Usia Suami Mempengaruhi Kebarangkalian Dapat Anak, Menurut Kajian

Satu kajian yang terbaru ada menunjukkan bahawa bukan usia wanita sahaja yang mempengaruhi kehamilan, tetapi juga usia si suami! Mari baca lanjut penemuan kajian ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun para saintis dan doktor telah lama mengetahui bahawa peluang wanita untuk mempunyai seorang anak akan berkurangan apabila usianya semakin meningkat, satu kajian terbaru ada menunjukkan bahawa usia seorang lelaki juga dapat mempengaruhi peluang pasangannya untuk mendapatkan anak.

Mengikut kajian baru dari Pusat Perubatan Deaconess Beth Israel dan Sekolah Perubatan Harvard, kebarangkalian jumlah kelahiran bayi menurun dengan ketara apabila lelaki semakin tua.

Kajian itu menganalisis 19,000 kitaran persenyawaan in-vitro dalam 7,753 pasangan di pusat IVF antara tahun 2000 dan 2014, menurut kenyataan akhbar dari Kajian Pembiakan dan Embriologi Manusia Eropah.

“Penurunan kualiti sperma pastinya memainkan peranan, tetapi kajian kami menunjukkan bahawa ini bukan gambaran keseluruhan,” kata penyelidik utama.

“Kami mendapati terdapat hasil yang sama di kalangan lelaki yang tiada masalah kemandulan. Jadi, ini pasti disebabkan oleh perkara lain!”

Dalam kajian ini, penyelidik telah membahagikan peserta kepada empat kumpulan umur: di bawah 30, 30-35, 35-40, dan 40-42.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka mendapati bahawa lelaki yang lebih muda, rata-ratanya, mempunyai peluang yang lebih baik dalam mempengaruhi kehamilan wanita dan mempunyai kelahiran bayi yang berjaya!

Sebagai contoh, laporan Guardian, wanita di bawah 30 mempunyai kadar kejayaan 73 peratus dengan IVF jika pasangan mereka berusia antara 30 dan 35 tahun.

Wanita dalam kategori yang sama yang umur pasangannya adalah di antara 40 dan 42 menyaksikan jumlah itu menurun kepada 46 peratus.

Antara wanita berusia 35 hingga 40 tahun yang mana pasangannya berada di antara 30 dan 35 tahun, terdapat kemungkinan 54 peratus kelahiran yang berjaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia meningkat kepada 70 peratus pada lelaki di bawah 30 tahun.

Jadi, apa kepentingannya kajian ini buat kita semua?

Penyelidikan ini “boleh menyebabkan wanita di luar sana untuk menggalakkan suami mereka untuk tidak membuang masa!” kata seorang profesor obstetrik yang tidak terlibat dalam kajian itu.

“Ini mengingatkan kita bahawa ia memerlukan dua orang untuk menghasilkan seorang bayi dan ia bukannya hanya bergantung kepada usia wanita itu sahaja.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betul juga kan kata profesor ini? Jadi, apa lagi? Jangan bertangguh!

Rencana diterjemah daripada Fox News.

Baca juga: 

Kemandulan lelaki – 5 fakta yang mengejutkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh