Tumbesaran Kanak-kanak Terbantut? Apa Ibu Perlu Lakukan

Risau anak anda lambat membesar? Jangan panik ibu dan ayah! Jom baca dahulu artikel ini supaya ibu bapa tahu apa yang perlu dilakukan dan pelajari dengan lebih lanjut mengenai tumbesaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah tumbesaran anak anda lambat? Sebagai seorang ibu, pasti anda rasa bimbang dan resah kan? Anak pula asyik mengadu badan tidak sama saiz dengan kawan-kawan. Aduh, bertambah resah hati ibu. Jangan bimbang, ibu-ibu semua! Anda sebenarnya sedang berkongsi perasaan yang sama seperti ibu-ibu lain yang risau apabila anak mereka yang berbadan kecil berbanding kanak-kanak sama umur dengannya. 

Tidak dinafikan juga bahawa ada juga para ibu bapa yang menganggap bahawa perkara ini normal untuk anak mereka. Yang pasti bagi mereka, janji anak mereka sihat. Akan tetapi, sekiranya ibu-ibu biarkan perkara ini berlarutan pasti ia boleh memberikan impak pada tumbesaran anak lebih-lebih lagi jika ia tidak dikesan dari awal. Adalah amat penting bagi anda untuk mengetahui mengapa keadaan ini berlaku dan apa yang anda harus lakukan. 

Artikel ini akan mengupas mengenai tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan apa yang boleh ibu-ibu lakukan untuk menanganinya. Jom kita baca dan fahami!

Tumbesaran kanak-kanak

Satu perkara penting yang ibu-ibu perlu tahu terlebih dahulu mengenai tumbesaran kanak-kanak ialah setiap kanak-kanak mempunyai tempoh tumbesaran yang berbeza1. Pada masa yang sama, ibu-ibu juga harus tahu cara untuk mengawasi tumbesaran anak anda kerana ia merupakan petunjuk awal tentang tahap kesihatan anak anda secara keseluruhan. Sebab itulah penting untuk anda sentiasa merekod dan menyimpan tahap tumbesaran anak anda dari segi ketinggian, berat dan sebagainya setiap kali anda berjumpa dengan doktor. 

Tidak dinafikan bahawa ada dalam kalangan ibu bapa yang masih mempunyai tahap kesedaran yang sangat rendah mengenai tahap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Mari ambil peluang ini untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai cara pengawasan pertumbuhan mereka.  

Cara pengawasan pertumbuhan

Untuk memantau dan mengawasi pertumbuhan anak anda, caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan di rumah. Pengambilan berat badan dan ketinggian anak anda adalah salah satu cara untuk anda memantau pertumbuhan mereka.

Adakah si manja anda membesar dengan sihat? Kebanyakan anak akan membesar mengikut ketinggian dan tahap umurnya. Untuk memastikan pertumbuhan normal, jom pantau berat dan tinggi anak mengikut carta pertumbuhan. Jangan risau kalau berat badan anak anda kurang ideal, dapatkan khidmat nasihat daripada profesional kesihatan anda untuk mengambil langkah yang berpatutan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggunakan carta pertumbuhan kanak-kanak untuk memantau tumbesaran anak2

Ibu bapa boleh menggunakan carta pertumbuhan kanak-kanak sebagai panduan untuk memantau pertumbuhan anak mereka. Terdapat beberapa jenis carta pertumbuhan mengikut umur dan jantina seperti carta berat-untuk-umur, tinggi-untuk-umur, berat-untuk-tinggi, BMI-untuk-umur dan lilitan kepala-untuk-umur. Dengan membandingkan bacaan anak anda dengan carta ini, anda dan doktor boleh menilai perkembangan si manja dengan lebih mudah. Skor Z adalah indikasi yang digunakan oleh pakar pediatrik untuk memantau pertumbuhan anak anda. Sama seperti persentil, skor Z memberitahu anda bagaimana ukuran anak anda (tinggi, berat, lilitan kepala) dibandingkan dengan sekumpulan kanak-kanak dengan umur dan jantina yang sama.

Imej diadaptasi dari World Health Organization3 

Sebagai contoh, semasa lawatan anda, doktor akan menggunakan carta BMI-untuk-umur (BMI=Indeks Jisim Badan) untuk mengukur pertumbuhan anak anda berdasarkan umur anak dan untuk menunjukkan sama ada anak itu mempunyai berat badan yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej diadaptasi dari World Health Organization4 

Carta pertumbuhan WHO seperti BMI-untuk-umur membantu menunjukkan BMI kanak-kanak berbanding kanak-kanak seusia dan jantina yang sama bermula dari umur 2 tahun.

  • > +1SD – ≤ +2SD: Berisiko berlebihan berat badan
    • > +2SD – ≤ + 3SD : Berlebihan berat badan
    • > +3SD: Obes
    • > -2SD – ≤ +1SD: Berat badan normal
    • ≥ -3SD – < -2SD: Susut
    • < -3SD: Susut teruk

Bagaimana ibu bapa boleh membantu apabila anak mengalami masalah tumbesaran5?

Berikan anak anda makanan yang padat dengan kalori dan nutrien

Salah satu punca mengapa anak anda lambat membesar adalah disebabkan oleh kekurangan kalori. Makanan yang padat kalori dan nutrien dapat meningkatkan pengambilan kalori dan nutrien anak anda untuk menyokong tumbesaran catch-up dan menggalakkan peningkatan berat badan dalam kalangan kanak-kanak yang kekurangan berat badan atau susut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh menawarkan makanan padat nutrien dengan kandungan kalori dan protein yang tinggi, termasuk sumber protein seperti susu, telur, ayam, ikan, kekacang dan kacang.

Tingkat kekerapan makanan dalam diet anak anda

Risau si manja anda makan sedikit sahaja? Berikan anak makan secara kerap, 3 kali makan utama dan 2-3 kali snek sihat untuk meningkatkan pengambilan kalori dan nutrien serta menyokong pertumbuhan dari segi berat badan dan ketinggian.

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi atau yang mengalami pertumbuhan lambat terutamanya memerlukan kalori tambahan untuk perkembangan yang optimum.

Bagi kanak-kanak yang kurang selera makan, 6 hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan daripada 3 hidangan besar. Ibu bapa juga boleh memberi snek di antara 3 hidangan utama, pastikan snek yang disediakan berzat sebagai contoh, smoothie buah-buahan segar, susu, sandwich, dan kacang.

Pikat selera anak anda melalui kepelbagaian makanan

Adakalanya kanak-kanak makan dengan sedikit kerana mereka tidak gemar memakan makanan yang bertekstur atau dengan rasa tertentu. Ibu bapa perlu peka dengan kegemaran anak-anak dan mengubah suai rasa dan tekstur makanan melalui kaedah memasak yang berbeza untuk meningkatkan pengambilan makanan mereka. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak lebih suka sayur yang dimasak lembut berbanding sayur mentah dengan tekstur yang rangup.

Selain itu, anda juga boleh menjadi kreatif dalam resipi dan penyediaan makanan supaya anak-anak rasa lebih tertarik untuk mencuba dan makan makanan yang dihidangkan. Cuba sertakan makanan yang berwarna-warni seperti tomato ceri merah atau brokoli untuk menarik perhatian mereka. Selain itu, anda juga boleh tawarkan potongan buah-buahan segar seperti epal, anggur atau pisang sebagai snek harian yang sihat dan lazat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikan makanan tambahan dalam diet anak anda

Jika anak-anak tidak dapat memperoleh nutrisi yang mencukupi daripada diet harian, ibu bapa boleh cuba memberikan ‘susu formula catch-up growth‘ untuk menambah keperluan kalori dan nutrien harian mereka.

Susu formula catch-up growth diperkaya dengan kalori dan nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan catch-up kanak-kanak dari segi berat badan dan ketinggian. Apa kata beri anak ibu susu formula catch-up growth untuk membantu tumbesaran seperti susu ASCENDA®.

 

ASCENDA® adalah susu formula catch-up growth dengan formulasi nutrisi lengkap, mengandungi 38 nutrien penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan anak anda.

Susu ini diformulasikan secara saintifik untuk menyokong pertambahan ketinggian dan berat badan kanak-kanak seawal dalam masa 3 minggu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

ASCENDA® mengandungi 20% lebih protein*, 28% lebih kalsium* dan memenuhi 100% keperluan harian zink dan zat besi dengan setiap 2 hidangan**. Selain itu, ia juga mengandungi 0% sukrosa.

ASCENDA® juga mengandungi Sphingomyelin & DHA, yang berfungsi untuk membantu perkembangan kognitif anak anda.

Pengambilan dua gelas susu ASCENDA® setiap hari boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi harian dan menyokong pertumbuhan anak anda. Bantulah tumbesaran anak anda dengan memilih susu ASCENDA®  hari ini. 

Testimoni Ibu-Ibu

* Berdasarkan perbandingan maklumat pemakanan untuk Protein & Kalsium dengan jenama terpilih setakat Februari 2024.

** Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) (2017), (dengan 2 hidangan), umur 1-7 tahun

Rujukan:

  1. Siti Zarina Sahib (2018). Tempoh tumbesaran kanak-kanak berbeza. MyMetro. Diambil daripada https://www.hmetro.com.my/hati/2018/11/394686/tempoh-tumbesaran-kanak-kanak-berbeza
  2. Puan Zalma Abdul Razak (2020). Pengawasan Tumbesaran. MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Diambil dari https://www.myhealth.gov.my/pengawasan-tumbesaran-2/
  3. World Health Organization  (n.d.). Weight-for-length/height. Retrieved from https://www.who.int/tools/child-growth-standards/standards/weight-for-length-height
  4. World Health Organization  (n.d.). Body mass inder-for-age (BMI-for-age). Retrieved from https://www.who.int/toolkits/child-growth-standards/standards/body-mass-index-for-age-bmi-for-age
  5. Uzogara, Stella G. American Journal of Food Science and Nutrition Research 3.5 (2016): 126-142

Penulis

chamlixian