Siapa yang tidak suka diurut? Urutan boleh merilekskan tubuh badan dan menenangkan fikiran. Tapi, anda pernah tahu tak yang urut batin yang tepat boleh membuatkan nafsu seks anda lebih meningkat?
Malah, urut batin juga mampu membuatkan aksi anda di ranjang lebih tahan lama! Oleh sebab urutan batin ini bersifat sangat intim, lebih elok ia dilakukan oleh pasangan kita sendiri.
Menurut Dr Steve McGough, seorang profesor di klinik seksologi:
“Urutan batin adalah cara yang bagus untuk meningkatkan keintiman hubungan pasangan. Malah, ia juga boleh mengurangkan stres dan rasa cemas. Jika urutan batin dilakukan dengan tepat, ia boleh buat kalian lebih rapat!”
Dr McGough juga menambah, kajian telah membuktikan urut batin mampu mengurangkan tahap hormon penyebab stres, iaitu kortisol dan adrenocoticotropin.
Hormon penyebab stres ini boleh menurunkan nafsu seks. Jadi, urutan batin boleh mengembalikan ghairah seks itu semula kerana ia menambah hormon oksitoksin dan serotonin.
7 cara melakukan urut batin pada pasangan
Sebelum memulakan urut batin, tentukan dulu siapa yang harus mengurut dulu dan siapa yang menerima urutan. Ingat ya, kedua-dua pasangan harus menerima urutan batin ini.
Jadi, jika suami yang memulakan urutan, nanti isteri jangan lupa beri urutan pada suami juga!
Langkah #1:
Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga!
Kemudian, telinga kiri pula.
Langkah #2:
Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.
Langkah #3
Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.
Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.
Langkah #4:
Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.
Ulang beberapa kali. Jangan lupa beri urutan pada jari pasangan juga. Lakukannya pada kedua-dua lengan.
Langkah #5:
Tekan tangan anda perlahan-lahan di bahagian bawah perut pasangan. Di mana bahagian bawah perut? Ia di antara tulang selangka mereka.
Lakukan urutan dalam gerakan memutar dari bahagian rusuk hingga ke bawah mengikut aturan jam.
Langkah #6:
Tekan bahagian punggung dan paha pasangan anda. Lakukan urutan di bahagian lutut naik ke atas. Ulang semula dari punggung ke kaki.
Lakukan urutan di bahagian dalam paha juga, dimulai dengan betis, belakang lutut hingga punggungnya.
Urutan ini harus dilakukan sebanyak 20 kali untuk satu kaki. Ia boleh merilekskan badan dan jadi warm up sebelum aksi bermula.
Langkah #7:
Setelah kesemua enam-enam langkah urut batin dilakukan, baring di sebelah pasangan dan peluk mereka. Ketika ini kalian pasti akan rasa lebih rapat.
Jangan lupa menukar giliran! Bila kedua-dua pasangan menerima urutan, barulah kalian boleh memulakan aksi.
Kalau tidak, pasti satu pasangan lagi itu akan kepenatan dan malas untuk berasmara. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Urutan Yoni: Rahsia Anda Boleh "Tambat" Kebahagian Rumah Tangga