19 Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Mertua, Menyentuh Hati & Penuh Makna

Ucapan hari lahir untuk ibu mertua yang penuh makna dan menyentuh hari. Tidak perlu panjang berjela padat dan ringkas tapi menyentuh hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari jadi ibu mertua bakal tiba tak lama lagi? Ingin beri ucapan hari lahir untuk ibu mertua tapi masih tercari-cari idea? Mungkin anda boleh rujuk senarai yang kami kongsikan ini. Boleh juga gunakan ucapan ini untuk ibu anda.

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Mertua

  1. Buat ibu mertuaku tersayang, selamat hari lahir diucapkan! Moga selamat sejahtera ibu di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentisa diberkatiNya.
  2. Mama, selamat hari lahir! Semoga Mama sentiasa diberi keselamatan dan kesejahteraan dalam hidup. Terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu.
  3. Terima kasih untuk segala layanan baik ibu kepada saya. Selamat Hari Lahir, ibu! 
  4. Ibu antara insan istimewa di hati saya. Terima kasih untuk layanan dan kasih sayang selama ini. Selamat menyambut hari lahir. Sayang ibu sangat-sangat!
  5. Ibu, dikaulah sumber kekuatan untuk semua orang. Terima kasih kerana selalu menyokong kami. Tidak terbalas pengorbananmu. Terima kasih ibu. Selamat hari lahir untukmu.
  6. Seiring meningkat usia, aku belajar. Sekarang apabila ibu jua menganjak usia, aku berharap dapat terus belajar banyak lagi perkara baru daripada ibu. Semoga ibu panjang umur dan sihat selalu.
  7. Tidak pernah berbeza kasih sayang untuk ibu. Selamat hari lahir ibu mertuaku. 
  8. Ibu, saya gembira menjadi menantumu. Kasih sayangmu sangatku hargai. Aku selalu ingin berada di sampingmu dan menemanimu selalu. Semoga ibu sihat selalu dan bahagia dunia akhirat.
  9. Hari ini adalah hari kelahiranmu. Selamat hari lahir ibu. Semoga segala kebaikan dikurniakan buatmu Ibu.

  1. Mama, barakallahu fi umrik. Semoga Mama sentiasa diberkatiNya. Saya doakan Mama sentiasa sihat, bahagia, dan tidak pernah berasa keseorangan kerana Mama mempunyai anak-anak yang berjaya berkat doa dan pengorbanan Mama dan Papa. Happy birthday Ma!
  2. Selamat ulang tahun, Ibu. Semoga Allah memberi umur panjang dan kesihatan bagimu. Amin Ya Rabb.
    Selamat ulang tahun, ibuku sayang! Walaupun tidak pernah kuluahkan, tetapi ibu sentiasa ada dalam doaku agar ibu sentiasa sihat selalu dan panjang umur. Terima kasih untuk segalanya Ibu.
  3. Bersyukur kita masih dapat meraikan hari ulang tahun Mommy bagi tahun ini. Semoga dipanjang umur dan sihat selalu Mommy!
  4. Buat ibu mertuaku yang disayangi, terima kasih kerana menerima saya sebagai menantumu. Terima kasih kerana banyak mengajar dan menerima baik buruk saya. Maaf jika ada tersalah kata atau tersalah cara sama ada sedar atau tidak. Kata-kata dan nasihat ibu sangat bermakna pada saya dan keluarga kecil saya. Terima kasih ibu. Selamat hari lahir dan semoga ibu dipanjang umur dan sihat selalu.
  5. Saya ingat lagi bagaimana risaunya saya semasa awal perjumpaan dengan ibu. Risau, takut, semualah! Tapi, mak menyambut saya dengan senyuman dan sifat ramah. Terima kasih mak terima baik buruk saya sebagai menantu. Mak dan ayah sentiasa melayan saya lebih daripada anak sendiri. Saya sayang mak dan ayah. Saya sentiasa doakan mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Happy birthday Mak!
  6. Selamat hari lahir mak. Menantumu ini sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak. Nikmati hari bahagia ini. Terima kasih untuk segala layanan baik untuk menantumu ini.
  7. Saya sentiasa menunggu untuk jumpa mak selalu kerana mak antara yang menerima saya seadanya. Selamat hari lahir mak.
  8. Memilikimu sebagai ibu mertuaku satu rahmat besar. Selamat hari lahir mak. Semoga sentiasa panjang umur dan dimurahkan rezeki.
  9. Happy birthday mak. Satu kebahagiaan memiliki mak sebagai ibu mertua. Saya bersyukur. Semoga mak sentiasa dalam lindunganNya.
  10. Selamat hari lahir mak. Semoga mak diberi kesihatan yang baik sentiasa.

kelabmama

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gaya Hidup Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Lelaki & Perempuan Yang Istimewa, Buat Mereka Rasa Dihargai

Baca juga: 10 Menu Hari Jadi Anak Yang Simple & Menarik, Sesuai Untuk Sambutan Majlis Di Rumah

Baca juga: Menu Potluck Di Pejabat, Sekolah, Sambutan Raya Yang Sedap & Mudah Disediakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar