Masalah Vagina Gatal & Berbau? Cuba Atasi Dengan Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik

Masalah Vagina Gatal & Berbau? Cuba Atasi Dengan Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik

Gatal dan ruam pada kemaluan adalah masalah yang biasa dilalui oleh wanita subur. Kenali jenis jangkitan yang anda alami dan dapatkan ubat gatal kemaluan wanita di farmasi untuk rawatan segera.

Rasa gatal pada kemaluan adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita. Jika anda pernah atau sedang mengalaminya sekarang, dapatkan ubat gatal kemaluan wanita di farmasi yang kami ada senaraikan di dalam artikel ini untuk rawatan segera secara topikal.

Ramai yang menyangka masalah gatal pada kemaluan ini hanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin. Sebenarnya, ia boleh dialami oleh mana-mana wanita yang sejurus melalui kitaran haid (subur), walaupun belum berkahwin.

Simptom yang pada dasarnya nampak sama, gatal-gatal (itchiness), bintik-bintik merah (red rash) dan keluar keputihan berlebihan boleh berpunca daripada jenis jangkitan yang berbeza.

Tip Pemilihan Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi

Terdapat beberapa faktor yang mesti anda pertimbangkan ketika membeli ubat gatal kemaluan wanita. Berikut adalah antara faktornya:

1. Preskripsi daripada doktor

Adalah penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu jika mengalami masalah gatal pada kemaluan sebelum membeli sebarang ubatan di farmasi. Ini kerana doktor akan mencadangkan ubatan terbaik untuk merawatnya.

2. Jenis jangkitan

Seperti yang dinyatakan di atas, apabila mendapat pemeriksaan doktor, anda akan mengetahui jenis jangkitan apa yang anda alami. Dari situ ia lebih mudah untuk merawat masalah gatal kemaluan tersebut.

3. Jenis ubatan

Setelah mengetahui jenis jangkitan yang dialami, ia akan membantu anda untuk mencari jenis ubat gatal kemaluan wanita yang diperlukan.

4. Reviu pelanggan

Dunia zaman sekarang lebih mudah pembelian apabila membaca reviu pelanggan. Sekaligus ia memudahkan proses pencarian ubatan yang sepatutnya dengan cepat tanpa perlu membuang masa.

5. Harga

Bergantung pada bajet anda, tetapi tidak semestinya yang mahal itu lebih efektif daripada yang murah. Apa pun ketahui punca dan jenis jangkitan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian, jadi tidaklah ia bertukar menjadi pembaziran apabila produk yang dibeli sudahlah mahal, tambah lagi bukan yang diperlukan.

8 Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Terbaik Untuk Legakan Kegatalan Pada Kemaluan Dengan Selamat

Kebiasaannya ubat gatal kemaluan wanita di farmasi boleh dibeli terus tanpa preskripsi doktor dan selamat digunakan secara topikal. Jangka hayat simpanannya juga biasanya agak lama, tambahan lagi jika ianya masih belum dibuka. 

Jadi, jika anda kerap mempunyai masalah gatal pada kemaluan, tiada salahnya untuk menyimpan ubat ini sebagai bekalan kecemasan di rumah.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi
Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment
Terbaik dengan formulasi tradisional
more info icon Beli di Shopee
Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel
Terbaik dengan aplikator
more info icon Beli di Shopee
Creobic Cream Treatment of Fungal Infections
Terbaik untuk kemaluan wanita dan bahagian lain badan
more info icon Beli di Shopee
Canesten Cream
Terbaik sesuai untuk seisi keluarga
more info icon Beli di Shopee
Egoderm Ointment
Terbaik selamat untuk bayi
more info icon Beli di Shopee
Vagisan Moisturising Cream
Terbaik Jenis Krim Pelembab
more info icon Beli di Shopee
Now Foods Women's Probiotic 20 Billion Feminine Flora Balance
Terbaik Jenis Suplemen Probiotik
more info icon Beli di Shopee
VOFINA 20 Billion Pre+Probiotics Supplement
Terbaik Jenis Suplemen Dengan Manfaat Seksual
more info icon Beli di Shopee

Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Dengan Formulasi Tradisional

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Himalaya adalah pengeluar produk kesihatan dan kecantikan daripada India yang terkenal dengan produknya yang berasaskan herba. Ubat V-Gel ini juga sama seperti produknya yang lain, turut mengandungi ekstrak pelbagai jenis herba dan tumbuhan seperti, buah pelaga, bunga Ros Parsi dan Triphala.

V-Gel ini sesuai digunakan untuk merawat vaginitis dan cervicitis. Vaginitis adalah jangkitan kuman yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan pada vagina dan vulva, manakala cervicitis pula ialah jangkitan kuman pada pembukaan serviks yang menyebabkan keradangan. 

Untuk memakainya, anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja pada bahagian yang gatal atau merah dengan tangan yang bersih. Selepas seketika, rasa gatal dan burning yang dialami sebelum ini akan berkurangan.

Apa yang kami suka:

  • Berasaskan bahan herba yang terkenal dengan sifatnya yang mempunyai healing potential secara semulajadi.
  • Turut berkesan untuk mengelakkan jangkitan berulang kali serta mengurangkan masalah keputihan.
  • Sesuai digunakan untuk masalah jangkitat yeast, parasitic dan bakteria lain juga. 

Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Dengan Aplikator

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Jika produk sebelum ini perlu disapu dengan tangan, ubat gatal kemaluan wanita di farmasi keluaran Gynofit ini datang dengan aplikator yang mudah digunakan. Ini adalah kerana, gel ini bukan sahaja sesuai untuk disapu pada bahagian luar kemaluan, tetapi ianya juga selamat digunakan pada bahagian dalam kemaluan.

Gangguan bakteria, virus, yis dan protozoa adalah punca kepada masalah jangkitan pada kemaluan wanita dan mengganggu persekitaran vagina. Kandungan utama produk ini iaitu lactic acid bertugas sebagai ejen yang mengembalikan kestabilan persekitaran pada kemaluan wanita dan sekaligus mengurangkan jangkitan.

Selain itu gel ini juga mampu memberikan kelegaan segera pada masalah gatal, burning dan bau kurang menyenangkan pada kemaluan wanita. Jadi, jika anda rasa terlalu gatal, sapukan terus gel ini dalam posisi baring sebelum tidur malam, dan rasakan kesannya selepas 4 jam.

Apa yang kami suka:

  • Setiap set datang dengan 6 aplikator sedia terisi untuk sekali pakai, jadi anda tidak perlu mengagak jumlah yang betul.
  • Lactic acid yang digunakan adalah daripada sumber natural serta bebas daripada hormon dan pewangi tambahan.
  • Berkesan untuk merawat masalah bacterial vaginosis dan vaginal yeast infection.

Creobic Cream Treatment of Fungal Infections

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Dan Bahagian Lain Badan

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi jenama Creobic Cream New Formula keluaran Kotra Pharma ini mengandungi bahan aktif Clotrimazole yang bertindak sebagai bahan yang mengawal jangkitan pada kulit berpunca daripada dermatophytes, yis dan fungal infection lain.

Fungal infection bukan sahaja boleh terjadi pada kemaluan wanita (vaginal infection), malah boleh turut terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan kita yang sering berpeluh dan lembap. Contohnya pada celah kelangkang, celah jari kaki (athlete’s foot), kawasan kulit berlipat (intertrigo) dan ruam lampin (nappy rash).

Untuk merawat jangkitan, ubat antifungal dengan tekstur krim putih ini perlu dipakai secara topikal pada kawasan kulit yang terkena jangkitan. Ia akan bertindak dengan membunuh fungus yang menyebabkan jangkitan.

Selain itu, krim ini juga boleh digunakan pada bahagian lain untuk mencegah daripada jangkitan asal itu merebak.

Apa yang kami suka:

  • Boleh digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah gatal pada kemaluan wanita, tetapi juga pada bahagian lain badan yang terkena fungal infection.
  • Harganya yang berpatutan tidak membebankan pesakit untuk membeli beberapa tiub sehingga tamat tempoh rawatan yang dicadangkan – 2 minggu hingga sebulan.
  • Mudah didapati di mana-mana farmasi, tanpa perlu mendapatkan preskripsi doctor.

Canesten Cream

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Sesuai Untuk Seisi Keluarga

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Krim jenama Canesten ini baik untuk merawat masalah jangkitan kulit yg lazimnya dialami oleh kaum lelaki yang aktif dan selalu berpeluh. Antara contohnya ialah jangkitan pada jari kaki (athlete’s foot), gatal pada kawasan pangkal peha lelaki (jock itch) dan sekitarnya, serta jangkitan pada kuku (nail fungal infection).

Walau bagaimanapun, ubat gatal kemaluan wanita di farmasi jenama Canesten ini juga boleh digunakan oleh wanita dan merawat masalah vaginal yeast infection yang berpunca daripada jangkitan fungus Candida Albicans. 

