Kembalikan Kenikmatan Hidup dengan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair

Sensodyne memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair baru dengan teknologi NovaMin® bagi membantu mereka yang menghidap masalah gigi sensitif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif Nombor 1*, hari ini melancarkan  kempen #ReclaimLifeSmallPleasures di Malaysia bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep  Repair terbarunya, membolehkan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif.  

Bagi mereka yang menghidap masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berdepan dengan ketidakselesaan, malah juga terpaksa berwaspada apabila mengambil makanan dan minuman dalam kehidupan seharian kerana bimbang ianya akan menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi.

Perkara  yang dianggap biasa seperti menikmati secawan teh tarik, teh boba ais atau menikmati aiskrim yang sejuk  boleh bertukar menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan, menyebabkan mereka tidak dapat  merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya.  

Setiap individu, termasuk mereka yang menghidap masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat daripada kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, dengan mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat  mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.  

“Kami memahami bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang kita  daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya. Ketika Malaysia mulai kembali normal dalam era pasca  pandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada  rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati setiap detik indah yang  mereka lalui, tidak kira sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari, tanpa perlu  bimbang tentang gigi sensitif. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujar Pengurus Besar GSK  Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong.  

Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak COVID-19 ke  atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna mendapati bahawa pengurangan kekerapan  kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan  mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara semasa tempoh ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian itu turut mendapati bahawa  kurang daripada suku responden (23%) mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesihatan mulut tertentu yang dihadapi oleh mereka1.  

Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare turut  mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi  sensitif.

Di kalangan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif di Malaysia, 39% menyedari masalah  yang mereka hidapi, manakala 32% yang lain mengalami gejala sensitiviti tetapi tidak menyedari masalah  yang dihidapi oleh mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam atau ngilu pada gigi bagi mereka yang  menghidap masalah gigi sensitif.

Kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) turut menunjukkan  bahawa kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila mereka  memberus gigi (38%), daripada makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu (33%),  mengambil makanan dan minuman yang sejuk (58%), panas (23%), manis (31%), berasid atau masam  (29%) dan pedas (15%)

Tambah Wong, “Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan, rakyat Malaysia digesa agar  mengutamakan amalan penjagaan kesihatan mulut masing-masing dan mempelajari cara-cara untuk  mengenal pasti dan menangani masalah gigi sensitif yang tidak diingini. Kami berharap menerusi kempen  ini, para penghidap gigi sensitif boleh mendapat perlindungan yang mereka perlukan daripada  Sensodyne.” 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif di seluruh negara, kempen  #ReclaimLifeSmallPleasures Sensodyne akan dilancarkan secara berperingkat mulai Januari 2022, dengan  pelbagai kandungan hiburan bermaklumat dan pendidikan oleh profesional penjagaan kesihatan,  pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial; yang disampaikan menerusi pelbagai platform  termasuk portal dan saluran media sosial Sensodyne Malaysia, platform media tradisional dan digital.  

Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik  pergigian di seluruh negara.  

Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, GSK Flagship Store di Shopee akan mengadakan promosi istimewa  dengan hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Selain daripada itu, dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, para pengguna juga  akan menerima 10% POTONGAN tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan  pasar raya hiper di seluruh Malaysia.  

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca** gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang  terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.

Ia turut mengandungi fluorida yang  membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif, di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect  Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, sila kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman  Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia. 

Notes: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*Sumber: Nielsen Retail Audit Data, September 2020 – Ogos 2021 

**Membentuk lapisan perlindungan pada bahagian sensitif gigi. Gosok gigi dua kali sehari untuk  perlindungan daripada kesensitifan yang berpanjangan  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia