Masalah Tumbesaran Bayi: Anak Tiba-Tiba Turun Berat, Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Aduh, berat badan anak turun tiba-tiba? Risaunya rasa! Ini merupakan masalah pertumbuhan bayi yang patut anda ketahui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Anak saya tiba-tiba turun berat badan. Saya risau tengok anak saya.”

Begitulah kata seorang ibu sewaktu membawa anaknya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan berkala. Anaknya yang dahulu berada pada tahap 90% percentile kini berada dalam tahap 60% percentile.

Terlebih dahulu, mari kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan percentile dan juga tahap pertumbuhan bayi. 

Untuk melihat sama ada anak anda mempunyai berat badan, tinggi ataupun tumbesaran kepala yang ideal ataupun tidak, doktor akan merujuk kepada carta pemantauan tumbesaran.

Apa itu carta pemantauan tumbesaran bayi

Carta pemantauan tumbesaran bayi menunjukkan purata untuk ketinggian, berat dan ukur lilit kepala bayi. Terdapat carta yang berbeza untuk memantau tumbesaran bayi, kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang lebih berusia. 

Menerusi carta ini, anda akan dapat melihat tumbesaran anak anda dan kebiasaannya sewaktu pemeriksaan, doktor akan memeriksa tumbesaran menggunakan carta ini sebagai rujukan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar pertumbuhan yang normal untuk kanak-kanak adalah apabila kanak-kanak membesar mengikut tahap percentile yang disarankan dalam carta. 

Apakah yang dimaksudkan dengan percentile?

Pertumbuhan bayi diukur dengan merujuk kepada carta daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Carta ini membolehkan doktor untuk mengukur tumbesaran anak anda dengan membandingkan tumbesarannya dengan bayi-bayi lain yang mempunyai umur yang sama dengan anak anda. 

Percentile merujuk kepada pertumbuhan bayi yang berbeza-beza mengikut umur.

Tahap percentile adalah pada 5%, 10%, 25%, 50%, 75%, 90%, and 95%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara nak bandingkan berat mudah sahaja. Sebagai contoh, jika bayi anda berada dalam tahap 50 percentile untuk berat, ia bermaksud bahawa bayi anda berada dalam julat tengah. 50% bayi ada yang mempunyai berat badan yang ringan dan ada 50% lain berada dalam tahap berat. Anak anda berada di tengah-tengah. Tidak berat dan juga tidak ringan.

Untuk kes bayi yang berada dalam tahap 90 percentile, itu menunjukkan bayi tersebut mempunyai lebih berat berat berbanding 90% bayi pada tahap tersebut. Pendek kata, bayi tersebut sudah terlebih berat yang sepatutnya.

Bagaimana nak tahu jika anak anda mempunyai masalahan pertumbuhan?

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu tanda yang anak anda yang menunjukkan bahawa anak anda mengalami masalah pertumbuhan adalah apabila anak anda mendapat pengambilan kalori yang kurang. 

#1 Berat badan anak turun

Kredit: Unsplash

Jika kita sedang merujuk carta, pada kebiasaannya jika berat badan anak anda naik, ia bukanlah satu masalah melainkan ianya terlalu mendadak. Begitu juga dengan kes yang mana berat badan anak anda turun secara drastik. Sebagai contoh, daripada tahap 90 percentile menjadi 60 percentile.

Sekiranya berat badan anak turun iaitu melebihi dua angka seperti yang ditunjukkan, ia menunjukkan penurunan pengambilan kalori yang berterusan. Pertumbuhan kepala bayi mula menyusut dan ia menunjukkan bahawa terdapat pengurangan kalori yang tidak membolehkan kepala membesar mengikut kadar biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Pertumbuhan terbantut

Ketinggian anak juga boleh menjadi terbantut disebabkan oleh pengambilan kalori yang berkurangan. Jika anda merujuk kepada carta, anda boleh melihat bahawa ketinggian tersebut menyerosot dan tak mengikut tahap percentile yang sepatutnya untuk usia anak.

#3 Anak obesiti

Jika anda melihat bahawa ketinggian anak anda mengikut tahap percentile yang normal tetapi untuk berat badannya pula, tahap percentilenya jauh lebih tinggi. Ini bermakna anak anda sudah terlebih berat badan dan jika dibiarkan anak anda boleh mendapat risiko obesiti.

Bila anda patut risau?

Kredit: Unsplash

Berat dan ketinggian anak boleh berubah-ubah. Namun, untuk mengenal pasti punca, konteks yang lebih luas seperti pengetahuan mengenai diet pemakanan, ukuran ibu bapa, dan sejarah tumbesaran haruslah diambil kira menurut Dr. Nimali Fernando. Sudah pasti perkara ini menimbulkan kerisauan untuk ibu bapa. Namun, anda tidak boleh membuat andaian sendiri sahaja. Pastikan anda mengikut saranan-saranan seperti dibawah:

  • Bawa anak berjumpa doktor

Jika berat badan anak menyusut dengan drastik, anda boleh membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor kerana hanya doktor sahaja boleh mengesahkan punca mengapa anak anda mengalami penurunan berat badan. Doktor juga boleh mengenal pasti sama ada ianya disebabkan oleh faktor pemilihan makanan ataupun ianya sesuatu yang normal.

  • Beri penjagaan khusus kepada anak anda

Selain itu, ibu bapa perlulah memberikan penjagaan dan perhatian yang khusus kepada anak. Jika anak anda kekurangan zat atau nutrisi yang diperlukan dalam badan, adalah lebih baik untuk membawa anak berjumpa dengan pakar pemakanan untuk memastikan anak anda mendapat zat yang cukup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Webmd

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 1 Bulan

Penulis

Nina Osman