Moyang Bunuh Bayi Cucu Kerana Malu Lahir Anak Luar Nikah, Ditikam dan Dicampak Dalam Semak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejam sungguh moyang ini, umur bayi baru 2 hari dia telah menikamnya akibat marah kerana ia merupakan anak luar nikah cucunya. 

Memetik laporan Gulf News mayat bayi itu ditemui di dalam semak samun di Bandar Bhopal, Madhya Pradesh, India. 

Menurut laporan, ibu kepada bayi tersebut telah melakukan hubungan terlarang dan mengandung. Apabila dia melahirkan anak luar nikah itu, datuknya yang dipercayai tidak mahu dipandang serong oleh orang kampung terus membunuh bayi berkenaan.

Nenek bersubahat membunuh

Polis membuat kenyataan, ketika siasatan mereka mendapati nenek ibu malang itu turut bersubahat. Datuk dan nenek itu telah menikam bayi yang baru dilahirkan itu menggunakan pisau dan menghumban mayat bayi itu ke dalam semak. 

Pada awalnya mereka menyangkakan ia perbuatan daripada haiwan di semak itu, namun selepas bedah siasat mendapati ada lebih 80 tikaman pada badan bayi itu yang menjadi punca kematian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah kedua-dua suspek iaitu datuk dan nenek ibu malang itu telah pun mengakui perbuatan jenayah tersebut. Dan akan dikenakan hukuman. 

Entah apalah yang difikirkan kedua orang tua ini sehingga sanggup menikam bayi yang tidak berdaya sebanyak 80 kali. Sepatutnya umur bayi baru 2 hari ini ditatang bagai minyak yang penuh, dibelai, dipelihara agar tiada seekor nyamuk pun mampu menggigit. Inikan pula di tikam. Moga balasan yang setimpal akan diberikan kepada kedua orang tua yang tidak punya hati ini.

8 tips penjagaan bayi baru lahir di rumah

  1. Rambut dan kulit kepala

Cuci rambut bayi menggunakan syampu yang khas untuk bayi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan tangan. Jangan sampai kena mata ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda lihat kulit kepala bayi berkerak, ia normal dan dipanggil sebagai cradle cap. Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby oil.

Caranya, letak baby oil pada kulit kepala bayi dan biarkan selama 10-15 minit. Bersihkan dengan kapas atau cotton bud perlahan-lahan dan kemudian cuci hingga bersih.

  1. Mata bayi

Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, basahkan kapas bersih dengan air masak. Sapu dari arah dalam ke luar. Ganti kapas baru untuk membersihkan mata lagi satu.

  1. Hidung dan telinga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidung sudah mempunyai fungsi pembersih sendiri dan tak memerlukan penjagaan khusus. Tapi, jika ada cecair atau kotoran yang dilihat terkeluar, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka saja.

Sama juga dengan telinga, anda hanya perlu membersihkan bahagian luar telinga saja. Cuping telinga boleh dibersihkan semasa anda memandikan bayi anda dengan menggunakan kapas atau kain bersih.

  1. Mulut

Umur bayi 2 hari ini selalunya lidah bayi putih kerana susu yang mereka minum, bersihkan dengan kapas yang dibasahkan dengan air masak. Jangan lupa untuk pastikan tangan anda bersih sebelum membersihkan mulut bayi.

  1. Tali pusat

Anda perlu berhati-hati dengan tali pusat bayi kerana ia mudah terkena jangkitan. Jika tali pusat terkena air semasa mandi, keringkan dengan kapas atau kain bersih. 

Tali pusat bayi biasanya akan putus satu ke dua minggu selepas dilahirkan. Selepas tali pusat putus, anda boleh bersihkan kotoran dengan baby oil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kulit

Penjagaan bayi baru lahir yang tak kurang pentingnya adalah memandikan bayi anda. Anda boleh mandikan mereka sekali sehari di tab mandi atau lap mereka dengan tuala basah.

Pastikan air yang anda guna untuk mandikan bayi anda dalam keadaan hangat.

  1. Kuku

Potong kuku bayi anda secara berkala. Potong secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi.

  1. Punggung bayi

Punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif. Jika tak dibersihkan dengan betul, ruam akan mula timbul di kawasan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, pastikan punggung bayi anda sentiasa kering dan bersih. Anda juga boleh menggunakan diaper cream selepas mengeringkan punggung mereka sebelum memakai lampin.

Jika punggung bayi anda mempunyai ruam, anda boleh jemur bayi anda di waktu pagi pada posisi menyiarap di pangkuan anda..

Mudah saja kan? Semoga cara penjagaan bayi baru lahir ini dapat bantu memudahkan urusan ibu dan ayah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Siakap Keli

Baca juga:

Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Sebab Itu Peranan Suami Amat Penting Ketika Ini