Memberi anak kita yang baru tumbuh gigi alat ‘teething’ yang khas untuk bayi, itu adalah sesuatu yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila seorang ibu, dari Moscow Rusia, memberikan anak kecilnya alat mainan seks untuk digigit bagi menghilangkan gatal gusi.
Wanita ini berikan bayi tumbuh gigi mainan seks Dildo
Ibu yang berusia 29 tahun itu, dikenali sebagai Ekaterina E., telah menerima banyak kritikan di media sosialnya setelah dia memuat naik gambar anaknya yang diberi mainan seks dikenali sebagai dildo.
Gambar tersebut dengan jelas menunjukkan yang Ekaterina menghulurkan mainan dewasa tersebut ke arah mulut bayi lelakinya yang baru berusia 3 bulan lebih. Si kecil itu lahir pada 8 Januari yang lalu.
Yang lebih mengejutkan, mainan tersebut turut mempunyai kondom padanya!
Dia cuba untuk menjustifikasikan tindakan tidak bermoralnya itu dengan menyatakan bahawa anak lelakinya akan terus tenang apabila diberi mainan tersebut.
Menurutnya, anaknya gemarkan material getah lembut pada mainan seks itu.
Tidak Mempunyai Rasa Sayang yang Kuat pada Bayi Sendiri
Turut dilaporkan bahawa wanita tersebut mempunyai masalah untuk menyayangi anaknya sendiri.
“Doktor mengeluarkan dia (bayi) dari rahim saya tetapi rupa bayi itu langsung tidak sama dengan rupa saya. Ia (mengandung) terjadi secara tiba-tiba. Saya tidak merancang langsung untuk mengandung.”
Malah, setiap kali anak kecil Ekaterina merengek, dia akan berasa menyampah apabila terpaksa menenangkannya.
Akibat dari sifat jujur tidak bertempat itu, ramai netizen dari negara terbabit telah memberikan komen yang pedas. Antaranya:
“Dia bukan seorang ibu, dia seorang yang bodoh. Malang sungguh bayi itu (kerana mendapat ibu sepertinya).”
Lagi seorang pengkomen juga mengatakan:
“Pihak berkuasa patut mengambil bayi tersebut dari ibu berkenaan, dan menghantar wanita itu ke pusat orang gila untuk seumur hidupnya.”
Sebagi lanjutan daripada kes tular di Rusia ini, ada laporan media tempatan yang menyatakan bahawa wakil dari Jawatankuasa Penyiasatan Persekutan Rusia dan pihak berkuasa penjagaan telah berjumpa dan berbincang dengan Ekaterina tentang kaedah keibubapaannya yang agak songsang.
Kandungan yang Tidak Diingini atau Dirancang – Bagaimana Untuk Menghadapinya?
Daripada kisah tular yang berlaku di Rusia ini, kita boleh rumuskan bahawa wanita tersebut sememangnya tidak langsung mempunya ikatan kasih sayang yang kukuh dengan anak yang baru dilahirkannya itu.
Ia adalah akibat daripada kehamilan yang tidak dirancang atau diingini. Apabila ia terjadi secara tiba-tiba, dalam keadaan si ibu tidak bersedia untuk mempunyai anak, maka agak sukar untuk seseorang wanita itu menerima bayinya sendiri.
Mungkin ada antara kita yang pernah mengalaminya. Baru sahaja melahirkan anak seorang, datang pula berita kehamilan yang seterusnya pada jarak yang agak rapat.
Amat penting untuk seorang ibu itu mengambil langkah yang tertentu bagi memastikan kita terus bersedia dari segi fizikal dan emosi untuk menerima lagi satu kelahiran dalam hidup kita.
Jika emosi tidak bersedia itu gagal untuk diuruskan dengan baik, maka ada kemungkinan untuk kita berasa tertekan, marah, takut, dan benci pada diri sendiri, suami serta anak kita!
Nasihat Pakar Psikologi tentang Kehamilan yang Tidak Dirancang
Menurut Dr. Irena Milentijevic, seorang pakar psikologi, ada beberapa langkah buat ibu di luar sana yang mengalami proses kehamilan yang tidak dirancang atau tidak diingini.
Antaranya adalah:
- Dapatkan sokongan pasangan – Ini adalah sangat penting. Bincang dan luahkan perasaan anda tentang kehamilan yang baru terjadi. Jika anda merasakan yang pasangan anda menghargai kehamilan tersebut, lebih mudah untuk anda menerima takdir tersebut.
- Berjumpa dengan ahli agama – Irena juga turut mencadangkan para ibu untuk berjumpa dengan ahli agama bagi mendapatkan nasihat. Mungkin kata-kata perangsang dari mereka dapat memberikan kekuatan emosi dan spiritual buat bakal ibu.
- Hadiri kaunseling – Masyarakat tidak perlu berasa malu untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Ianya sangat membantu dalam memberikan pandangan berbeza kepada situasi kehamilan yang tidak dijangka itu.
Yang menariknya lagi, Dr. Irena turut menerangkan bahawa ibu yang tidak mengawal emosinya terhadap kehamilan yang tidak dirancang atau diingini akan melahirkan anak yang kurang sihat, kurang pintar, dan tidak mahir berhubungan sosial dengan orang lain!
Jadi, amat penting buat kita semua mengambil langkah proaktif bagi menguruskan emosi jika perkara sebegini terjadi dalam hidup kita. Jika tidak, tidak mustahil untuk kita melakukan perkara pelik, seperti yang telah dilakukan oleh wanita dari Moscow dalam kisah di atas!
Kongsikan artikel ini dengan para ibu yang lain supaya kita semua boleh mengambil iktibar dari kisah tular yang berlaku di Rusia ini. Taipkan juga komen jika anda mempunyai pengalaman yang sama.