20 tahun YB Nurul Izzah setia dengan tudung bawal, ini 7 sebabnya...

Rupa-rupanya, sudah 20 tahun YB Nurul Izzah setia dengan tudung bawal. Bawal kegemarannya ialah tudung bawal exclusive. Kenapa? Ini 7 sebabnya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda Fara Fauzana dan YB Nurul Izzah sama-sama pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya?

Ha, patutlah dalam pertemuan mereka sebelum ini di ‘Datang Konti Rumah’, punya meriah ha mereka bersembang!

Dalam sembang-sembang rancak itu, Fara Fauzana sempat memujuk YB Nurul Izzah untuk mencuba tudung shawl. Ini sebab YB memang terkenal dengan tudung bawal exclusive.

Puas Fara Fauzana memujuk Nurul Izzah, tapi masih gagal. Dalam senyum manisnya, Nurul Izzah mengakui dia begitu setia dengan tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Kenapa? Ini 7 sebabnya:

7 sebab kenapa Nurul Izzah setia dengan tudung bawal exclusive

#1 Tudung bawal cepat serap peluh

Ini bersesuaian sangatlah dengan kerja harian YB yang sentiasa bergerak aktif. Kalau YB Nurul Izzah pakai shawl, nanti susah sebab ada peluh yang akan meninggalkan kesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hmm… logik juga kan? Patutlah tudung bawal jadi pilihan beliau!

#2 Tudung bawal exclusive jadi pilihan

Dalam banyak-banyak koleksi tudung bawal, tudung bawal exclusive adalah kegemaran YB Nurul Izzah. 

Namun, walaupun umum tahu tudung bawal exclusive itu mahal, tapi YB hanya pilih tudung yang simple dan harga paling rendah saja.

#3 Sudah jadi koleksi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada tudung bawal yang sudah disimpan sejak tahun 1998! Paling lama dalam koleksi beliau ialah tudung bawal klasik.

#4 Tudung bawal senang nak tutup dagu

Tujuannya untuk memudahkan bersolat.

#5 Tudung shawl cepat senget

Bukan tidak pernah cuba memakai tudung shawl, tapi menurut YB Nurul Izzah, dalam masa 20 minit saja, tudungnya itu senget teruk!

Beliau pun apa lagi – kembalilah ke tudung bawal exclusive semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Jangan pupuskan tudung bawal

Ketika diminta berbahas tentang pemakaian tudung bawal, YB Nurul Izzah berkata 

“Kalau kita tak teruskan, nanti pupuslah tudung bawal ini. Kita kena hargai setiap wanita yang ada citarasa dan pilihan sendiri. Mereka yang pakai tudung bawal ini akan rasa lebih selesa, tenang saja.”

#7 Tak kisah jika ada produk tudung guna nama YB Nurul Izzah

Asalkan setiap jualan akan diperuntukkan untuk tujuan amal. Itu namanya sedekah.

Wah, wah, sekarang kita sudah tahu kenapa YB Nurul Izzah setia habis dengan tudung bawal beliau. Anda bagaimana? Apa tudung kegemaran anda?

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: The Vocket

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comnurul-izzah-anwar/

Penulis

Ayu Idris