'Dia Tidak Lagi Sama Seperti Dulu' Tabahnya Suami Ini Menjaga Isterinya Yang Hilang Ingatan

Ujian dalam rumah tangga itu biasa, namun apa yang terjadi pada pasangan ini dugaannya maha hebat. Isterinya hilang ingatan dan berubah jadi agresif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian dalam rumah tangga itu biasa, namun apa yang terjadi pada pasangan ini dugaannya maha hebat. Isteri kepada seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Imam Baydowi Sumardi ini berkongsi kisah sadis yang mana isterinya, Nur Hana hilang ingatan akibat kemalangan. 

Selepas kemalangan itu isterinya telah koma selama beberapa hari kemudian sebaik sedarkan diri, doktor telah mengesahkan isterinya hilang ingatan. 

Kata si suami, isterinya memang tidak sama seperti dulu sejak sedarkan diri dari koma. Ini akibat berlaku pendarahan dalam kepala yang menyebabkan tempurung kepala terpaksa dibuka.

Kemalangan ketika membeli barang dapur

Foto: Oh My Media

Menurut laporan Harian Metro, mereka berdua terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke kedai. "Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter. Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu," kata Imam Baydowi.

Apa yang lebih menyedihkan, ujian dalam rumah tangga pasangan ini bukan itu sahaja. Suami kepada isteri yang hilang ingatan ini terpaksa tidak berkerja kerana perlu menjaga isterinya. 

Mereka memiliki empat orang cahaya mata, dan tinggal di rumah sewa bersama ibu isterinya, dan juga anak saudara serta adik ipar. 

Berubah 100 peratus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Oh My Media

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Isterinya juga dikatakan bersikap agresif hingga ada waktunya terpaksa diikat tangan dek kerana dia mencuba untuk mencabut tiub di hidung dan lehernya.

Dan sadis apabila si suami menyatakan bahawa isterinya langsung tidak mengingati anak-anaknya malah ibu kandungnya sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap hari isterinya dikhabarkan menunjukkan pemulihan yang semakin baik, dan pagi ini Nur Hana dikatakan sudah mula senyum dan mengambil swafoto bersama anaknya. 

Sejak berita ini tular juga, keluarga ini mendapat respon yang baik dari orang ramai, termasuklah bantuan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), jiran-jiran serta orang perseorangan.

Jika anda prihatin, mohon doakan kesihatan Nur Hana untuk pulih sepenuhnya. Sesungguhnya, ini adalah ujian dalam rumah tangga yang dihadapi pasangan ini. Nasib kita belum tentu lagi, jadi sama-samalah kita berdoa, dan moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya. 

Tanggungjawab suami dalam Islam

Baituljannah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain menyediakan tempat tinggal dan menjaga makan minum isteri serta keluarga, ada lagi beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan suami. Perubatan dan penjagaan kesihatan isteri juga salah satu daripadanya. 

#1. Menyediakan makan dan minum

Menyediakan makan minum seorang isteri termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur.

Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.

#2. Menyediakan pakaian dan perhiasan

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat.

Peliharalah aurat isteri dengan membelikan persalinan yang sesuai untuk pandangan umum dan gunakan peluang ini untuk mendapat pahala.

Isteri wajib mendapat 2 persalinan setahun, ini merangkumi pakaian dalam dan pakaian luar dari kepala ke kaki (kasut).

Wanita juga diketahui suka berhias, jadi suami seeloknya memberikan hadiah perhiasan untuk isteri selagi barang perhiasan tu tidak berlebih-lebih dan memenuhi syarak.

#3. Perubatan

Sediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba. Belilah insurans untuk isteri jika mampu. 

Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapapun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa. Dan sekiranya ia terjadi jagalah isteri anda sehingga dia benar-benar pulih.

Jadikan sahaja kisah Imam Baydowi ini sebagai teladan. 

 #4. Menyediakan pembantu

Bagi suami yang mampu, perlulah suami ketahui yang isteri bukannya orang gaji yang dikahwini semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.

Isteri seharusnya dijaga sebaik mungkin dan tanggungjawab mengemaskan rumah hanyalah ehsan dari isteri buat suami.

Namun sekiranya isteri melakukan pekerjaan tersebut, isteri harus melakukan dengan ikhlas dan akan mendapat pahala. Buat para suami, sekiranya mampu, sediakan pembantu untuk isteri anda terutamanya semasa isteri dalam keadaan berpantang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Luahan Hati Isteri: Wahai Suami, Bantulah Saya Yang Menderita Dalam Diam