Selain itu, krim ini juga boleh digunakan untuk merawat masalah ringworm, sejenis jangkitan kulit di mana kawasan yang terkena jangkitan tersebut kelihatan seperti bentuk ring.

Dengan satu tiub kecil, anda dapat selesaikan pelbagai masalah kulit!

Apa yang kami suka:

  • Mengandungi bahan aktif clotrimazole yang biasanya digunakan untuk merawat masalah jangkitan yis pada kemaluan wanita, secara topikal.
  • Teksturnya yang seperti krim yang mudah diserap oleh kulit dan tidak melekit.
  • Semasa travel ke tempat panas, krim ini boleh dibawa sebagai bekalan untuk merawat ruam peluh (sweat rash), dan boleh digunakan oleh seisi keluarga.

Egoderm Ointment

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Selamat Untuk Bayi

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Egoderm adalah ubat sapu yang boleh melegakan dan merawat kerengsaan pada kulit yang berpunca daripada masalah jangkitan. Produk ini selamat untuk digunakan pada seluruh badan, dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Bahan aktif dalam produk ini ialah Ichthammol dan zinc oxide. Gandingan dua bahan ini adalah efektif dalam mengurangkan keradangan dan gatal pada kemaluan wanita. 

Selain itu, ubat sapu ini juga boleh melegakan masalah sakit kulit lain seperti nappy rash pada bayi, ekzema, dan masalah gatal pada dubur juga.

Apa yang kami suka:

  • Selamat digunakan pada kemaluan wanita, lelaki, dan bayi, serta bahagian badan yang mempunyai masalah kulit.
  • Sesuai dipakai untuk jangka masa yang panjang kerana ia bersifat melegakan, merawat dan melindungi kulit.
  • Hanya perlu pakai sedikit sahaja sudah memadai, dan dijual pada harga yang berpatutan.

Vagisan Moisturising Cream

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Jenis Krim Pelembap

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi 

Merupakan krim tanpa hormon untuk melegakan ketidakselesaan kekeringan faraj pada bahagian luar alat sulit yang disebabkan simptom seperti seperti terbakar, gatal-gatal dan sakit semasa persetubuhan.

Punca kekeringan faraj boleh disebabkan oleh kekurangan estrogen (menopaus), turun naik hormon (semasa menyusu atau mengambil pil perancang) dan semasa atau selepas kanser payudara.

Ubat gatal kemaluan wanita di farmasi ini mempunyai pH krim (4.5) disesuaikan dengan keasidan fisiologi faraj, ia juga boleh digunakan semasa mengandung (tanpa aplikator) dan semasa menyusu.

Apa yang kami suka :

  • Boleh digunakan bersama terapi penggantian hormon atau dengan krim faraj atau pesari yang mengandungi hormon (estrogen)
  • Boleh disapu dalam (dengan aplikator) dan luar faraj
  • Boleh digunakan sebelum bersetubuh, tidak menjejaskan sperma

Now Foods Women’s Probiotic 20 Billion Feminine Flora Balance

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Jenis Suplemen Probiotik

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

Dirumus khas menggunakan tiga strain probiotik yang diuji secara klinikal untuk menyokong kesihatan wanita melalui setiap peringkat kehidupan. Produk ini mengandungi L. rhamnosus HN001 dan L. acidophilus La-14 yang telah terbukti menjaga saluran faraj dan membantu mengekalkan pH faraj yang sihat.

Strain B. lactis HN019 dan HN001 pula membantu menyokong fungsi sistem imun yang sihat dalam wanita hamil dan menyusu. HN019 juga menyokong keteraturan saluran GI dan mengurangkan gas dan masalah kembung. Strain khusus ini juga menyokong fungsi sistem imun yang sihat dan seimbang pada wanita dari semua peringkat umur.

Apa yang kami suka :

  • Mudah digunakan, ambil sehari sekali
  • Boleh diamalkan pada bila-bila masa untuk kesihatan vagina
  • Harga yang berpatutan

VOFINA 20 Billion Pre+Probiotics Supplement

Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi Jenis Suplemen Dengan Manfaat Seksual

ubat gatal kemaluan wanita di farmasi

VOFINA mengandungi 20 bilion probiotik dan prebiotik yang membantu dalam pemulihan bakteria baik (Lactobacillus) di kawasan vagina dan di dalam usus.

Selain itu, ia padat dengan kolostrum yang menawarkan perlindungan daripada bakteria dan virus, ditambah pula dengan Lingonberry sebagai superfruit yang meningkatkan lagi formulasinya dengan sifat unik dalam meningkatkan sistem imun dan menggalakkan keseimbangan mikrob semula jadi dalam tubuh wanita.

Lactobacillus adalah sejenis probiotik yang berfungsi pada tahap yang kuat untuk memastikan vagina sihat dan bebas daripada ketidakselesaan. Selain itu, probiotik ini juga menyumbang kepada kesihatan usus, mengimbangi hormon dan memberikan kulit yang sihat dan bersih.

Apa yang kami suka :

  • Mengekalkan keseimbangan pH yang sihat
  • Melegakan & mencegah jangkitan berulang
  • Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
  • Menghilangkan keputihan
  • Melegakan gatal
  • Meningkatkan pelinciran vagina, menegangkan serta menguatkan vagina yang dapat membantu kepuasan seksual wanita

Perbandingan Harga Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi

Jenama Harga (RM)
Himalaya V-Gel Vagina Infection Treatment RM 13.95
Gynofit Lactic Acid Vaginal Gel RM115.00
Creobic Cream Treatment of Fungal Infections RM25.50
Canesten Cream RM8.52
Egoderm Ointment RM17.88
Vagisan Moisturising Cream RM66.47
Now Foods Women’s Probiotic 20 Billion Feminine Flora Balance RM120.00
VOFINA 20 Billion Pre+Probiotics Supplement RM140.00

Punca Kemaluan Gatal

Ramai yang menganggap apabila terasa gatal di kemaluan, itu hanyalah masalah alahan biasa. Lalu, ada yang pilih untuk ignore rasa tidak selesa itu dan bertahan selagi mampu. Malah ada juga wanita yang rasa malu untuk bercerita tentang masalah ini dengan doktor. 

Tahukah anda jika rasa gatal itu sebenarnya adalah simptom jangkitan kulat atau bakteria, ianya boleh melarat? Ia boleh mengakibatkan anda perlu melalui tempoh rawatan yang lebih lama dan mengganggu aktiviti harian serta hubungan bersama suami.

Jika anda sedang mengalami rasa tidak selesa pada kemaluan, ketahui beberapa sebab atau punca kemaluan gatal di bawah:

1. Jangkitan kulat

Melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans" yang lazimnya berlaku dalam kalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.

Organisma ini hidup pada kulit di sekitar faraj atau vagina dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, kulat boleh membiak dengan sangat cepat, terutamanya jika kawasan itu hangat dan lembap.

Terdapat banyak rawatan over-the-counter (OTC) yang berkesan. Sekiranya gejala masih tidak hilang setelah rawatan awal, pastikan anda mengunjungi doktor ya!

2. Vaginosis bakteria

Berbeza dengan jangkitan kulat, vaginosis bakteria sebenarnya bukan jangkitan. Ia berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala, termasuk kegatalan faraj.

Selain gatal-gatal, vaginosis bakteria sering menunjukkan simptom lain seperti keputihan berair yang berbau hanyir. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, temui doktor segera untuk mendapatkan preskripsi antibiotik yang akan membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj.

3. Jangkitan kelamin

Walaupun jarang berlaku, jangkitan kelamin (STD) masih merupakan antara penyebab yang difikirkan oleh pakar sakit puan apabila anda mengalami gatal-gatal pada faraj.

Satu jenis jangkitan kelamin khususnya, adalah trichomoniasis atau Trich, disebabkan oleh parasit Trichomoniasis vaginalis yang cenderung menyebabkan lebih banyak keputihan dan gejala faraj.

Rawatan trich terdiri daripada ubat oral dan berupaya untuk sembuh dengan cepat sebaik sahaja anda mula mengambilnya, walaupun anda boleh dijangkiti semula.

4. Menopaus

Bagi kaum Hawa yang sedang menghampiri atau berada pada usia di mana menopaus mula berlaku, menurut North American Menopause Society, kegatalan faraj mungkin akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid.

Selepas menopaus, perubahan hormon para wanita alami boleh menyebabkan kekeringan faraj dan penipisan kulit, yang disebut atrofi faraj (vaginal atrophy). Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba pelembap faraj OTC, yang tersedia dalam bentuk krim dan suppository (objek dimasukkan ke dalam badan, selalunya di bahagian rektum).

5. Menukar sabun atau seluar dalam baru

Miss V gatal, tetapi anda tidak mengalami sebarang gejala berkaitan jangkitan yis atau vaginosis bakteria.

Perubahan produk tertentu boleh menyebabkan kondisi yang disebut sebagai dermatitis kontak, di mana kulit anda bertindak balas terhadap alergen atau perengsa, seperti sabun, seluar dalam, losen, pewarna, detergen, atau bahkan tuala wanita.

Sebilangan wanita lebih sensitif terhadap produk dengan kandungan pewangi atau pewarna yang mencetuskan reaksi alergi. Setelah berjaya mengenal pasti perubahan baru yang menjadi punca miss V gatal, hentikan penggunaannya segera dan biasanya, masalah kegatalan akan mula reda.

Bagi penggunaan seluar dalam pula, panties yang diperbuat daripada material 100% kapas amat disarankan, ini membolehkan faraj ‘bernafas’ dengan lebih baik.

6. Alahan berpunca daripada faktor luaran

Alahan juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kerengsaan pada kemaluan wanita. Masalah alahan akan lebih teruk dan kerap terjadi pada mereka yang mempunyai sejarah ekzema dan kulit sensitif.  Antara perkara yang boleh trigger alahan ini adalah pencuci pakaian, sabun mandi, pewangi dan tuala wanita.

Jadi, jika tiba-tiba anda terasa gatal pada kemaluan, tapi tidak mempunyai sebarang simptom lain, cuba fikir jika anda ada menggunakan apa-apa produk baru kebelakangan ini.

Selain itu, ada juga wanita yang tidak sesuai memakai seluar dalam yang dibuat daripada material bukan kapas. Apabila berpeluh, material ini tidak dapat menyerap kelembapan secara efektif, dan menyebabkan kemaluan menjadi gatal dan dinaiki ruam.

7. Kesan sampingan selepas cukur bulu

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memastikan bulu pada ari-ari dan sekitar permukaan faraj sentiasa kemas. Antaranya ialah dengan bercukur atau sekadar di trim menggunakan gunting. 

Kadangkala selepas anda mencukur bulu di sekitar kemaluan, anda akan terasa gatal apabila bulu yang baru hendak tumbuh, atau semasa bulu terlalu pendek. Ia akan bergesel dengan kulit peha dan akhirnya menyebabkan anda terasa gatal dan pedih.

Selain itu, penggunaan pencukur yang tidak bersih atau tumpul juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Jika ini terjadi kepada anda, jangan panik kerana ia bukanlah masalah jangkitan yang serius, tetapi hanya masalah luaran sahaja.

Untuk kelegaan segera, sapukan saja gel aloe vera pada kawasan yang terasa gatal itu. 

Faktor Risiko Jangkitan Kulat Pada Faraj

Masalah Vagina Gatal & Berbau? Cuba Atasi Dengan Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik

Lebih dikenali sebagai vaginal yeast infection, penyakit ini sering dijangkiti oleh wanita yang sedang subur. Jangkitan ini berpunca daripada kulat Candida Albicans yang membiak pada kadar berlebihan, yang akhirnya membuatkan persekitaran faraj tidak seimbang. 

Antara tanda yang menunjukkan seseorang wanita itu mengalami masalah ini ialah, rasa gatal, naik bintik-bintik merah pada kemaluan, pedih semasa kencing dan keluar lendir berwarna putih kekuningan daripada kemaluan.

Namun, anda tidak perlu risau kerana jangkitan kulat pada faraj adalah masalah yang biasa dilalui oleh wanita, malah setiap wanita pasti akan melalui masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat pada faraj adalah:

  • Rawatan antibiotik
  • Mengandung
  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kimoterapi)
  • Kekurangan zat makanan

Untuk mengesahkan jangkitan, doktor akan mengambil spesimen daripada kemaluan, hantarkan ke makmal untuk pemeriksaan dan seterusnya memberikan ubat yang sesuai kepada pesakit. 

Rawatan yang lazim adalah rawatan pesari vagina iaitu sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat jangkitan. Ubat pil seperti Fluconazole juga boleh digunakan terutamanya bagi wanita yang tidak gemar menggunakan pesari vagina.

Ianya sangat efektif dan pilihan yang baik untuk jangkitan kulat sistemik dan mereka yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti penghidap HIV, pesakit kanser yang menggunakan kimoterapi dan mereka yang mendapat jangkitan kulat secara berulang.

Ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi kerana kurang kajian dari segi keselamatannya untuk janin atau bayi. Rawatan setempat seperti pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti mempunyai kurang kesan sampingan yang boleh dibeli di farmasi.

Oleh itu lebih selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi.

Tip Menjaga Kesihatan Vagina Selain Ubat Gatal Kemaluan Di Farmasi

Masalah Vagina Gatal & Berbau? Cuba Atasi Dengan Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik

Penjagaan dan kesihatan vagina atau faraj merupakan antara perkara penting dalam aspek kesihatan keseluruhan bagi seseorang wanita. Faraj yang tidak dijaga terutama dalam perihal kebersihan boleh mendatangkan masalah yang berisiko menjejaskan kesuburan, keinginan seks dan keupayaan mencapai orgasma.

Masalah kesihatan faraj yang tidak dirawat dan dibiarkan berterusan juga boleh menyebabkan tekanan atau masalah dalam perhubungan dan boleh memberikan kesan terhadap keyakinan diri anda.

Ketahui aspek penjagaan yang boleh anda lakukan demi mengekalkan kesihatan faraj dengan menbaca panduan di bawah;

1. Basuh dengan berhati-hati

Faraj merupakan antara bahagian badan yang paling sensitif untuk wanita. Bahagian intim ini mempunyai tahap pH yang sangat seimbang untuk melakukan ‘tugas’ menjaga kebersihan faraj dengan baik.

Oleh itu, tidak perlu menggosok bahagian dalam atau douching. Cara yang paling mudah adalah dengan membasuh faraj hanya menggunakan air suam. Sentiasa ingat bahawa produk kebersihan biasa seperti sabun badan mempunyai pH yang tidak sesuai untuk faraj yang boleh mengakibatkan gatal dan berbau.

2. Kering dan bersih

Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih sentiasa.

3. Suntikan vaksin

Vaksinasi boleh melindungi anda daripada HPV, virus yang dikaitkan dengan kanser serviks dan hepatitis B, iaitu jangkitan hati yang serius yang boleh merebak melalui hubungan seksual.

4. Yogurt dan probiotik

Amalkan mengambil yogurt dan makanan kaya probiotik untuk manfaat kesihatan faraj anda. Ia mengandungi bakteria baik yang diperlukan wanita. Dipercayai bahawa keseimbangan pH boleh diperolehi secara semula jadi dengan makan makanan sedemikian.

Pilihan yang baik untuk mengamalkan pengambilan yogurt adalah dengan hanya secawan yogurt sehari, ia dapat membantu menyingkirkan jangkitan yis dan membunuh penyakit serta organisma penyebab jangkitan.

5. Senaman kagel

Melakukan senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis sekiranya tergelincir (prolaps), kebocoran air kencing atau mengalami masalah lemah otot lantai pelvis.

6. ‘Ruang untuk bernafas’

Elakkan memakai pakaian yang ketat atau bahan yang menghalang pengudaraan seperti poliester. Ia menghalang faraj daripada bernafas dengan betul, sekali gus ia mewujudkan haba, kelembapan dan geseran yang boleh merengsakan vulva.

Untuk mengelakkan kerengsaan atau jangkitan, dinasihatkan untuk memakai seluar yang longgar dan diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kapas.

7. Pakai kondom

Ia bukan sahaja melindungi anda dari kehamilan yang tidak diingini dan penyakit penularan seksual tetapi ia juga membantu mengekalkan tahap pH faraj dan mengurangkan risiko jangkitan yis.

Semasa hubungan seks, bakteria dari pasangan akan bercampur dengan bakteria yang terdapat pada kemaluan kita. Alat kemaluan wanita adalah bahagian yang sensitif dan ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan saluran kencing.

8. Kencing dan cuci sebelum dan selepas berhubungan

Sebelum dan selepas melakukan hubungan seks, anda perlu membuang air kecil terlebih dahulu untuk mengeluarkan air kencing. Kencing membantu mencegah jangkitan saluran kencing yang boleh berlaku apabila kuman uretra (urethra) ditolak ke dalam vagina ketika bersetubuh.

Dan sentiasa ingat untuk mencuci sebelum dan selepas hubungan seks untuk menghentikan penyebaran bakteria.

9. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan berjadual dan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk penjagaan rutin. Sebaiknya lakukan pemeriksaan ujian Pap Smear secara berjadual seiring dengan perubahan usia anda.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!

Baca juga: Punca Alahan Bermula Dari Rumah, Ini Cara Pastikan Rumah Bebas Habuk & Debu Hama