Ibu Bapa Jangan Tengking Si Kecil Kalau Tak Mahu Emosi Dia Cedera Teruk!

bahaya sekiranya ibu bapa tidak meneutralkan balik tindakan itu dengan menyatakan ungkapan sayang untuk anak. Efek dari tengking dan amarah ibu bapa kepada anak tadi akan memberi kesan hingga dia dewasa nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang bukan mudah nak membesarkan anak-anak kecil yang baru nak terokai dunia. Bagi mereka semua benda adalah benda baru, dan mereka sangat teruja dan bersifat ingin tahu. Jadi ungkapan sayang untuk anak kadang-kadang dilupakan apabila anak mula bermain dan hilang kawalan.

Dari bermain seperti memanjat grill, menyepahkan alat mainan, berebut barang dengan adik beradik, memunggah baju kotor dan macam-macam lagilah itu semua dapat membuat otak mereka dirangsang. 

Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di lama Facebook, dia menyatakan bahawa ibu bapa kadang-kadang terus menjerit jika anak bermain sedemikian seolah anak-anak itu telah membuat kesalahan paling besar dalam dunia, dan ia memberi kesan yang buruk kepada emosi anak-anak. 

Katanya juga, bahaya sekiranya ibu bapa tidak meneutralkan balik tindakan itu dengan menyatakan ungkapan sayang untuk anak. Efek dari tengking dan amarah ibu bapa kepada anak tadi akan memberi kesan hingga dia dewasa nanti. 

3 Kesan buruk kepada si kecil jika asyik ditengking

#1. Emosi anak menjadi tidak stabil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memanglah jika dijerit dan diherdik anak akan diam, tapi ia hanya untuk seketika. Dan dia diam bukanlah kerana dia faham apa yang dibuat adalah salah, namun lebih kepada dia berasa takut tiba-tiba ibu bapa meninggikan suara. Dan silap-silap, dia akan tengking kamu balik, sebagai tanda mempertahankan diri. Tak elok kan?

#2. Anak terus menjadi kurang aktif

Anak apabila ditengking ketika sedang main, akan terus tidak berminat untuk bermain lantas menjadi kurang aktif. Padahal dengan bermainlah otak kanak-kanak akan terangsang dan semosi serta tubuh badan anak dapat berkembang. Malah sensori anak juga boleh berkembang dengan baik. 

Akibatnya, bila kurang terdedah dengan aktiviti bermain ini, si kecil itu akan berubah jadi seorang anak yang tertekan, rendah diri yang ekstrem, suka menyendiri, kawalan emosi dia pun lemah dan akhirnya membesar sebagai seorang dewasa yang gagal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Si kecil akan mula tiru kelakuan kita 

Ini yang paling menakutkan, apabila anak-anak kita meniru perbuatan yang kita lakukan itu. Yang dia faham, jeritan itulah sebenarnya cara terbaik nak betulkan kesalahan orang lain dan dia pun akan turut menengking adik dan kawan dia bila nak tegur kesilapan.

Sebab itulah kalau kita terlepas membentak dan menjerit pada si comel, kena cepat-cepat memberi ungkapan sayang untuk anak dan berikan pelukan, pujuk dengan penuh kasih sayang supaya kita dapat rawat balik kecederaan pada emosi anak kita. 

Cara mengawal kemarahan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tetapkan batasan 

Kebanyakkan masanya anak akan buat perangai kerana ibu bapa tidak menetapkan batasan. Jika ibu bapa sangat stress hari itu, beritahu anak supaya mereka akan lebih bertimbang rasa.

Tapi jika mereka masih nakal, ibu bapa mungkin perlu beri amaran dan mengingatkan anak tentang batasan yang telah ditetapkan. Ini tidak bermakna ibu bapa perlu marah setiap kali anak membuat kesalahan biarpun sekecil mana pun.

Setiap interaksi negatif akan memberi kesan kepada hubungan anda dengan anak, jadi pilih untuk membetulkan kesalahan yang betul-betul penting sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tenangkan diri dulu

Sebelum mendisiplinkan anak, hentikan tugas anda dan tenangkan diri terlebih dahulu. Tarik nafas panjang-panjang dan ingat punca sebenar mengapa anda marah. 

Amalkan ini sepanjang hari dan lama-kelamaan anda akan berjaya mengawal kemarahan terhadap anak.

Anak anda akan sentiasa menunjukkan perangai-perangai ibu bapa yang perlu dibaiki. Bersikap terbuka dan semak diri sendiri.

Fikirkan “adakah saya orang yang kurang sabar dan tidak boleh mengawal emosi sendiri?” Mungkin anda perlu menguruskan emosi anda terlebih dulu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Timeout

Salah satu cara mengawal kemarahan ialah beredar dari bilik yang sama untuk beberapa minit sehingga anda menjadi lebih tenang. Beritahu anak yang anda sangat marah dan perlu keluar dari bilik sekejap.

Apabila anda tidak berada secara fizikal dalam bilik yang sama, ini boleh mengurangkan risiko ibu bapa menggunakan kekerasan seperti memukul atau menampar.

Apabila anda sudah tenang anda boleh masuk semula ke bilik untuk mendisiplin anak. Cara ini bukan hanya mengajar anak cara mengawal kemarahan, ia juga menunjukkan kepada anak bahawa kemarahan anda adalah sesuatu yang serius.

#4. Semak punca tekanan sebenar

Kadang-kadang jawapannya jelas berkaitan dengan corak keibubapaan kita. Selain dari faktor cabaran hidup, selalunya kemarahan yang terpendam mungkin berpunca dari pasangan kita apabila mereka tidak memainkan peranan mereka yang sepatutnya; sebagai suami atau sebagai seorang ayah.

Pada saat-saat kita betul-betul tertekan, kemarahan itu boleh melimpah keluar dan terkena anak-anak yang tidak bersalah.

#5. Elak dari buat ancaman

Jangan buat ancaman kosong dan tidak munasabah

Ancaman yang dibuat semasa marah biasanya tidak munasabah. Ancaman hanya berkesan jika anda sanggup melakukannya.

Jadi jangan buat ancaman kosong yang anda akan meninggalkan mereka kerana ini hanya akan melemahkan kuasa anda dan menyebabkan anak-anak rasa tidak takut kerana tahu anda tidak akan mennguatkuasakan ancaman itu.

#6. Pilih kata-kata dan nada suara yang betul

Kajian menunjukkan apabila kita berusaha untuk menggunakan nada suara yang tenang, kita akan menjadi lebih tenang, dan ini juga akan mempengaruhi tindak balas orang lain kepada kita.

Penggunaan kata-kata kesat dalam nada suara yang negatif hanya akan memburukkan keadaan dan menyebabkan pendengar kata-kata itu menjadi lebih kecewa. Kita ada pilihan untuk menenangkan atau memburukkan keadaan dengan percakapan kita, jadi pilihlah kata-kata dan nada suara yang positif.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pukul anak terbukti membunuh perkembangan minda dan tubuhnya!