13 Cara Paling SWEET Untuk Beritahu Suami Yang Anda Hamil, Comel Sungguh!

Ujian kehamilan positif tentunya membuatkan anda rasa gembira dan teruja untuk memberitahu kepada suami, kan? Ini beberapa cara best yang boleh anda buat!

Anda dan suami pastinya sudah lama menantikan perkhabaran yang cukup istimewa ini dengan penuh kesabaran. Tapi sekarang hidup anda pasti bertambah gembira setelah melihat ujian kehamilan positif.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memberitahu kepada suami bahawa anda sedang berbadan dua?

Sebenarnya, banyak cara yang boleh mendedahkan rahsia kepada ujian kehamilan positif anda tetapi perlu memilih masa yang lebih sesuai untuk memberitahu kepada si suami.

Berikut ini kami kongsikan beberapa cara hebat untuk mendedahkan berita kepada suami bahawa anda kini sedang hamil.

Ujian kehamilan positif, ini 13 cara nak beritahu suami anda

#1. Umum melalui buku

Sekiranya hamil anak pertama, tentunya banyak yang perlu dipelajari oleh suami anda sebelum beliau bergelar bapa. Jadi apa yang anda boleh buat adalah dengan membeli buku panduan untuk keibubapaan dan berikan kepadanya sebagai hadiah.

#2. Letakkan nota atas roti

Jika anda rajin membakar roti, mungkin cara ini berkesan untuk anda dengan meletakkan nota kecil pada roti tersebut dan kemudian minta suami buka oven untuk melihat apa isi di atasnya. Tentu dia teruja bila dapat tahu rupa- rupanya isteri sedang mengandung!

#3. Bungkus ujian kehamilan macam hadiah

Ha..ini lagi satu yang best kalau anda rancang nak beritahu suami tentang kehamilan anda secara senyap-senyap. Caranya balut cantik-cantik UPT pada sebuah kotak kemudian berikan pada suami. Rasanya ramai artis yang buat begini untuk  surprise kan suami mereka!

#4. Guna belon

Nak lagi kreatif anda boleh umumkan berita kehamilan ini dengan menggantung belon dalam almari pakaian suami. Kemudian tulis belon dengan perkataan BABY atau  "Tahniah anda bakal bergelar ayah". Tentunya dia akan terkejut dan dalam masa yang sama berkongsi rasa gembira.

#5. Biarkan anak yang lain umumkan kepada daddy mereka

"Ayah, saya bakal jadi kakak"

Tentu suami akan berkedip mata dan mengambil sedikit masa untuk memahami apa yang diungkapkan oleh anak anda. Tapi, lama-lama dia tentu tersenyum gembira dan bersyukur. 

#6. Letak lampin bayi di depan pintu bilik tidur

Cara yang seterusnya adalah dengan meletakkan kotak lampin di depan pintu bilik dan tentu ia membuatkan suami rasa tertanya-tanya, misalnya siapa yang akan pakai lampin tersebut?

Kemudian tentu dia akan bertanya kepada anda dan masa ini isteri boleh memberi ekspresi senyuman atau minta dia untuk menekanya.

#7. Buat rungan untuk bayi

Tentu suami akan pelik bila secara tiba-tiba anda menghias sebuah bilik dengan dekorasi kanak-kanak. Sudah tentu suami akan teruja untuk diberitahu berita gembira ini.

#8. Masukkan mesej dalam bingkai gambar

Dapatkan bingkai menggunakan kreativiti seperti  I love you daddy, I love you mummy, coming soon...baby dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing. Pasti suami  excited untuk tahu dengan lebih  details!

#9. Tukar gelas suami dengan botol susu

Jika suami meminta anda buatkan minumannya, anda boleh tukarkan gelas suami dengan menggunakan botol susu. Tentu dia keliru lantas memandang ke arah perut anda.

#10. Buat ejaan dengan scrabble

Jika suami anda suka permainan scrabble minta dia bermain bersama anda. Bila tiba giliran anda, kongsikan berita gembira itu dengan membuat perkataan seperti " Pregnancy", Mommy, Daddy, Baby, Newborn Baby, Saya hamil dan sebagainya. Percayalah, dia pasti gembira!

#11. Tulis nota atas perut

Seterusnya adalah dengan menulis nota atas perut seperti " saya sedang mengandung". Tentu dia seronok bila tahu ini.

#12. Lukis potret bergambar

Jika anda seorang yang cintakan seni, anda boleh juga melukis ilustrasi keluarga dengan rupa suami, isteri dan bayi. Tentu suami faham bahawa isterinya kini sedang hamil.

#13. Guna telefon bimbit

Ini paling mudah, dalam diam-diam anda menghantar gambar ujian kehamilan kepada suami dengan memberitahu berita kehamilan anda. Malah sudah tentu suami pulang awal ke rumah untuk mengetahui berita yang lebih lanjut.

Semoga artikel ini membantu dan memberi manfaat pada anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: