Misteri Penemuan Tiga Kaki Kanak-Kanak Yang Digonggong Anjing, Siapakah Pemiliknya?

lead image

Gempar kejadian penemuan tubuh badan kanak-kanak iaitu tiga bahagian anggota kaki telah dibawa oleh anjing yang bermain. Apakah yang telah berlaku?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masyarakat di Kota Kinabalu digemparkan dengan penemuan tiga cebisan anggota tubuh badan iaitu kaki kanak-kanak anggaran usia 2 hingga 3 tahun.

Hal ini dikatakan berlaku di belakang salah sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata perkara itu disedari seorang pekerja bengkel tersebut apabila terlihat beberapa ekor anjing sedang bermain sambil menggigit kaki-kaki yang mereput.

“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba anggota telah menjalankan pemeriksaan. Hasil penemuan hanyalah 3 tapak kaki tanpa sebarang anggota tubuh badan lain,”

“Pemeriksaan lanjut turut  mendapati bahawa tapak kaki tersebut tiada kesan kena potong dan hanya ada kesan gigitan, yang dipercayai gigitan binatang,” katanya.

Bukan itu sahaja, pemeriksaan lanjut dan menyeluruh di sekitar lokasi penemuan tapak kaki itu turut tidak menemui sebarang anggota badan yang lain.

“Menjadi tanda tanya sama ada milik kanak-kanak hilang atau kanak-kanak yang telah dikebumikan sebelum ini. Ia mungkin digali oleh anjing sebelum membawa tapak kaki itu ke kawasan berkenaan,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: harian metro

“Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan dibantu pasukan Forensik, termasuk anjing K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang tinggal lokasi berhampiran yang berhadapan dengan masalah kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan kanak-kanak mereka memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Polis akan melakukan siasatan dari semua aspek bagi mengenal pasti identiti pemilik tapak kaki itu,” tambahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tindakan sekiranya menemui tubuh badan mayat

credit to sources

Sebelum anda memutuskan untuk memberikan bantuan kecemasan, anda perlu memastikan tahap keselamatan anda dari persekitaran.

Ia mungkin  adalah satu perangkap! Jika ada orang lain yang berhampiran seperti pejalan kaki atau pengguna jalan raya, minta bantuan mereka untuk bersama-sama anda memastikan keadaan individu tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, sekiranya hati mengatakan bahawa anda tidak selamat untuk berada lebih lama di situ, segera meninggalkan kawasan tersebut dan buat laporan di balai polis yang terdekat. 

Hal yang perlu anda sedari adalah tempat penemuan mayat itu berkemungkinan adalah tempat kejadian jenayah.

Segala yang ada pada mangsa dan di sekelilingnya boleh dijadikan sebagai bahan bukti milik pihak penyiasat.

Justeru, anda tidak boleh mengganggu bahan bukti dan merosakkan tempat kejadian jenayah yang belum diproses. Silap-silap anda akan disoal siasat polis atas kesalahan mengganggu siasatan atau untuk membantu pihak polis.

Perkara yang dilarang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Menyentuh mayat atau sebarang perkara yang terdapat di sekelilingnya. Biarkan ia seperti mula-mula anda sampai ke tempat tersebut.

#2. Membawa balik mayat yang anda temui ke rumah walaupun melibatkan orang yang anda kenali.  

#3. Mengambil dompet, telefon bimbit mayat atau sebarang barangan berharga milik si mati seperti gelang, jam, rantai dan kasut.

#4. Menutup mayat dengan kain, plastik atau kertas yang anda jumpa di persekitaran tersebut. Jangan gunakan juga kain milik anda kerana ia menambahkan bahan bukti yang tidak sepatutnya ada seperti bulu, rambut dan kepingan kulit mati milik anda. 

#5. Anda boleh duduk jauh daripada mayat sehingga pegawai polis datang mengawal keadaan. Sekiranya ramai orang mahu melihat dengan jelas mayat, anda boleh nasihatkan mereka dengan baik agar tidak terlalu menghampiri mayat dan mengerumuninya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Merokok atau membuang puntung rokok di kawasan tersebut. Rokok anda boleh dikutip oleh pegawai penyiasat dan dijadikan sebagai bahan bukti. Tidak mustahil anda akan ditahan sebagai suspek setelah keputusan analisis makmal ke atas puntung rokok dikeluarkan.

#7. Meludah atau termuntah ke atas/berhampiran mayat. Anda akan memusnahkan bahan bukti sebenar sehingga menyusahkan pasukan penyiasat.

Sumber: Free Malaysia Today, My Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comambil-darah