Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Tahukah anda, antara punca kelahiran pramatang dan berat bayi rendah adalah kerana pencemaran udara? Ini apa yang anda patut lakukan sekiranya anda hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap bakal ibu bapa sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik dalam memastikan bayi yang dikandung sentiasa sihat sempurna. Pemakanan dan keselamatan ibu hamil senantiasa dijaga dengan terperinci. Walau bagaimanapun, ibu ayah sering terlepas pandang dalam memastikan persekitaran yang bagus seperti udara bersih untuk ibu hamil.

Mengapa pentingnya udara bersih untuk ibu hamil?

Para saintis telah lama membuat penemuan bahawa ibu mengandung yang terdedah dengan pencemaran udara berisiko untuk melahirkan bayi pramatang atau berat bayi yang rendah

Penemuan baru pula mendedahkan pencemaran udara ini sangat tinggi di negara-negara yang populasinya bergaji rendah atau pertengahan, dan terutama sekali pencemaran udara di dalam rumah.

Menurut kajian itu juga, contoh pada tahun 2019, dalam separuh daripada populasi dunia menghirup udara yang tercemar dari gas memasak. Malah 92% dari populasi global tinggal di kawasan yang kualiti udaranya tidak menepati rekomendasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia lagi, dianggarkan 20 juta bayi dilahirkan berat badan rendah dan (kurang 2500 gram) dan 15 juta lagi dilahirkan pramatang akibat pencemaran udara yang disebabkan asap rokok, gas memasak, kekurangan nutrisi dan lain-lain

Tips mengekalkan kesegaran dan udara bersih di rumah

Kini anda sudah tahu betapa pentingnya udara bersih dalam kehidupan seharian kita, terutama sekali buat wanita hamil. Selain menjaga pemakanan yang sihat, memastikan vitamin cukup untuk tumbesaran janin, menjaga keselamatan ibu mengandung dengan memastikan tiada tugasan berat dilakukan, menjaga persekitaran terutama sekali udara bersih patut ada dalam senarai anda dalam memiliki kehamilan yang sihat. Dan apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan pengudaraan di dalam rumah anda sentiasa bersih adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 #1. Gunakan dapur elektrik

Memandangkan salah satu punca pencemaran adalah kerana penggunaan dapur gas iaitu api yang digunakan ketika memasak, maka buatlah keputusan bijak dengan beralih kepada penggunaan dapur elektrik.

Harganya sekarang pun lebih berpatutan jika nak dibandingkan dengan dahulu. Jika anda mengeluh kerana merasakan dapur gas lebih mudah dan cepat, fikirkan apakah anda mahu mudah dan cepat itu beri risiko pada kandungan anda?

Pasangkan alat penyedut asap dapur juga boleh membantu mengurangkan asap ketika anda memasak.

#2. Elakkan merokok di dalam rumah

Sekiranya ada penghuni yang merupakan perokok di dalam rumah anda, tolong elakkan mereka dari merokok di dalam rumah. Ini termasuklah vape dan segala alat yang mengeluarkan asap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya pasangan anda sendiri merokok, nasihatkanlah mereka semua berhenti. Ia mungkin saja tidak baik untuk kandungan anda ketika mereka merokok, malah sisa dan bau yang melekat pada badan mereka juga boleh membahayakan anda dan bayi. 

Ia juga tidak bagus untuk bayi apabila mereka lahir nanti. Boleh menjadikan mereka mengalami masalah paru-paru atau asma.

#3. Pastikan ada saluran pengudaraan di dalam rumah 

Biasanya rumah yang sentiasa tertutup, tidak membuka tingkap atau tiada tingkap boleh menjadikan pengudaraan di dalam rumah sangat teruk dan tercemar. Malah habuk juga mudah terperangkap.

Belum lagi dikira berapa kali anda vakum seluruh rumah dalam masa seminggu, kalau setiap hari, memang bagus, namun kalau sekali dalam seminggu sahaja, tentu habuk sudah bertebaran di dalam udara. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Menggunakan penulen udara All Clean Virus Fit dari SK magic

Seteliti mana pun kita membersihkan rumah, penulenan udara adalah sangat penting bagi memastikan setiap udara yang kita sedut adalah bersih. Ia satu pelaburan berbaloi jika anda betul-betul mahu meningkatkan kualiti udara dalaman rumah anda. 

Malah apa yang penulen udara All Clean Virus Fit ini mampu lakukan pasti buat anda teruja! Ia bukan saja dapat menyingkirkan bakteria, kotoran, habuk, kulapuk, malah ia mampu menyingkirkan virus bawaan udara. Cukup serasi buat wanita yang hamil ketika endemik ini.

Mengapa pilih All Clean Virus Fit? 

Penulen udara ini dilengkapi dengan sistem penapisan 8 langkah semua dalam satu dan fungsi pensterilan UV Arc Core yang dapat menyingkirkan 99.99% habuk, kulat, virus dan bakteria. 

Dilengkapi dengan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus yang telah diuji dan terbukti dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19, termasuk varian Delta, Human Coronavirus, EV71 dan virus H1N1. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria berbahaya bahan kimia berbahaya dapat disingkirkan melalui Penapis Pra-Antibakteria & Penjagaan All-in-One manakala bakteria dan virus yang merebak melalui udara disterilkan oleh fungsi pensterilan UV Arc Core.

Hadir dengan ciri sedutan pintar 360° All Directional Air Suction. Ia membersihkan dan menapis udara yang tercemar dari semua arah termasuk di atas permukaan lantai. Jadinya sesuai untuk anak-anak kecil yang masih merangkak. 

Bukan itu saja, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan bolong dan kipas yang boleh dicuci, ternyata memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan. 

Didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh A.S. Food dan Pentadbiran Dadah (USFDA) 

Produk ini juga mesra alam dan selamat untuk ibu hamil dan kanak-kanak. Diperbuat daripada bahan plastik kitar semula 50% mesra alam yang dikenali sebagai Post Consumer Recycled-ABS (PCR-ABS). 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulen udara ini juga adalah yang pertama di industri yang disahkan PA (Pure Air) sebagai Pensteril Udara oleh Persatuan UV Ozon Korea. 

Bagaimana untuk mendapatkannya? 

Penulen udara All Clean boleh disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati hanya RM99 sehingga stok masih ada. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK Magic Malaysia, like kami di Facebook, follow kami di Instagram dan tonton video menarik di YouTube.

Sumber: 

¹ WebMD, Indoor Air Pollution, 21-01-21 

² Plosmedicine Journals