Mahathir selamatkan nyawa pengacara Edisi Siasat ini, anda pasti tak sangka apa yang terjadi!

Tun Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri di Malaysia. Seorang pengacara, Wan Kamarudin menceritakan pengalaman beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah hampir sebulan kerajaan baharu dibentuk di Malaysia. Bukan sahaja itu, kita juga mencipta sejarah apabila memiliki Tun Mahathir, Perdana Menteri tertua di dunia.

Kemenangan Pakatan Harapan juga menjadi buah mulut media-media di luar negara dan ramai pemimpin-pemimpin luar negara mengucapkan tahniah pada Tun Mahathir.

Tapi anda mungkin terkejut apabila membaca perkongsian Wan Kamaruddin Wan Ibrahim yang pernah popular mengacarakan rancangan Edisi Siasat dengan tagline yang menjadi ikutan “apa kejadahnya” tentang Tun Mahathir di Facebook ini.

Kisah Wan Kamaruddin tentang Tun Mahathir di Afghanistan

Menurut Wan Kamaruddin, Tun Mahathir pernah menyelamatkan nyawanya! Wow, apa yang terjadi?

Ketika dalam perjalanan masuk ke Afghanistan dari Pakistan, pengacara ini memberitahu mereka telah dilepaskan oleh ketua kampung yang pada mulanya marah kerana pemandu kereta mereka telah memasuki jalan pintas yang tidak dibenarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana terdapat protes di jalan raya di Pakistan, pemandu kereta sewa mereka mengambil jalan pintas dan memasuki kawasan Genting Kyber, sebuah wilayah tanpa undang-undang. Mereka ditahan oleh ketua kampung yang memegang pedang samurai.

Wan Kamaruddin berkata, ketika itu perasaannya seperti nyawa di hujung tanduk. Apabila mendengar pemandu mereka menyebut Malazi berulang kali, ketua kampung tersebut berlari ke arah mereka dan mengarahkan mereka untuk menunjukkan passport.

Apabila melihat passport mereka, dan melihat mereka dari Malaysia, ketua kampung tersebut terkejut dan menyebut nama Tun Mahathir. Mereka kemudian diarahkan untuk meneruskan perjalanan.

Katanya, perasaannya ketika itu terasa amat bangga menjadi rakyat Malaysia dan Mahathir sangat dikenali walaupun di tempat terpencil di negara orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika di Yemen pada tahun lepas yang sedang mengalami perang saudara, Menteri Pertahanan negara itu pernah berkata pada Kamaruddin, jika Malaysia ‘tidak mahu’ Tun Mahathir, mereka mahu meminjamnya bagi memulihkan kembali negara mereka yang sedang bergolak.

Hebat betul penangan Tun Mahathir!

https://www.facebook.com/wan.k.ibrahim/posts/10156375779168485

Kisah ini dikongsikan oleh Wan Kamaruddin selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu. Katanya, kisah ini sudah lama dia ingin kongsikan dengan orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Facebook Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkisah-cinta-tun-mahathir

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar