Dengan Ultrasound Bercetak 3D, Pasangan Buta Ini Akhirnya Berpeluang Merasai Bayi Dalam Kandungan!

Apabila kedua-dua pasangan buta ini menerima berita yang mereka akan dikurniakan anak, mereka sangat gembira! Yang bertuahnya, mereka ditawarkan peluang untuk menjalani ultrasound bercetak 3D untuk merasai bayi mereka buat pertama kalinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, saya terbaca sebuah cerita yang menyentuh hati. Akan tetapi, dengan kecanggihan teknologi moden, ramai masyarakat tidak terlepas lagi daripada diberi peluang menjalani kehidupan seperti “orang biasa”.

Ana Paula Silveira dan pasangannya, Alvaro Zermiani dari Brazil telah berkahwin dan bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. Tetapi, kedua-dua pasangan terbabit runsing dengan satu perkara — mereka buta dan tidak dapat melihat wajah bayi mereka dalam ultrasound.

Ana dipetik menjelaskan pada InsideEdition yang

“Saya amat bimbang. Saya fikir saya bukan saja tak boleh melihat ultrasound, tiada sesiapa juga boleh menerangkan kepada saya tentang bayi ini.”

Keajaiban terjadi!

Tapi, magik berlaku! Dengan kecanggihan teknologi, pasangan ini diberi peluang kedua untuk merasai bayi mereka dalam ultrasound!

Kredit gambar: GE Healthcare

Mereka telah ditawarkan peluang untuk menjalani ultrasound bercetak 3D, menerusi teknologi dari GE Healthcare. Menerusi kecanggihan teknologi pencetakan 3D, doktor pakar berupaya membuat cetakan versi 3D bagi menunjukkan imej bayi dalam kandungan. Imej yang telah dicetak kelihatan sama dengan apa yang dilihat di skrin sonogram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Inspire More

Pencipta disebalik kemudahan teknologi yang amat berguna untuk insan kurang upaya seperti kedua pasangan ini adalah Dr Heron Werner, doktor untuk kandungan dan pakar sakit puan di Brazil.

Usaha Dr Heron adalah untuk membantu pasangan buta ini berjumpa dengan anak yang dikandung buat pertama kali, melalui ultrasound.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, Silveira dan Zermiani telah mendapatkan Dr Heron selepas wawancara di televisyen. Ketika melihat Dr Heron buat pertama kali dalam kaca tv terbabit, Zermiani telah menyuruh Silveira mengingati doktor tersebut.

Setahun kemudian, Silveira hamil. Mereka terus mendapatkan Dr Heron. Silviera telah diberi 3 ultrasound untuk setiap trimester. Pasangan ini juga boleh membawa balik ultrasound cetakan 3D tersebut!

Mari lihat kegembiraan kedua-dua pasangan istimewa ini menerusi video dari Inside Edition!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dengan pencetakan 3D ini, saya tak payah bergantung pada keterangan sesiapa lagi. Tahulah — untuk orang buta seperti kami, sentuhan itu amat penting. Dr Heron telah beri satu pengalaman yang luar biasa. Ia mengubah kehidupan kami selamanya!”, jelas Silveira.

Kredit gambar: GE Healthcare

Sistem pencetakan 3D dari GE Healthcare

Sistem pencetakan 3D ini diberi nama GE Healthcare’s Voluson E10. Ia merupakan sistem ultrasound pertama dengan keupayaan pencetakan 3D yang dibina secara langsung ke dalam sistem.

Dr Heron memperoleh idea untuk membangunkan teknologi canggih ini selepas mendapat ilham dari projek pencetakan 3D pada tahun 2007.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dulu, Computed Tomography telah menggunakan pencetakan 3D untuk mencetak gambar fosil dan mumia di Muzium Negara Brazil. Selepas itu saya terfikir, kenapa kita tak gunakan teknologi ini untuk mencetak gambar janin?”

Jadi bermula pada tahun 2012, beliau mula menawarkan perkhidmatan ini untuk mana-mana wanita dengan masalah cacat penglihatan, secara percuma!

Anak lelaki pasangan buta ini diberi nama Davi Lucas Zermiani. Dia kini berusia 3 tahun dan gemar melihat ultrasound bercetak 3D yang masih disimpan ibu bapanya.

Kedua-dua pasangan telah menceritakan bagaimana ultrasound bercetak 3D itu terhasil kepada Davi. Davi riang dan berbangga. Dia akan menunjukkan replika itu pada semua kawan-kawannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga doktor baik seperti Dr Heron semakin banyak di atas muka bumi yang semakin tandus ini. Dan semoga mereka dapat membantu memberi sebuah kehidupan baru kepada insan-insan yang tidak berkeupayaan.

Semoga perkongsian ini menghiburkan! Selamat bergembira, semua ibu bapa di luar sana.

 

Kredit gambar: GE Healthcare

Sumber rujukan: LifedailyGE HealthcareInsideEdition, dan Inspire More

 

 

Penulis

Ayu Idris