Usia kehamilan yang paling ideal bagi wanita

Terdapat pelbagai perbezaan pendapat untuk usia kehamilan yang paling ideal bagi wanita. Berikut adalah beberapa penerangan mengikut umur kehamilan yang sesuai.

Setiap pasangan yang hamil pasti menginginkan seorang bayi untuk menceriakan perkahwinan mereka. Selaras dengan dasar Kependudukan Rakyat Malaysia untuk meletakkan target 70 juta penduduk menjelang tahun 2020, pasangan yang menikah pasti menginginkan anak.

Namun begitu, ada perbezaan pendapat untuk usia kehamilan yang paling ideal bagi wanita. Berikut adalah beberapa penerangan mengikut umur kehamilan yang sesuai.

Pada usia remaja (bawah umur 20 tahun)

Pada usia remaja, rahim masih belum mampu untuk menanggung beban dan bekerja selama 9 bulan. Pada usia ini, rahim berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang kerana tidak mampu menghasilkan telur yang sempurna.

Risiko yang lain adalah ibu yang hamil pada usia remaja berisiko untuk menghadapi tekanan darah tinggi. Antara risiko yang lain ialah si ibu boleh mengalami gangguan emosi (pospartum depression).

Pada usia 21-35 Tahun

Gangguan kesihatan wanita pada usia ini adalah serendah 15%. Wanita pada usia ini memperlihatkan kematangan dari segi tubuh badan, emosi dan pergaulan. Tetapi kebanyakan wanita pada usia ini menangguhkan perkahwinan dan kehamilan tidak meletakkan perkara tersebut sebagai kepentingan dalam kehidupan mereka pada usia ini.

Mereka sibuk mengejar pelajaran dan karier. Wanita berusia 24 tahun sebenarnya di puncak kesuburan dan kesihatan tetapi kesihatan dan kesuburan mereka pada usia ini akan menurun selari dengan usia. Namun begitu, mereka masih boleh hamil.

Risiko mendapat anak Sindrom Down pada usia ini adalah dalam nisbah 1:1,500 kelahiran untuk usia kehamilan sebelum 30 tahun.

Hasil Penemuan yang dijalankan oleh penyelidik dari University of California mendapati wanita yang mengandungkan anak sulung selepas usia 25 tahun boleh memanjangkan usia wanita.

Wanita yang mengandung lewat boleh memanjangkan usia mereka sehingga 90 tahun. Di samping itu, hamil 3-4 kali sepanjang hayat lebih baik daripada tidak hamil langsung.

Selepas usia 35 tahun

Walaupun usia ideal untuk hamil adalah pada usia 21 hingga 35 tahun, namun wanita masih boleh hamil pada usia ini atas nasihat doktor. Pada usia ini, ibu hamil dikhuatiri akan mendapat komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Oleh itu, wanita yang hamil selepas usia 35 tahun akan disarankan untuk membuat pelbagai ujian untuk memastikan kandungan mereka sihat.

Pada usia lebih 30an : satu dalam 900 kelahiran bakal mencatatkan kebarangkalian melahirkan anak sindrom down.

Rencana dipetik daripada Hanasuva

 

 

Penulis

Michelle Goh