Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya!

Anda tercari-cari teknik melancarkan susu badan? Kajian membuktikan urutan Oketani amat bagus untuk ibu menyusu kerana ia melancar dan menambah susu badan!

Semua ibu tahu yang perjuangan penyusuan ibu bukanlah semudah ABC. Pelbagai jenis ‘cabaran’ yang terpaksa dilalui si ibu semasa ingin menjayakan proses ini, antaranya: puting terluka, susu yang tak mencukupi, bengkak akibat susu malah pelbagai cara urut payudara dilakukan seperti tuam.

Tapi, sebenarnya ada beberapa teknik urutan yang terbukti boleh menambah dan melancarkan pengeluaran susu ibu.

Cara urut payudara terbukti guna teknik urutan Oketani

Satu kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan urutan Oketani yang popular di Jepun terhadap ibu menyusu, dan hasilnya sungguh memberansangkan!

Kesakitan payudara disebabkan oleh penyusuan ibu mungkin terjadi akibat pengurusan penyusuan yang tidak menentu oleh si ibu.

Kekecewaan akibat kesakitan ini merupakan salah satu punca mengapa kadar penyusuan ibu semakin merosot.

Pelbagai usaha dan cara yang dipraktikan bagi menangani masalah-masalah penyusuan ibu dan salah satunya ialah teknik urutan Oketani yang telah diasaskan oleh seorang bidan Jepun, Oketani.

Urutan Oketani dikenali sebagai satu teknik dan cara urut payudara yang langsung tidak menyakitkan buat si ibu.

Oketani dikatakan membantu melancarkan susu, membantu masalah puting tenggelam, dan meredakan masalah saluran tersumbat pada payudara. 

Jadi, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan urutan payudara Oketani terhadap kesakitan payudara, pH susu ibu dan kadar kelajuan menghisap susu pada si kecil.

Urutan Oketani bagus untuk ibu menyusu

 

Urutan ini terbukti boleh meningkatkan pH susu ibu kerana ia dapat mengurangkan gangguan perjalanan darah dan limfatik yang boleh menjejaskan pH susu. 

Nilai pH yang meningkat menyebabkan susu ibu menjadi lebih sedap dan manis. 

Ini akan membuatkan bayi menghisap susu dengan lebih baik, dan secara langsung membantu pertumbuhan dan tumbesaran bayi. 

Secara ringkasnya, kajian ini membuktikan cara urut payudara Oketani  ini boleh membantu mengurangkan sakit payudara, meningkatkan pH susu serta menyebabkan kadar hisapan bayi semakin laju.

Bagaimana teknik urutan Oketani ini?

Teknik Oketani telah direka oleh bidan Jepun terkenal, Sotomi Oketani. Beliau menteorikan teknik ini berdasarkan pengalamannya menjadi bidan selama lebih 30 tahun. Hasilnya, beliau telah memformulakan satu teknik yang dipanggil ‘Pengurusan Payu Dara Oketani’ pada tahun 1981.

Anda boleh belajar cara urut payudara seperti di bawah:

Urutan Oketani Foto ehsan koreamed

Bagi membantu lebih ramai ibu menyusu, Sotomi Oketani telah melatih ramai bidan lain tentang teknik urutan Oketaninya.

Hasilnya, mereka mempunyai organisasi yang besar untuk membantu para ibu menyusu.

Video berikut menunjukan hasil temuramah bersama pakar Oketani di Jepun:

Jom cuba urutan Oketani ini untuk membantu menambah dan melancarkan susu badan anda! Ia mudah untuk dilakukan di rumah. 

Selamat mencuba semua ibu menyusu di luar sana!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Bekalan Susu Badan Semakin Berkurang? Ada Ibu Makan Ubat Domperidone, Namun Adakah Ia Selamat?

Baca juga: Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

Baca juga: Bahaya ‘Microsleep’ Jika Ibu Terlelap Sekejap Ketika Menyusu, Ini Cara Mengatasi

Penulis

Aqma