan Yang Tinggi
Dibuat dengan teliti dengan 100 peratus kapas bergelung untuk memaksimumkan kuasa penyerapan dan meningkatkan masa pengeringan, tuala ini adalah pilihan yang tepat untuk ibu bapa memastikan bayi hangat dan kering selepas mandian yang menyegarkan.
Walaupun harganya murah namun, towel mandian ini mempunyai kuasa penyerapan yang lebih cekap dan pantas. Tuala ini sangat sesuai dijadikan sebagai tuala mandian harian.
Apa yang kami suka :
- Towel ini didatangkan dengan pelbagai warna (biru, merah jambu, hijau dan kuning) yang sesuai dengan bayi mengikut jantina.
- Semua towel termasuk logo FIFFY yang dicetak pada towel
- Bersaiz 48cm x 100cm yang sesuai untuk travel kerana reka bentuknya yang padat
- Didatangkan dalam pek berkembar dengan warna / reka bentuk rawak
Pureen Bath Towel
Tuala Terbaik Tidak Mudah Mengecut
Walaupun sekadar towel bayi, Pureen memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang sangat bagus.
Diperbuat daripada kapas sepenuhnya, ini membuatkan towel ini sangat lembut dan selesa digunakan oleh bayi anda. Tuala mandian ini boleh menyerap air dengan baik dan tidak akan mengecut atau luntur walaupun dicuci berulang kali.
Malah ia direka untuk menjadi lebih lembut dengan setiap cucian dan rata-rata pengguna mengatakan ianya sangat lembut dan mudah dicuci.
Apa yang kami suka :
- Jenama pilihan ibu bapa membeli kelengkapan bayi termasuklah tuala
- Saiz yang besar boleh digunakan sehingga usia kanak-kanak
- Harga yang berpatutan
- Mudah didapati di pasar raya besar
Mothercare Cuddle and Dry Bright Towel
Tuala Terbaik Dengan Saiz Yang Besar
Peluk bayi anda hingga kering dengan menggunakan towel jenama Mothercare pasti dapat membuatkan bayi terasa hangat dari kepala hingga kaki dengan tuala hud berlapis dua ini.
Didatangkan dalam pek 3 helai tuala, towel ini sesuai dibeli awal sebagai kelengkapan persediaan menyambut orang baru.
Malah saiznya yang besar iaitu 75cm x 75cm dapat membalut anak dari kesejukan dari kepala hingga ke kaki selepas waktu mandi serta mengeringkan kulit mereka.
Apa yang kami suka :
- Direka bentuk dengan mengambil kira keperluan anda anda, yang diperbuat dengan kapas yang lembut dan gebu.
- Pek tiga jenis tuala berguna ini akan memastikan anda sentiasa mempunyai tuala tambahan di rumah.
- Sesuai untuk dibawa ke kolam renang dan pantai juga.
Suzuran Baby Gauze Swaddle Bath Towel
Tuala Terbaik Untuk Bayi Berkulit Sensitif
Bagi anda yang mencari towel newborn yang sesuai untuk bayi yang berkulit sensitif, kami syorkan anda menggunakan tuala mandian jenama Suzuran ini.
Diperbuat daripada material 100 peratus kapas penyerap dengan standard gred perubatan Jepun, tuala ini juga mempunyai ciri anti-bakteria, tidak akan menyebabkan alahan dan lembut pada kulit bayi.
Towel newborn ini juga sangat lembut dan ringan, bernafas dan menyerap sangat baik serta tahan lasak dan boleh dibasuh berkali-kali tanpa menyebabkan lusuh dan mengecut.
Apa yang kami suka :
- Cepat kering
- Tiada bahan tambahan bahan kimia dan pendarfluor ditambah
- Sesuai untuk membersihkan bayi semasa mandi dan mengeringkan kulit bayi selepas mandi.
- Boleh juga digunakan sebagai selimut bayi.
Ikea DRÖMSLOTT Towel
Tuala Terbaik Diperbuat Daripada Kapas Organik
Selepas mandi, selesanya anak dapat merangkak ke dalam tuala berhud yang menyamankan. Dengan tuala ini bayi anda dapat berehat dengan selamat dikelilingi oleh lyocell dengan daya serap yang tinggi dan kapas organik iaitu bahan semula jadi yang lembut pada kulit.
