Menurunkan berat badan selepas bersalin tidaklah mudah untuk semua wanita. Ada yang mampu melakukannya dengan senang, ada pula yang perlu berusaha keras. Setiap wanita memiliki badan yang berbeza-beza, jadi cara menurunkan berat badan juga boleh jadi berbeza mengikut kesesuaian tubuh masing-masing.
Ibu-ibu, jika anda runsing tentang cara menurunkan berat badan selepas bersalin, ketahuilah anda bukan keseorangan. Ada golongan ibu yang imej mereka secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka dari segi keyakinan, kerjaya, kesihatan dan macam-macam lagi.
Persoalan dan kemusykilan tentang penurunan berat badan selepas bersalin mungkin menghalang anda daripada melakukan sesuatu tentang isu ini. Persoalan yang biasa timbul termasuk:
- Adakah selamat untuk menurunkan berat badan ketika menyusu bayi? Apakah diet yang perlu diikuti?
- Bilakah kita boleh mula bersenam selepas bersalin normal mahupun pembedahan?
- Apakah senaman yang sesuai untuk ibu baru bersalin?
Sebelum memulakan apa-apa, tetapkan matlamat realistik yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda. Mula perlahan-lahan namun konsisten. Jom kita bersama-sama meleraikan isu-isu biasa yang timbul supaya anda boleh memulakan weight loss journey anda dengan selamat dan ceria!
Bolehkah Saya Turunkan Berat Badan Jika Masih Menyusu Bayi?
Satu fakta untuk anda: Penyusuan susu ibu membakar 500-700 kalori setiap hari, secara tidak langsung membantu penurunan berat badan apabila digabungkan dengan diet seimbang, tahap aktiviti fizikal yang sesuai (seperti yang diluluskan oleh doktor anda), dan tabiat hidup yang sihat.
Pemakanan yang betul adalah penting. Anda perlu makan daripada pelbagai kelas makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak yang sihat, menyasarkan 80% makanan bahan tunggal seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan bijirin penuh, dan 20% makanan berbilang bahan.
Hadkan makanan yang diproses seperti susu, roti, coklat, kek dan aiskrim. Yang penting, pastikan pemakanan anda seimbang, dan kekalkan defisit kalori melalui pemakanan dan aktiviti sihat yang konsisten kerana inilah yang akan membawa kepada penurunan berat badan yang berjaya.
Diet sihat untuk ibu-ibu menyusu
Jika anda mengamalkan pemakanan yang baik dan minum cecair yang mencukupi, bekalan susu ibu anda juga sepatutnya mencukupi untuk anak anda. Ambil makanan yang dikenali sebagai “milk booster” seperti:
- Makanan kaya protein e.g. ayam, daging, tofu, ikan
- Bijirin penuh e.g. oat dan barli
- Sayuran hijau e.g. bayam dan kale
- Kekacang e.g. chickpea dan lentils
- Bawang putih
dll.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kekurangan nutrisi, sila berbincang dengan pakar nutrisi sama ada anda perlu makan lebih banyak makanan tertentu untuk meningkatkan nutrien tersebut dan/atau memilih makanan tambahan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan mengenai diet penyusuan yang sihat.
Adakah perubahan hormon dan tekanan menjejaskan penurunan berat badan semasa tempoh selepas bersalin?
Setiap ibu mempunyai pengalaman hidup sebagai ibu yang unik, jadi usahlah membandingkan diri anda dengan sesiapa untuk mengelakkan matlamat yang tidak realistik dan stres. Kehidupan sebagai ibu baharu membawa bersama tanggungjawab, jangkaan, dan stres, dan ini sangatlah normal.
Jika anda mengalami sebarang tekanan, kenal pasti punca tekanan anda dan dapatkan sokongan daripada seseorang yang anda percayai atau profesional. Jangan malu untuk meminta bantuan; tindakan awal adalah lebih baik untuk anda dan bayi anda. Bayi anda memerlukan anda, jadi anda perlu menjadi versi terbaik diri anda untuk menikmati momen istimewa bersama cahaya mata anda. Kekal tenang dan positif boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu anda menikmati dunia keibuan.
Stres atau tekanan yang berlebihan boleh menghalang matlamat kesihatan anda, jadi cari cara untuk mengurangkannya. Cuba berfikiran positif dan luangkan masa untuk diri anda setiap hari, walaupun hanya untuk beberapa minit.
Saya tiada masa untuk bersenam, jadi bagaimanakah caranya untuk menurunkan berat badan selepas bersalin dan kekal cergas?
Dalam hal ini, kami perlu berterus-terang, wahai ibu sekalian. Anda perlu MULAKAN sahaja. Cuba aktif setiap hari, bermula dengan 15-30 minit. Menjadi aktif bukan hanya tentang bersenam; ia boleh termasuk berjalan pantas, sambil berbual panjang dengan rakan, kelas tarian atau senaman, menaiki tangga dan bukannya lif, atau membuat kerja-kerja rumah. Setiap pergerakan ada hasilnya. .
Jika anda terfikir tentang mengikuti program senaman, jurulatih dengan pengetahuan dalam hal ehwal tubuh selepas bersalin (postnatal) boleh menyediakan program senaman yang sesuai untuk tubuh anda dan tahap kecergasan anda. Ini mampu mengelakkan anda daripada melakukan rutin senaman yang tidak efisien. Senaman akan meningkatkan tenaga anda, dan perkara yang paling susah sebenarnya ialah mengambil langkah pertama. Atasi halangan ini dan anda akan mula melihat hasil usaha anda dalam menurunkan berat badan dan seterusnya menjadi versi terbaik diri anda.
Tetapkan matlamat kecil dahulu dan berusaha ke arahnya. Mulakan dengan senaman selama 15 minit setiap pagi dan secara beransur-ansur tingkatkan tempoh sambil membina konsistensi. Ini mungkin tindakan kecil, namun hasilnya besar. Menyelaraskan aktiviti fizikal, pemakanan dan gaya hidup anda akan membawa perubahan yang menakjubkan kepada kesihatan fizikal dan mental anda, dan semestinya kecergasan juga.
Jika anda kerap bersenam sebelum hamil dan mengalami kelahiran normal yang tidak rumit, anda boleh melakukan aktiviti fizikal beberapa hari selepas bersalin. Untuk pembedahan, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua kes, dapatkan kelulusan doktor anda terlebih dahulu.
Mulakan senaman selepas bersalin yang ringan dan mudah, kemudian beransur-ansur meningkatkan tahap kesukaran. Tidak perlu terkejar-kejar dan dengar kata tubuh anda. Mula apabila anda benar-benar bersedia dan cergas untuk melakukan aktiviti fizikal.
TLDR? Ini ringkasan cara-cara menurunkan berat badan selepas bersalin:
Baiklah, kami tahu yang tip-tip ini merupakan cara yang sangat baik untuk usaha menurunkan berat badan, namun tidak semua hari itu sempurna, bukan? Mungkin ada hari yang anda perlukan sedikit bantuan dalam pengambilan nutrisi harian dan mungkin juga anda perlukan sesuatu untuk membantu menggerakan metabolisme anda pada hari-hari tertentu. Kami faham, mummies. Di sinilah suplemen yang baik boleh membantu.
Tahukah anda terdapat satu suplemen yang diformulasi khas untuk ibu-ibu baharu yang mengalami masalah menurunkan berat badan selepas bersalin? Ya, memang ada!
Tampil Langsing Dengan Life-Space Shape B420TM Probiotics
Life-Space Shape B420TM Probiotics merupakan suplemen kesihatan yang telah terbukti secara saintifik dapat meningkatkan metabolisme, mengurangkan pengambilan kalori dan semestinya membakar lemak. Ia telah membantu ramai ibu di seluruh dunia menurunkan berat badan dengan selamat dan semulajadi, jadi anda harus mencubanya juga!
- Mengandungi 2 strain probiotik sasaran
- 15 billion bakteria hidup CFU dalam setiap kapsul
- Meningkatkan metabolisme
- Mengurangkan pengambilan tenaga
- Menghalang penyerapan lemak
- Menyokong penghadaman / asimilasi nutrien
- Menyokong penyerapan vitamin, mineral dan nutrien
Nikmati kebaikan bakteria baik…
…untuk memperbaik kesihatan usus anda…
…dan meningkatkan metabolisme anda untuk diri anda tampil lebih sihat, langsing dan ceria!
- Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk
- Dijamin mengandungi bakteria hidup (teknologi pengeringan beku memastikan probiotik kekal tidak aktif sebelum digunakan)
- Tiada pengawet atau pewarna tiruan
- Probiotik dari sumber semulajadi
- Sesuai untuk vegetarian
- Tidak mengandungi produk tenusu, gluten atau telur
Walaupun anda tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman postnatal, dengan mengamalkan diet seimbang (ya, kami tahu realitinya tidak seindah ini), dan mengambil Life-Space Shape B420TM Probiotics setiap hari sudah cukup memadai untuk membantu anda mula menurunkan berat badan selepas bersalin. Ia sememangnya suplemen harian yang terbaik untuk melengkapkan keperluan nutrisi anda dan meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan, di samping membantu anda tampil langsing dan anggun 🙂
Mengapa Kami Percayakan Life-Space Probiotics
Life-Space ialah jenama Probiotik No.1 Australia* dengan 20 tahun kepakaran dalam probiotik, dicipta untuk setiap peringkat kehidupan.
Life-Space Probiotics dipercayai oleh berjuta-juta warga Australia dan juga keluarga di seluruh dunia. Kemudahan pembuatan Australianya di BioCarna menggunakan teknologi dan peralatan termaju untuk menyediakan probiotik berkualiti tinggi dan diuji rapi kepada pelanggan global mereka.
Mulakan Misi Turunkan Berat Badan Anda Hari Ini!
Tak sabar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin dan menikmati segala kebaikan probiotik untuk kesihatan anda? Ayuh, kita sahut cabaran ini, mummies! Dapatkan Life-Space B420TM Probiotics di Life-Space’s official Shopee page hari ini!