Ujian Kehamilan Positif, Namun Tidak Hamil? Ini 7 Sebab Yang Mungkin Jadi Puncanya

undefined

Ketahui 7 punca mengapa ujian kehamilan yang biasanya tepat, boleh menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu sebenarnya tidak hamil.

Alat ujian kehamilan sangat mudah didapati, Selain dijual di farmasi, anda juga boleh mendapatkannya secara dalam talian. Malah yang berharga RM1 pun ada. Namun ada juga yang mencecah harga puluhan ringgit.

Pelbagai jenis alat ujian kehamilan dijual termasuklah versi digital. Biasanya ia dipanggil UPT test dan biasa digunakan apabila wanita merasakan mereka lewat datang bulan.

Namun adalag test kehamilan secara sendiri ini tepat? Ia kerana ada individu yang buat ujian kehamilan namun mendapat keputusan yang salah sama ada negatif tetapi sebenarnya hamil atau positif tapi sebenarnya didapati tidak hamil apabila pergi membuat pemeriksaan ke klinik. 

Ujian kehamilan: adakah tepat?

ujian kehamilan

Bila lewat datang bulan, perkara pertama yang biasa terlintas adalah anda mengandung. Jadi sudah pasti akan cuba cek pregnant atau sebaliknya. 

Namun adakah anda tahu bila waktu sesuai cek upt dan hari ke berapa boleh tahu mengandung? 

Alat ujian yang dijual di farmasi adalah alat yang digunakan oleh wanita untuk mengetahui jika mereka mengandung ataupun tidak.  Terdapat banyak jenis ujian kehamilan yang dijual di pasaran, tapi yang paling biasa digunakan adalah jenis batang yang dapat dicelup atau dimasukkan ke dalam air kencing. 

Sesetengah ujian ini dapat mengesan kehadiran hormon HCG yang dihasilkan oleh plasenta pada awal kehamilan. Walaupun ia memberi keputusan yang agak tepat, tapi pernah juga berlaku ujian menunjukan keputusan positif tapi wanita itu tidak hamil.

Jadi sejauh mana ketepatan ujian kehamilan ini? Kebanyakan jenama ujian kehamilan kendiri di rumah boleh dipercayai. Walaupun kaedah ujian tepat ujian kehamilan boleh berbeza dari satu jenis kepada jenis yang lain, ia semua mengesan tahap HCG dalam badan anda.

Jika anda membuat ujian sendiri di rumah, kebanyakannya akan memberikan anda hasil yang sama. Perbezaan dengan ujian di rumah anda ialah sensitiviti ujian.

Sesetengah mungkin lebih sensitif daripada yang lain dan menghasilkan keputusan yang positif (mengesan HCG dalam air kencing anda) lebih awal daripada yang lain.

Untuk bacaan yang paling tepat, anda masih disyorkan untuk menunggu sehingga anda terlepas haid. Pada ketika itu, semua ujian harus tepat dan ia adalah kira-kira 99% tepat apabila anda menggunakannya dengan betul.

Mengapa ujian kehamilan menunjukkan positif palsu

ujian kehamilan

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada ujian kehamilan menunjukkan positif palsu. Ia berlaku mungkin disebabkan beberapa perkara ini termasuklah:

#1. Kehamilan kimia

Kehamilan kimia berlaku jika telur yang disenyawakan, tidak berjaya melekat pada dinding rahim, atau tumbuh pada awal kehamilan. 

Ini boleh berlaku atas pelbagai sebab. Keguguran awal bukanlah salah wanita. Ia mungkin disebabkan masalah dalam rahim, seperti fibroid, tisu parut, atau kecacatan pada rahim seperti mempunyai bentuk yang tidak normal.

Jumlah hormon progesteron yang rendah juga dapat mengurangkan kemungkinan implantasi dan pertumbuhan embrio.

#2. Kehamilan ektopik

Kadang-kadang telur yang disenyawa boleh menanam diri di luar rahim dan menyebabkan kehamilan ektopik.

Kehamilan ektopik boleh berlaku di dalam tiub Fallopion, serviks, ovari, ataupun di dalam abdomen wanita.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang kehamilan ektopik di sini. Embrio masih akan menghasilkan HCG, walaupun ditanam di tempat yang salah dan inilah yang menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan anda.

#3. Keguguran

Ujian kehamilan mungkin masih akan menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu telah mengalami keguguran. Tahap HCG akan bertambah apabila plasenta membesar semasa kehamilan dan berganda sehingga sekitar minggu ke-10.

Apabila berlakunya keguguran, tahap HCG akan mula turun, tapi prosesnya sangat perlahan. Hormon masih boleh dikesan di dalam darah dan air kencing walaupun 6 minggu selepas keguguran. 

#4. Kesalahan pengguna

Pengguna perlu mengikut arahan serta menyemak tarikh luput pada kotak sebelum menggunakan ujian kehamilan yang dibeli. 

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah melakukan ujian itu terlalu awal dan ini boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

Air kencing yang terlalu cair juga boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

Masa yang paling baik untuk melakukan ujian kehamilan adalah ketika anda baru bangun tidur, pada waktu pagi iaitu menggunakan air kencing pertama selepas anda bangun daripada tidur. 

#5. Garis penyejatan

Kadangkala garis penyejatan boleh dikelirukan sebagai ujian kehamilan yang positif. Kebanyakan ujian kehamilan akan menunjukkan dua baris apabila hormon HCG dapat dikesan dan satu baris sahaja apabila HCG tiada.

Garis tanda positif pada ujian kehamilan biasanya berwarna terang, seperti merah jambu, merah, atau biru. 

Jika garisan kedua muncul tapi tak begitu terang, ini boleh menunjukkan kehamilan awal ataupun kekeliruan garis penyejatan yang tidak berwarna. 

#6. Ubat-ubatan

Jika anda sedang mendapatkan pertolongan pakar untuk hamil, anda mungkin akan diberi ubat kesuburan.

Salah satunya adalah suntikan HCG sintetik: contohnya Novarel, Pregnyl, Ovidrel, dan Profasi. Fungi suntikan HCG ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran telur matang.

#7. Penyakit tertentu

Penyakit tertentu juga boleh menjejaskan keputusan ujian anda. Antara penyakit tersebut adalah:

  • Jangkitan kencing kotor
  • Penyakit buah pinggang yang menyebabkan darah atau sel darah putih dalam air kencing
  • Sista (cyst) ovari, terutamanya sista korpus luteum
  • Penyakit yang lebih serius seperti kanser ovari
  • Masalah pituitari (jarang sekali)

Bila sepatutnya lakukan ujian kehamilan

ujian kehamilan

Secara umum, masa terbaik adalah apabila anda buang air kecil pertama pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, beberapa jenis ujian kehamilan cukup sensitif untuk mengesan HCG tidak kira bila masa anda mengambil ujian.

Namun, jika boleh, cuba tunggu sehingga tiga jam sejak kencing terakhir anda sebelum anda mengambil ujian. Anda juga boleh mengambil dua ujian kehamilan untuk mengesahkan anda mendapat keputusan yang sama.

Selain itu, jika anda merasakan sudah sepatutnya tiba waktu haid, namun masih juga tidak mengalaminya mengikut tarikh yang sepatutnya boleh juga untuk melakukan ujian.

Adalah lebih baik untuk tahu lebih awal jika anda hamil atau sebaliknya supaya boleh segera dapatkan pemeriksaan doktor dan mengelak melakukan sesuatu yang lasak jika benar-benar berada di fasa awal kehamilan. 

Adakah ujian hamil positif palsu mengundang risiko

Keputusan ujian di rumah yang positif hendaklah sentiasa disusuli dengan mendapatkan pemeriksaan doktor. Doktor anda mungkin akan melakukan ujian air kencing sekali lagi dan melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusan dan memantau tahap hCG anda.

Mereka juga boleh membuat ultrasound transvaginal untuk mengesahkan bahawa kehamilan berjalan seperti biasa. Ultrasound susulan mungkin diperlukan selepas kira-kira 1 minggu atau lebih jika masih awal untuk mengesahkan keputusan.

Ada beberapa risiko yang mungkin anda alami jika keputusan ujian adalah positif palsu. Disebabkan itu, sebaik saja mendapat keputusan positif, adalah lebih elok dapatkan terus pemeriksaan doktor untuk pengesahan.

Ada kemungkinan anda memiliki kehamilan yang tidak boleh berkembang. HCG yang lebih rendah ini mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan kimia, iaitu apabila embrio tidak diimplan atau membesar. Anda juga mungkin masih mempunyai hCG dalam badan anda selepas keguguran.

Keguguran yang tidak dirawat sebaiknya boleh mendatangkan jangkitan kepada rahim dan menyebabkan komplikasi kepada kesihatan anda. Jadi disebabkan itu ia berisiko dan seharusnya mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor. 

  1. clevelandclinic (November 28, 2022) Pregnancy Tests. my.clevelandclinic.org/health/articles/9703-pregnancy-tests
  2. mayoclinic (Feb. 24, 2021) Home pregnancy tests: Can you trust the results?. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/home-pregnancy-tests/art-

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tanda Hamil 2 Minggu Yang Buat Ramai Ibu Keliru, Waktu Inilah Sesuai Buat Ujian Kehamilan!

Baca juga: Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!