Menaiki kapal terbang memang satu pengalaman yang menyeronokan bagi sesetengah orang. Namun ia mimpi ngeri bagi keluarga ini apabila si kecil mereka mengalami retak tulang belakang kerana pergolakan udara dalam kapal terbang.
Namun seperti pengangkutan lain, kapal terbang juga tidak terkecuali dari risiko kemalangan atau kecelakaan.
Seperti apa yang terjadi pada kapal terbang Boeing 777 The Aeroflot dari Moscow ini.
Semasa penerbangan The Aeroflot ke ibu negara Thailand, Bangkok, ia tiba-tiba termasuk ke dalam kawasan pergolakan udara yang kuat.
Bayi retak tulang belakang akibat tidak memasang tali pinggan keledar
Tanpa sempat memasang isyarat memakai tali pinggang keledar kepada penumpang, pergolakan ini menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Ramai penumpang yang tercampak dari tempat duduk mereka, termasuklah tiga bayi yang sedang berada dipangkuan ibu mereka.
Kejadian ini telah menyebabkan tulang belakang bayi-bayi ini patah. Malah dua puluh lima lagi penumpang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Sembilan belas penumpang terpaksa di masukkan ke hospital sementara lagi dua orang melalui pembedahan kecemasan.
Menurut laporan, penumpang yang tidak berada di tempat duduk mengalami kecederaan paling teruk. Ada yang mengalami patah tulang, pendarahan luaran dan dalaman.
Salah seorang penumpang, Evgenia Zibrova sempat merakam kejadian tersebut dan telah memuat naik video tersebut di internet.
Kata Zibrova di dalam komen video yang dimuat naiknya:
“Keadaan itu sungguh menakutkan, bayi-bayi penuh dengan kesan lebam. Orang ramai tidak sedarkan diri. Kami bernasib baik masih bernyawa.”
Pergolakan udara semasa penerbangan
‘Turbulance’ atau pergolakan udara adalah kejadian yang normal dalam penerbangan. Ianya berlaku disebabkan aliran udara yang lancar terganggu.
Sama ada disebabkan oleh udara panas yang tiba-tiba naik ke kawasan udara sejuk, struktur yang mengganggu aliran udara atau poket udara bersebelahan dari arah berlainan.
Ianya sukar untuk dijangka dan memang boleh terjadi secara tiba-tiba. Namun di dalam kejadian ini, pergolakan udara yang dialami mereka adalah sungguh teruk.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, kecederaan akibat pergolakan udara adalah lebih kurang 58 orang pada tahun 1980-2008.
Syukur kejadian pergolakan udara ini tidak mengorbankan nyawa.
Diharap mereka yang cedera terutamanya bayi-bayi yang mengalami tulang belakang patah dapat sembuh seperti sedia kala.
Tip keselamatan membawa bayi menaiki kapal terbang
Dikesempatan ini, AsianParent ingin berkongsi tip keselamatan membawa bayi menaiki kapal terbang.
- Beli tempat duduk lebih dan bawa kerusi keselamatan (safety seat).
Ini adalah langkah keselamatan yang terbaik. Membawa kerusi keselamatan untuk bayi anda dan pasangkan pada tempat duduk lebih yang anda beli. Ia akan membantu memastikan bayi anda tidak tercampak semasa kejadian yang tidak diingini. - Memasang kerusi keselamatan
Pastikan anda memasang kerusi keselamatan dan bukan hanya meletakan ia di atas tempat duduk. - Mesra bayi/kanak-kanak
Pilih syarikat penerbangan yang mesra bayi dan kanak-kanak, kerana mereka akan lebih menitik beratkan aspek keselamatan si penumpang kecil. Seperti mempunyai abah-abah (harness) khas untuk memegang kerusi keselamatan bayi.
Anda boleh menonton video bagaimana menggunakan kerusi keselamatan di dalam kapal terbang di sini.
Sumber: yahoo, havebabywilltravel