Terdiri daripada kapas organik yang ditanam sercara lestari 100% yang diperakui oleh GOTS, bahan semula jadi yang tahan lama yang semakin lembut selepas setiap basuhan.
Mudah untuk menjaganya agar bersih; iaitu cucian menggunakan air panas pada mesin basuh (60°C).
Telah diuji dan tidak mengandungi bahan, ftalat atau bahan kimia yang boleh membahayakan kulit atau kesihatan anak anda.
Apa yang kami suka :
- Saiznya yang besar boleh dipakai dalam tempoh yang lama
- Towel tahan lama kerana basuh berkali-kali tuala tetap lembut dan tidak lusuh
- Tidak membahayakan kulit anak malah sesuai untuk bayi berkulit sensitif
Momo House Microfiber Absorbent Bath Towel
Tuala Terbaik Harga Murah
Towel ini diperbuat daripada kapas serat mikro yang berkualiti dengan saiz tuala ialah 140cm x 70cm malah towel ini juga tidak mengandungi sebarang pendarfluor yang tidak akan menyakiti bayi apabila digunakan.
Towel ini mesra kulit dan lembut dan ia juga sangat menyerap air. Hasil kerja yang indah menjadikan tuala kelihatan cantik dan tahan lama. Kartun yang dicetak juga menggunakan bahan alam sekitar yang tidak akan mencederakan badan si bayi.
Apa yang kami suka :
- Mudah dibasuh
- Kadar penyerapan air yang tinggi
- Reka bentuk yang luas dan hasil kerja yang memuaskan
- Lembapan yang bernafas
Perbandingan Harga Tuala Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir Di Pasaran
Jenama | Saiz | Harga |
Clevamama Bamboo Hooded Towel | 98 cm x 98 cm | RM93.50 |
Snapkis 2-Sided Hooded Towel | 76 cm x 76 cm | RM63.00 |
FIFFY Bath Towel | 48 cm x 100 cm | RM16.90 |
Pureen Bath Towel | 58 cm x 116 cm | RM24.60 |
Mothercare Cuddle and Dry Bright Towel | 75 cm x 75cm | RM105.00 |
Suzuran Baby Gauze Swaddle Bath Towel | 86 cm x 33 cm | RM40.50 |
Ikea DRÖMSLOTT | 60 cm x 125 cm | RM59.00 |
Momo House Microfiber Absorbent Bath Towel | 70 cm x 140 cm | RM2.45 |
Tips Penjagaan/Cuci Tuala Mandi Bayi Agar Kekal Tampak Baru Dan Bebas Toksik
Towel mandi bayi mesti dijaga dengan baik. Penggunaan tidak betul dan pembersihan atau pengeringan tuala yang salah boleh menyebabkan bayi anda mengalami alergi atau tindak balas yang sangat sensitif.
Ikuti panduan di bawah sebagai langkah penjagaan towel mandi bayi agar kekal tampak baru dan bebas toksik.
- Sebelum anda menggunakan towel yang dibeli untuk kali pertama, anda perlu membasuhnya terlebih dahulu. Tetapkan suhu air kepada 60 darjah selsius.
- Gunakan sabun pencuci khas untuk pakaian bayi yang boleh dibeli di kebanyakan pasar raya utama.
- Sebelum mencuci baca dahulu label di towel, beri perhatian kepada peraturan mencuci sama ada perlu dicuci dengan air suam atau tidak boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan sebagainya agar tuala dapat digunakan dalam tempoh yang lama.
- Jika selepas mencuci pertama towel telah hilang kelembutannya, pudar, menjadi kasar, atau hilang warna elakkan daripada menggunakannya.
- Walaupun ia telah kering setelah digunakan namun bakteria boleh datang di mana sahaja dan bersembunyi di dalam serat kain oleh itu ibu ayah dinasihatkan untuk mencuci towel setiap 2 hingga 3 hari bergantung kepada berapa kerap digunakan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Petua Mandian Bayi Oleh ‘Orang Lama’ & Moden Untuk Turunkan Suhu Demam Bayi
Baca juga: Jangan Asal Pilih Mandian Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Mandi Yang Sesuai dan Selamat Untuk Si Kecil
Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam