'Tub Toys' Punca Mata Anak Hampir Buta, Buang Saja! Ada Bakteria Bahaya Yang Anda Tak Boleh Cuci!

Tub toys antara peralatan yang boleh kata wajib jika ibu atau ayah mandikan bayi dalam besen mandi mereka. Ia antaraya sebab mahu melekakan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tub toys antara peralatan yang boleh kata wajib jika ibu atau ayah mandikan bayi dalam besen mandi mereka. Antara sebab kenapa ia digunakan adalah mahu melekakan bayi dengan barang mainan mereka sementara dimandikan.

Ada juga yang menganggap tub toys ini sebagai alatan mainan yang boleh merangsang minda bayi ketika dia dimandikan. Ibarat salah satu sesi pembelajaran untuk anak.

Pelbagai jenis tub toys dijual di pasaran, biasanya tub toys datang dalam bentuk silikon dan ia biasanya berunsurkan haiwan laut yang dikaitkan dengan air dan bilik mandi. Tetapi pernahkah anda terfikir, tub toys yang diberikan kepada anak berulang kali dalam bilik mandi ketika kita memandikan anak sebenarnya tempat bakteria berbahaya membiak?

Tub toys tempat bakteria bahaya membiak! 

Seperti dikongsikan majalahpama berdasarkan pengalaman ngeri dialami seorang ibu yang mana mata anaknya hampir buta gara-gara permainan dalam bilik air ini.

Memang langsung tidak disangka, tub toys yang kita gunakan selama ini, walaupun dicuci bakteria yang wujud padanya susah untuk hilang dengan kata lain ia tidak mungkin dihilangkan dan akhirnya akan membawa bahaya kepada anak.

Takutkan? Tetapi itulah hakikatnya. Siapa saja menyangka mata bayinya yang pada mulanya elok saja menjadi merah dan semakin bengkak gara-gara bakteria pada tub toys!

Berikut adalah perkongsian ibu ini mengenai anaknya yang hampir buta gara-gara tub toys. 

Saya belajar sesuatu. Lama dan berbulan-bulan saya berfikir sebab saya tidak pasti sama ada orang lain mahu melihat perkara ini. Tetapi saya menyimpulkan bahawa orang lain patut tahu juga. Ambillah ia sebagai satu pengajaran supaya ia tidak berulang pada anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tahu air boleh terperangkap dalam mainan tab mandi, terutamanya getah yang direka untuk memancutkan air. Saya memang melihat ia dipenuhi air. Oleh itu saya memerahnya dan mencucinya secara berkala dengan peluntur.

Tetapi saya tidak pernah tahu bahawa mainan itu tidak kering sepenuhnya di bahagian dalam walaupun ia sudah diperah dan dibersihkan dan ini bermakna bakteria yang tidak kelihatan masih membiak.

Buang saja tub toys itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia memancutkan air dari mainan tab mandi (tub toys) ke dalam matanya,  pada ketika itu saya melihat matanya sedikit merah. Saya rasa ia mungkin kesan daripada air yang masuk ke dalam matanya dan menjadi sedikit pedih jadi saya tidak memikirkannya.

Tetapi malam itu setelah melihat matanya masih merah, kami membawanya ke rawatan segera dengan anggapan dia mengalami sakit mata. 

Doktor memberinya ubat titis mata dos pertama dan kemudian saya memutuskan untuk memberi dos penggalak (booster dose) di tengah malam bagi memastikan matanya kembali sembuh pada waktu pagi.

Saya langsung tidak menjangka apabila saya melihat ke dalam katilnya selepas itu matanya bengkak hingga dua kali ukuran sebelumnya malah kemerah naik sehingga ke pipinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami segera membawanya ke bahagian kecemasan dan doktor memberinya antibiotik makan pada kira-kira jam 2.30 pagi. 

Ketika dia bangun pada pukul 6 pagi, saya menjerit dan segera menuju ke hospital. Dia mengalami demam dan matanya bengkak sehingga bahagian putihnya menonjol keluar dari antara kelopak matanya dan irisnya tersembunyi.

Antibiotik IV segera dimulakan dan kerana pembengkakan yang ketara, CT scan dilakukan untuk memeriksa retina.

Cellulitis yang teruk merebak ke wajah dan kedua-dua matanya. Saya diberi amaran bahawa dia mungkin kehilangan penglihatan, tetapi pada akhirnya, terima kasih Tuhan matanya sembuh.

Jadi tub toys? Buang saja! Kerana anda memang tidak boleh membersihkannya. Anda tidak dapat melihat bakteria. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah cellulitis?

Kredit foto; eden strong

Ia adalah jangkitan kulit yang berpotensi menimbulkan masalah serius. Jangkitan ini biasanya disebabkan oleh bakteria staphylococci dan streptococci.

Apabila timbul, jangkitan ini akan merebak dengan cepat diikuti rasa sakit, sedikit hangat di bahagian bengkak dan mengalami pembengkakak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak seperti jangkitan kulit lain yang hanya menyerang epidermis atau lapisan kulit paling luar, cellulitis menyerang lapisan kulit yang lebih dalam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Awas, mainan plastik lama mungkin berbahaya untuk anak anda!

Penulis

Lala Annuar