Utamakan Keluarga, Anda Pasti Berjaya

Seorang selebriti niaga dengan berbesar hatinya membalas jasa kedua orang tuanya dengan membina sebuah rumah banglo dua tingkat hasil titik peluhnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang selebriti niaga yang terkenal dengan produk menebalkan jambang dan rambut dengan berbesar hatinya membalas jasa kedua orang tuanya dengan membina sebuah rumah banglo dua tingkat hasil titik peluhnya.

Wak Doyok dalam twitternya tempoh hari telah memaparkan sebuah rumah banglo dua tingkat yang dibina daripada hasil titik peluhnya. Kisah ini adalah sedikit sebanyak rentetan peristiwa seorang anak yang soleh dan telah menjadikan orang tua sebagai sumber inspirasinya untuk lebih berjaya.

Di sini disertakan tips-tips untuk menjadi seorang yang berjaya di masa yang akan dating.

Visi anda

Tentukan matlamat hidup anda. Matlamat hidup anda perlulah dibezakan daripada matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Bekerjalah dengan keras dan pastikan hasil titik peluh anda halal demi mencapai visi anda.

Aturkan langkah anda

Aturkan langkah dan strategi anda supaya anda mempunyai masa yang tetap untuk mengejar langkah anda pada masa yang telah ditetapkan. Dalam apa jua projek, kita disarankan untuk mengguna “timeline” dan cara ini boleh menyenangkan anda untuk mengatur langkah anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa 24 jam yang ada pada setiap orang harus digunakan sebaiknya. Setiap manusia perlukan masa untuk diri sendiri sambil menyusun cita-cita. Bahagikan masa untuk beribadah dan berbakti kepada ibu bapa.

Beristiqamah, jangan mudah megalah dan konsisten

Beristiqamah bermaksud usaha yang berterusan. Dengan usaha yang berterusan, anda akan mengampiri kejayaan. Contohilah teladan orang-orang yang berjaya seperti Abraham Lincoln yang pernah gagal berkali-kali sebelum berjaya. Pastikan anda selalu bertumpuan untuk mengejar cita-cita.

Abaikan gangguan yang lain seperti kawan sebaya dan persekitaran. Anggap gangguan itu tidak pernah ada dan jangan mematahkan semangat anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percayakan pertolongan daripada Tuhan dan usaha sendiri

Sebagai seorang yang mentaati agama, anda haruslah meminta pertolongan kepada Tuhan dahulu sebelum berusaha.

Jangan lupakan jasa ibu bapa terhadap kita

Sebagai anak, tanggungjawab kita adalah menghargai jasa kedua orang tua. Pada masa inilah kita harus menghargai jasa mereka agar bila kita sudah berjaya kelak kita boleh memberikan yang lebih baik untuk mereka.

Hargai jasa orang tua, lebih-lebih lagi pengorbanan seorang ibu kerana ibu bapa adalah punca rezeki kita. Anak yang baik akan dikenang oleh kedua orang tua sehingga mereka meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana dipetik daripada OhBulan
Gambar dari Instagram Wak Doyok

Penulis

Michelle Goh