Suami Anda Tiba-Tiba 'Mengandung', Result UPT Positif? Jaga-Jaga, Ia BUKAN BERITA GEMBIRA

Memang benar lelaki pun boleh dapat keputusan UPT Positif jika mereka buat ujian kehamilan tetapi sebenarnya ia bukanlah petanda baik.

Pelikkan bagaimana lelaki boleh dapat keputusan UPT Positif sedangkan mereka tidak boleh mengandung? Mulalah ada yang buat andaian lelaki pun boleh mengandung.

Jangan menolak fitrah, lelaki memang tidak akan boleh mengandung sampai bila-bila pun kerana mereka tidak memiliki rahim. Nak tahu kenapa result UPT positif jika lelaki buat ujian kehamilan? 

Kami kongsikan jawapan doktor ini bagaimana result UPT kaum lelaki boleh positif sekirnya mereka buat ujian menggunakan kit ujian kehamilan

UPT positif bila lelaki buat ujian kehamilan? Ia bukan berita baik

UPT positif

Kredit: fatherly

Jangan mudah melatah ya. Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, memang lelaki boleh dapat keputusan positif jika buat ujian kehamilan menggunakan kit ujian kehamilan. Cuma, ia bukan berita gembira.

Katanya, sekarang tengah rancak orang berbual tentang hal ni namun beliau tidak berniat untuk bercerita mengenai gosip tetapi hanya mahu menambah baik kefahaman orang ramai mengenai perkara ini.

Katanya, kit ujian kehamilan berfungsi dengan mengesan hormon human chorinonic gonadotropin(hCG) dalam air kencing. Jika parasnya tinggi, maka ia menunjukkan keputusan positif.

Apabila seorang wanita hamil, hormon hCG akan dihasilkan untuk meningkat hormon progesteron supaya dinding rahim kekal tebal dan mampu memberi nutrisi kepada uri dan janin.

Selain itu, hormon ini juga boleh dihasilkan oleh kelenjar pituitari, hati, perut, testis dan paru-paru. Namun, paras sangat rendah,
dan jika buat ujian kit kehamilan, ia tak menunjukkan positif.

Ada benda tak kena bila dapat keputusan positif

Apabila seorang lelaki melakukan ujian kit kehamilan, tetapi menunjukkan keputusan positif, bermakna ada sesuatu yang tidak kena
berlaku. Antaranya, kanser testis.

Ada banyak jenis kanser testis, tidak semua hasilkan hormon hCG yang boleh dikesan dalam darah dan air kencing. Hanya sebahagian akan hasilkan keputusan positif ujian kehamilan.

Berdasarkan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007, bilangan pesakit kanser testis di Malaysia adalah
hampir 1% (lebih tepat, 0.9%).

Gejala awal kanser testis

UPT positif

Kredit: nutritional outlook

Kanser ini dilaporkan sering berlaku pada golongan lelaki muda berusia dalam lingkungan 15 hingga ke 40 tahun. Antara gejala awal
kanser testis adalah:

  • Ketulan/benjolan pada testis
  • Testis bengkak
  • Kerandut zakar terasa berat
  • Tidak selesa pada testis dan kerandut
  • Sakit pada abdomen atau pangkal paha

Jika kanser testis dikesan awal, kadar peratusan kejayaan rawatan adalah lebih 95%. Namun, kadar kejayaan akan menurun jika ia dikesan lebih lambat.

Jika seorang lelaki ada gejala yang disebutkan, dan kit ujian kehamilan memberi keputusan positif, kemungkinan terdapat kanser pada testisnya.

Maka, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan ujian lanjut untuk dapatkan kepastian. Lebih awal dapat kesan, lebih awal dapat rawatan, lebih baik hasilnya nanti.

Tips mengurangkan risiko kanser

Kaedah seperti berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan risiko kanser:

#1. Kekal aktif

Gaya hidup yang aktif dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Antara cara untuk kekal aktif semestinya dengan bersenam kerana ini adalah kaedah terbaik untuk membakar kalori dan mengurangkan lemak badan.

Anda bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi anda juga berpeluang mendapatkan berat badan ideal. Banyakkan pergerakan dengan memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan tangga daripada menaiki kenderaan atau lif.

#2. Tingkatkan oksigen dalam badan

Oksigen membantu tubuh untuk menggantikan sel-sel lama kepada sel-sel baru. Tanpa oksigen yang mencukupi, badan kita tidak dapat menghasilkan tenaga dan metabolisme badan akan menurun. Ini menjadikan kita kurang efektif dalam kehidupan seharian.

Antara kaedah terbaik untuk meningkatkan oksigen dalam badan adalah dengan meminum lebih banyak air kerana ia mampu mengawal suhu badan dan membawa nutrien dan oksigen. 

#3. Lancarkan pergerakan usus

UPT positif

Kredit: Old Farmer Almanac

Amalkan pengambilan serat kerana ia membantu melancarkan pergerakan usus, mengelak masalah sembelit dan membantu menurunkan berat badan.

Selain itu, pengambilan air kosong juga mampu membantu mencuci usus dengan menyingkirkan bahan toksin melalui perkumuhan seperti peluh dan air kencing.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, AiA

Kredit foto: minnpost, freepik

Baca juga: Ujian UPT: 5 Alat UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!