Ubat Gugur Kandungan Boleh Buat Wanita Mandul? Sebab Itu Jangan Ambil Sebarangan

Ubat gugur kandungan biasanya menjadi alternatif bagi pasangan yang belum bersedia menimang cahaya mata atau dalam kehamilan tidak dirancang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada era globalisasi yang sedang pesat membangun ini, tidak dapat dinafikan bahawa ubat gugur kandungan semakin popular di kalangan masyarakat zaman sekarang.

Ubat gugurkan kandungan tersebut adalah alternatif kepada kaedah gugur secara surgikal dan dapat diambil sehingga kandungan berusia sebelum 8 minggu.

Bergantung kepada jenis pil gugur kandungan yang diambil, ia akan bertindak menyekat
hormon di dalam badan wanita yang dikenali sebagai progesteron.

Kesan ubat gugur kandungan

Progestron berfungsi sebagai hormon yang akan menyokong kandungan tersebut. Juga terdapat jenis ubat di mana servix wanita akan dilembutkan oleh ubat tersebut dan rahim akan mengecut bagi
tujuan menggugurkan janin tersebut.

Antara manfaat kaedah menggugurkan kandungan secara medikal (pil gugur kandungan) termasuklah ibu mengandung tidak perlu ke hospital dan tidak memerlukan khidmat pakar bius atau doktor
untuk menggugurkan kandungan tersebut dan proses ini lebih natural berbanding kaedah
surgikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan dan risiko. Antara
risiko pil gugur kandungan tersebut termasuklah sakit, demam, cirit birit dan pendarahan yang berlebihan.

Ubat gugur kandungan ini  juga mengambil masa yang agak lama untuk proses tersebut selesai. Proses ini boleh mengambil masa sehingga dua hari berbanding kaedah surgikal yang hanya mengambil
masa sebanyak 10 minit.

Sukar membezakan pendarahan yang tidak normal

Sesetengah ibu mengandung tidak dapat mengenal pasti jenis pendarahan yang tidak
normal apabila mengambil ubat gugurkan kandungan tersebut di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga waktu di mana ubat tersebut tidak berfungsi untuk semua orang dan janin masih di dalam rahim secara cebisan yang tertinggal. Keadaan ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius jika tidak dirawat dengan segera.

Ibu mengandung juga cenderung untuk mengalami masalah gangguan emosi apabila melihat pendarahan dan ketulan darah yang keluar semasa proses pengguguran yang dilakukan secara sendiri di rumah. Kaedah ini tidak dapat dilakukan jika ibu mengandung tersebut tidak berjiwa kental.

Ubat gugurkan kandungan online 

Ada juga kes di mana ibu mengandung yang ingin menggugurkan kandungannya secara
dalam diam, membeli ubat gugur tersebut di platform online tanpa berjumpa doktor dahulu.

Masyarakat tidak arif terhadap bahaya membeli dan mengambil ubat ini tanpa berbincang
dengan doktor pakar wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor pakar akan melakukan scan bagi memastikan kantung bayi di dalam rahim sebelum memberikan ubat tersebut.

Jika ubat itu diambil apabila kandungan di luar rahim, ini boleh mengakibatkan masalah yang sangat besar sehingga ibu mengandung terpaksa dibawa ke unit kecemasan hospital.

Adakah ubat gugur kandungan menyebabkan kemandulan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak persoalan jika ubat gugurkan kandungan mengakibatkan kemandulan dan
jawapannya adalah tidak.

Namun jika pil gugur kandungan tersebut gagal berkesan, ibu mengandung terpaksa menjalani kaedah alternatif iaitu kaedah surgikal untuk mengeluarkan janin atau cebisan janin serta darah beku yang tertinggal di dalam rahim di bawah kaedah anaesthesia atau lebih dikenali sebagai bius.

Ibu mengandung akan ditidurkan selama 10-15 minit oleh doktor bius dan janin akan disedut keluar dengan menggunakan alat vakum khas oleh doktor untuk tujuan tersebut.

Ada juga persoalan di mana para ibu mengandung banyak bertanya kepada doktor sama ada ubat ini boleh menyebabkan kanser ovari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubat ini adalah ubat jangka masa pendek yang tidak akan menyebabkan kesan sampingan jangka masa panjang termasuk kanser ovari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia