Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Cara Cuci & Tanam Menurut Islam

Sebaiknya uri bayi atau dipanggil plasenta disempurnakan dan ditanam kerana ia sebahagian daripada bayi ketika dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Uri bayi atau istilah perubatannya disebut plasenta memang selalu kita dengar. Sebaiknya uri bayi disempurnakan dan ditanam kerana ia sebahagian daripada bayi ketika dalam kandungan.

Tetapi dalam zaman serba moden ini, ada yang menganggap perkara itu remeh dan tidak diambil berat malah ada yang hanya meninggalkannya di hospital tanpa menguruskan dengan cara yang sepatutnya.

Mungkin mereka tidak tahu cara menguruskannya lantas meninggalkannya sedangkan uri sebahagian daripada bayi yang sepatutnya diuruskan sebaiknya dan ditanam dengan cara yang betul. 

Apa Itu Uri Bayi

Antara tanggungjawab penting yang suami perlu tahu dan pelajari adalah menanam uri yang juga sering dianggap sebagai ‘bantal’ atau ’tilam’ bayi di dalam rahim.

Uri ini ibarat peneman dan sebahagian daripada bayi ketika mereka di dalam kandungan ibu, disebabkan itu ia perlu diuruskan dengan sebaiknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut placento, antara tanggungjawab penting yang suami, bakal suami atau bakal ayah di luar sana terutama yang beragama Islam adalah bagaimana cara menguruskan uri.

Disebabkan uri itu keluar dari faraj isteri, iaitu tempat paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya.

Kenapa Uri Bayi Perlu Ditanam

Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri, cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok-eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk.

Jika uri tidak dibersihkan dengan betul, bau hanyir tersebut aakan menarik perhatian haiwan liar untuk menjamahnya.

Ini juga menjadi sebab kenapa uri bayi perlu ditanam kerana mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perangai Anak Tiada Kaitan Dengan Cara Cuci Uri

Perangai anak-anak tidak ada hubung kait dengan di mana atau bagaimana cara cuci uri. Semuanya bergantung pada didikan yang diberikan ibu bapanya. 

Malah ada kepercayaan yang mempercayai bahawa uri perlu ditanam dengan pensel, buku dan sebagainya jika mahu anak pandai, yang mana menurut Islam ia adalah khurafat dan mendekati syirik kerana mempercayai perkara tahyul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan pensildakwah, yang memetik penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah, katanya beliau menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.

Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi.

Menurutnya, uri bayi memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.

Katanya, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.

Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah katanya yang merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.

Cara Basuh Uri Mengikut Islam

  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih dan hilangkan darah-darah. Tidak perlu guna sabun atau syampu.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci dengan bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci dengan bersih untuk hilangkan bau hanyir darah, Bau hanyir darah ini boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  7. Letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  8. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
  10. Tanam ditempat yang bersih dan selamat.

Cara Tanam Uri Dengan Betul 

  1. Gali lubang sedalam kira-kira 1.5 kaki. Ia bertujuan supaya uri yang ditanam tidak dihidu atau digalii semula oleh binatang liar seperti anjing.
  2. Masukkan bungkusan uri tadi yang telah siap dibalut dengan kemas.
  3. Timbus tanah dan pijak rata.
  4. Letakkan tanda di atas tempat uri ditanam sebagai tanda uri tidak digali semula oleh haiwan buas. 

Waktu Sesuai Tanam Uri 

Tiada waktu yang spesifik untuk menanam uri, tetapi sebaiknya jika bungkusan uri sudah diberikan oleh pihak hospital, anda boleh terus menguruskannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, sekiranya isteri selamat bersalin pada lewat malam, anda boleh menyimpan dahulu bungkusan uri tadi di dalam peti sejuk menggunakan bungkusan yang sesuai dan berbeza daripada stok makanan. 

Simpan sahaja dahulu dan tanam pada waktu yang sesuai iaitu pada siang hari. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Plasenta Previa Atau Uri Di Bawah: Punca, Tanda Placenta Previa Dan Komplikasi

Baca juga: Jangan MENGARUT, Uri Melekat Selepas Bersalin Tiada Kaitan Dengan Pemakanan!

Baca juga: Tiap Kali Scan Bayi Selalu Sorokkan Jantina? Rahsianya Ibu Kena Minum Banyak Air Kosong!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar