6 Sebab Kenapa Mak-Mak Perlu Ada Vacuum Dyson V11, Mudah Kerja Nak Kemas Satu Rumah!

Sebarang habuk atau sampah boleh dibersihkan dengan lebih cepat jika anda menggunakan vaccum Dyson yang cukup dilengkapi dengan alat moden serba canggih ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda menghadapi saat-saat ini?

Sakit betul pinggang sangat-sangat. Tadi menyapu ruang tamu, kemudian berselerak balik. Lepas itu, duduk sekejap kena sapu belakang rumah pula. Alahai, penatnya! Alangkah indahnya hidup ini jika ada vacuum Dyson yang moden dan serba canggih itu. Jiran sebelah rumah pun sudah ada dua vakum. Tapi, aku pula bila lagi? Ish tak boleh jadi kena dapatkan segera ini. Barulah rumah lebih cantik, bersih dan bebas kuman.

Ha…itulah antara dilema dan monolog ibu-ibu yang perlu melakukan tugas membersih rumah setiap hari. Bayangkan kalau rumah satu tingkat pun dah penat. Macam mana pula kalau dua atau tiga tingkat nak kena sapu? Fuh, boleh perah peluh.

Bagi membantu para ibu melakukan tugas membersih rumah jadi lebih mudah, Dyson kali ini memperkenalkan rangkaian mesin yang boleh mengawal anda membersihkan ruang di setiap persekitaran rumah. Ia yang dimaksudkan adalah Dyson V11 ™ cord-free vacuum. 

6 Sebab Mengapa Mak-Mak Perlu Dapatkan Vacuum Dyson V11 

#1. 20% kuasa sedutan yang lebih kuat 

Pembersih vakum Dyson V11 dikuasakan oleh motor digital V11, dan ia mempunyai kuasa sedutan 20 peratus yang lebih hebat berbanding model V10 sebelum ini.

Malah, vacuum Dyson ini juga mempunyai mikropemproses yang terletak di Dynamic Load Sensor dan menggunakan bateri. Ini bermakna, produk ini boleh menyedut habuk dan sampah secara automatik yang boleh disesuaikan mengikut jenis lantai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. High Torque Cleaner 

Di samping itu, The High Torque Cleaner adalah alat pembersih Dyson yang paling kuat tanpa kabel. Ia mempunyai ciri-ciri bulu nilon yang dapat memandu jauh ke dalam permaidani untuk menghilangkan segala kekotoran tanah dan anti-filamen pada celahan lantai keras dan permaidani rumah anda. Digital motor ini boleh berputar sehingga 60 kali sesaat.

#3. Hadir dengan kompenen yang canggih

Kompenen yang hadir dalam produk ini dapat membuatnya lebih tahan lasak dan berkuasa berbanding sebelum ini. Contohnya bahagian impeller yang bertanggungjawab mengalirkan udara dengan cekap.

#4. Pembersih vakum boleh digunakan lebih lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lagi best, vacuum Dyson ini boleh membersihkan lantai di rumah anda dengan lebih lama kerana ia dimuatkan dengan tujuh sel bateri berkapasiti tinggi sekaligus membolehkan Dyson V11 dapat digunakan selama satu jam dengan pengecasan penuh.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan tiga mod pembersih dengan kuasa sedutan yang berbeza iaitu Auto Mode, Boost Mode dan Eco Mode.

#5. Tampil dengan skrin LCD

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaccum Dyson V11 juga turut tampil dengan sebuah skrin LCD yang memudahkan pengguna menukar mod pembersihan, melihat ketahanan bateri dan membolehkan vakum ini memberitahu pada pengguna sekiranya terdapat sebarang masalah semasa menggunakannya.

#6. Sistem penapisan yang baik

Semestinya terdedah dengan habuk dan alergen boleh menjejaskan keharmoniaan dalam sesebuah kediaman. Maka dengan itu, Dyson V11 ini dilengkapi dengan sistem penapisan bagi menangkap 99.9% zarah sekecil 0.3 mikron dan membekalkan udara bersih.

14 siklon di dalam produk ini dapat menjana kuasa lebih dari 79,000g bagi melepaskan zarah mikroskopik seperti debunga dan bakteria ke dalam tong sampah di rumah anda.

Nota extra tentang pembersih vakum Dyson

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Vacuum Dyson V11 boleh didapati di shop.dyson.my, Dyson Demo di The Gardens mall dan kedai barangan elektrik dengan harga RM3,399.

2) Tiga mod pembersihan Dyson V11 direka untuk pelbagai tugas. Jadi pengguna mempunyai kuasa yang lebih tepat untuk membersihkan persekitaran rumah.

– Auto mode : Dapat membersihkan kotoran secara mendalam. Menawarkan baki optimum kuasa dan jangka masa yang lebih bijak dengan menyesuaikan diri dengan jenis lantai yang berbeza.

– Boost mode: Direka untuk pembersihan kotoran tanah dan menyediakan sehingga 5 minit penyedut paling kuat.

– Eco mode: Menyediakan pembersihan selama 60 minit dan boleh digunakan pada semua jenis lantai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Kepala pembersih yang lembut lebih mudah menyedut semua debu halus dan serpihan besar pada masa yang sama.

4) The Mini motorised dapat menyedut semua rambut, bulu halus dan kotoran di ruang yang sedikit susah seperti tangga dan bahagian dalam kereta.

5) Kebebasan tanpa kord berupaya memudahkan pengguna menggunakan produk ini kerana mudah dialihkan dengan hanya menggunakan tangan sekaligus dapat menangkap semua habuk dan alergen di serata rumah dan kereta.

Alert ya ibu ayah, kami akan menjalankan giveaway tak lama lagi untuk memberi satu vacuum Dyson PERCUMA kepada seorang pemenang! Untuk dapatkan lebih banyak informasi tentang pertandingan ini, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/kipas-pembersih-udara