Unilever & Shopee Jalin Kerjasama Memupuk Komuniti Yang Bersih Di Asia Tenggara

Unilever Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat e-dagang, Shopee bagi membentuk komuniti yang bersih demi kelestarian masa hadapan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenama Unilever Malaysia sudah tidak asing lagi dalam negara kerana produk yang dihasilkan adalah untuk kegunaan harian. Memandangkan pandemik Covid-19 mencatatkan peningkatan angka kes baharu, syarikat ini telah mengambil pendekatan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan rumah.

Syarikat barangan pengguna global, Unilever dengan kerjasama Shopee telah mengumumkan usaha baru mereka bagi kelestarian penjagaan rumah lebih hijau di enam pasaran dalam Asia Tenggara.

Unilever Malaysia menjalinkan kerjasama dengan syarikat e-dagang, Shopee

Sebagai sebahagian strategi Masa Hadapan Bersih Unilever, kedua-dua pihak telah bersetuju melancarkan kempen Rumah Bersih, Bangsa Bersih di Shopee.

Ia akan dimulai dengan Hari Jenama Super pada 21 Mei yang menampilkan portfolio Penjagaan Rumah Unilever bagi memberikan kesan positif terhadap pengguna mengenai kebersihan persekitaran.

Di samping itu, aktiviti gotong royong antara masyarakat dengan badan NGO tempatan dan badan amal juga turut diadakan. Ia melibatkan 4,000 buah masjid di Indonesia serta sumbangan produk Penjagaan Rumah seperti Breeze, Sunglight, Comfort dan Cif kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Pihak Shopee turut memainkan peranan dengan memuat naik video kesedaran pengguna mengenai ancaman pencemaran plastik terhadap alam sekitar di aplikasi dan media sosial Shopee.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Unilever Malaysia dan Shopee memberi pendidikan melalui saluran dalam talian

Sebenarnya masalah pencemaran alam sekitar bukanlah isu yang baharu. Majoriti masyarakat di dunia ini menyuarakan keprihatinan mereka khususnya mengenai sampah plastik ketika melakukan pembelian.

Di negara Indonesia, jumlah pengguna yang peka terhadap alam sekitar telah menunjukkan peningkatan sehingga 112 peratus di antara tahun 2019 dan 2020. Tambahan pula, 69 peratus pengguna di Asia Tenggara cuba membeli dari syarikat yang menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, 38 peratus pengguna telah berhenti memberi dari jenama yang boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran.

Bagi menjangkau lebih 400 juta pengguna internet setiap hari di Asia Tenggara, syarikat Unilever dan Shopee akan terus menyediakan kandungan penjagaan rumah dan mendorong pendidikan kelestarian melalui Shopee live serta rangkaian afiliasi.

”Dengan pemahaman mendalam tentang tingkah laku dan trend pengguna, Shopee senang hati dapat bekerjasama dengan Unilever bagi mendorong pengguna memainkan peranan mereka dalam mewujudkan komuniti lebih bersih dan hijau,” ujar Pengarah Urusan Wilayah Shopee, lan Ho.

Rumah yang bersih dapat mengubah kehidupan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di Malaysia, Unilever Malaysia dan Shopee secara rasminya telah melancarkan ‘Rumah Bersih, Malaysia Bersih.’ Kempen ini mempunyai misi untuk menyokong masyarakat setempat bagi memastikan mereka memiliki tempat tinggal yang sihat dan bersih.

Melalui penawaran pelbagai produk pembersihan rumah yang inovatif, kerjasama ini dapat meningkatkan kesedaran eko bagi seluruh rakyat Malaysia. Dengan komitmen untuk menyokong komuniti setempat, Unilever turut berusaha membantu keluarga kurang mampu melalui kolaborasi dengan HARAPAN.

Ia berlangsung sehingga 21 Mei, para pengguna yang membeli sebarang produk Penjagaan Rumah Unilever akan disumbangkan kepada kempen ini bagi membantu 600 buah keluarga yang kurang bernasib baik.

”Di Unilever, kami berkomitmen memainkan peranan dalam melindungi alam sekitar. Dengan usaha untuk mengurangkan kesan terhadap persekitaran, kami juga ingin memberi peluang kepada pengguna mengenai produk mesra alam.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kami berharap melalui Rumah Bersih, Malaysia Bersih ini adalah selangkah untuk mencapai cita-cita Masa Hadapan yang bersih.” ujar Pengurus Besar Unilever Malaysia dan Singapura, Marcos Nakagawa.

Strategi Masa Hadapan Bersih ini adalah program yang mutakhir membentuk semula portfolio Penjagaan Rumah Unilever lebih mampan.

”Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Shopee untuk menjangkau pengguna baharu, berkongsi visi tentang rumah yang lebih bersih, mendedahkan pengguna dengan pengetahuan persekitaran dan pilihan lestari demi masa hadapan yang bersih.”

”Di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan keberlanjutan mereka, kempen Rumah Bersih, Bangsa Bersih adalah satu langkah untuk mewujudkan perubahan di Asia Tenggara.”

”Kami amat berharap agar kerjasama dengan rakan e-dagang ini dapat merealisasikan visi Unilever tentang Masa Depan Bersih untuk semua.” ujar Naib Presiden Penjagaan Rumah untuk Asia Tenggara Unilever, Deepak Subramanian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Unilever, sila lawati www.unilever.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khas Buat Pengguna Astro, Disney+ Hotstar Tampilkan 800 Filem Disney BEST & Terhebat