Wow! Isteri Pada Umur INI Lebih Cantik Dan Lebih Puas Ketika Seks

Bertuah jadi wanita. Hubungan seks mampu buat mereka lebih puas dan makin cantik! Cuba teka umur berapa paling best untuk isteri makin cantik dan puas ini?

Kaitan antara kepuasan seks dan isteri makin cantik

Bertuah sungguh jadi seorang wanita. Tahukah anda yang hubungan seks boleh buat anda makin cantik dengan pelbagai manfaat kecantikan lain?

Ha… kalau anda baru tahu tentang fakta ini, sekarang anda sudah ada alasan kukuh untuk lebih kerap bersama suami (ehem!).

Hubungan seks dengan suami bukan saja buat kulit wanita lebih awet muda, malah payudara pun boleh makin pejal dan berat badan turun!

Dan yang paling best, hubungan seks memberikan satu kepuasan yang digelar sebagai klimaks atau orgasma. Orgasma adalah kepuasan luar biasa yang takkan dilupakan mana-mana isteri.

Tapi kalau anda tak mencapai kepuasan tersebut, malah tak berseri-seri pun selepas berhubungan intim dengan pasangan, adakah anda ketinggalan?

Jangan risau! Kajian baru-baru ini telah mendedahkan ia berkaitan dengan umur seseorang isteri.

Umur seorang isteri yang paling best

Cuba teka berapa umur yang paling best untuk seorang isteri kerana mereka akan lebih puas dalam seks dan kelihatan lebih menarik?

Kalau anda membayangkan jawapannya adalah pada umur sekitar 20-an? Anda salah!

Menurut kajian terbaru yang menggunakan aplikasi kontraseptif, umur isteri yang paling best adalah pada lingkuan 30-an.

Untuk lebih tepat, umur 36 tahun sebenarnya!

Ha… bagaimana kajian ini dapat angka demikian?

Pengkaji telah menemuramah hampir 2,500 orang isteri dalam 3 peringkat umur. Umur berikut adalah umur 23 tahun ke bawah, umur 23 hingga 36 tahun, dan umur 36 tahun ke atas.

Kesemua isteri ini ditanya tentang tahap kepuasan dalam hubungan intim mereka, adakah mereka berasa diri mereka menarik dan berapa kerap mereka mencapai klimaks atau orgasma.

Kajian mendedahkan – wanita dengan kumpulan umur paling muda (23 tahun ke bawah) mencapai klimaks paling kurang.

Manakala wanita dengan kumpulan umur yang lebih tua lebih banyak mencapai kepuasan dan merasakan diri lebih menarik!

Wanita berusia lebih menikmati kepuasan dalam seks dan kelihatan lebih menarik

Adakah pendedahan ini mengejutkan anda?

Dr Ian Kerner, seorang pakar terapi seks mendedahkan kajian ini sungguh tepat dan tak mengejutkan pun.

Ini kerana wanita yang berusia 30 hingga 40-an lebih tahu apa yang mereka mahu ketika seks, dan bijak berkomunikasi di antara pasangan. 

Malah, sains juga menyokong penemuan terbaru ini. 

Isteri yang berusia 20-an mempunyai paras hormon estrogen yang paling tinggi. Namun, paras hormon ini tak membantu wanita mencapai orgasma yang mind-blowing.

Kredit: PPcorn

Akan tetapi, wanita boleh mencapai orgasma yang paling best, dan manfaat kecantikan yang paling maksimum apabila mereka sihat dari segi psikologi juga.

Malah Kerner dipetik mengatakan –

“Wanita yang berusia selalunya ada perkahwinan yang lebih positif. Mereka rasa diingini dan lebih yakin. Malah, mereka juga lebih bijak meneroka keinginan seksual yang diingini.”

Hal ini terbukti sebaliknya untuk wanita muda. Oleh sebab mereka kurang berpengalaman, jadi mereka tidak tahu apa yang diingini di atas katil.

Tapi, ini tak bermaksud kalau anda berumur 36 tahun, anda terus dapat join kelab “sentiasa lawa dan puas” ini.

Yang pasti, gabungan magik antara umur + kematangan + pasangan yang penyayang adalah kunci untuk pengalaman hubungan intim yang lebih best!

Dan jika anda yang membaca ini masih muda, jangan risau, kami boleh janjikan yang benda terbaik dalam hidup anda akan datang tak lama lagi, tunggu tau!

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: CNN.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kalau anda menggemari topik seperti ini, anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

 

 

 

 

 

 

Penulis

Ayu Idris