Berapa Usia Yang Terlalu Tua Untuk Seorang Wanita Mengandung?

Keputusan untuk mengandung lebih lambat adalah keputusan yang ada pelbagai risiko terhadap ibu dan janin. Apa pendapat anda? Anda sanggup tanggung risiko?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu pertama kali mengandung pada usia 63 tahun

Baru-baru ini seorang wanita dari Australia selamat melahirkan anaknya pada usia 63 tahun selepas menjalani IVF di luar negara.

Jarang ada wanita yang mengandung kali pertama atau boleh hamil secara normal pada usia ini tanpa pertolongan IVF.

Tetapi wajarkah wanita tunggu sehingga mereka berusia 50-60 tahun untuk hamil? Ataupun dalam lingkungan usia 40 tahun? Apakah risiko-risiko terhadap ibu dan janin?

Sistem pembiakan wanita

Keupayaan seorang wanita untuk mengandung ada hadnya.

Ketika dilahirkan, seorang bayi perempuan sudah mempunyai sekitar 1 - 2 juta telur yang disimpan dalam ovarinya.

Kebanyakkan telur ini akan mati di dalam ovari dan apabila dia baligh, hanya kira-kira 300,000 biji telur sahaja yang tinggal.

Dan cuma kira-kira 500 telur saja yang akan dilepaskan setiap bulan sepanjang pembiakan seorang wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana-mana telur yang tinggal juga akan mati secara beransur-ansur sehingga wanita itu putus haid.

Sungguhpun ramai wanita sudah tahu fakta ini, tekanan sosial dan faktor kewangan telah menyebabkan mereka kahwin dan mendirikan rumah tangga dengan lebih lewat.

Ini bermaksud, proses kehamilan juga mungkin agak lambat untuk seseorang isteri.

Risiko mengandung pada usia yang lebih tua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa risiko yang terpaksa dihadapi oleh ibu yang hamil pada usia yang agak lanjut. Antaranya ialah:

  • 2 kali lebih risiko untuk mengalami kehamilan pra-eklampsia berbanding dengan wanita mengandung di bawah usia 30 tahun (5% berbanding 2%)
  • risiko kencing manis (5-10 % berbanding dengan 1-2.5%).
  • berkemungkinan tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan caeser
  • risiko kematian semasa mengandung dan ketika melahirkan anak
  • lebih cenderung untuk mengalami komplikasi seperti pendarahan dan darah beku, 6 minggu selepas kelahiran.
  • risiko bayi lahir mati
  • risiko keguguran
  • bayi dilahirkan terlalu awal (sebelum 36 minggu) dan mempunyai berat badan kelahiran yang rendah. Kedua-dua ini boleh menyumbang kepada masalah perkembangan paru-paru, obesiti dan risiko kencing manis apabila mereka dewasa nanti.

Berapakah umur yang selamat untuk hamil?

Walaupun had usia untuk rawatan IVF di Malaysia tidak jelas, namun kebanyakan klinik di Australia tidak akan merawat wanita hamil yang berusia lebih dari 50 tahun. 

Terdapat bukti baru yang menunjukkan kehamilan selepas usia ini akan memberi tekanan tambahan kepada jantung serta saluran darah dan menyebabkan ibu-ibu ini lebih cenderung mengalami strok nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, peluang untuk hamil setiap bulan (tanpa IVF) pada usia 30, adalah kira-kira 20% saja. Pada usia 40 pula, peluang untuk hamil hanya sekitar 5% dan akan berkurang setiap tahun.

Menurut pakar, risiko kehamilan paling rendah apabila wanita mengandung dalam lingkungan 20 tahun.

Wanita dalam kumpulan umur ini jarang menghidap masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kencing manis yang boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan.

Apabila wanita semakin tua, kualiti telurnya juga akan menurun. Kualiti telur yang tidak baik boleh menyebabkan masalah genetik dan mengakibatkan keguguran dan kecacatan.

Kesimpulannya, keputusan untuk hamil lebih lambat adalah keputusan yang memberi banyak risiko. Adakah anda sanggup menanggung akibatnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pendapat anda?

Sumber: SBS dan WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.com/program-ivfkasih-kos-rendah-untuk-pasangan-yang-ingin-hamil/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio