Musim hujan semestinya membawa cuaca yang lembap hingga kita tidak sangka ia boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Seperti yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan apabila vagina berdarah kerana seekor lintah masuk ke dalam kemaluannya!
Kejadian diketahui oleh ibu saudaranya apabila parasit itu ditemui terjatuh dari napkin kanak-kanak perempuan tersebut.
Atas sebab itu, ibu saudaranya yang menggunakan nama Napaporn Thanawong di Facebook miliknya berkongsi perihal itu bersama ibu bapa yang lain agar mengawasi anak-anak mereka semasa di musim hujan kerana serangga kecil itu akan keluar dengan banyak.
Vagina berdarah kerana dimasuki lintah
Dalam perkongsiannya itu, Napaporn turut memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan lampin kanak-kanak itu berdarah dan satu lagi gambar lintah. Namun Napaporn tidak mendedahkan umur kanak-kanak berkenaan.
Menurut laporan China Press, tidak dapat dipastikan bagaimana lintah boleh masuk ke dalam vagina kanak-kanak itu kerana dia selalu memakai seluar panjang dan jarang keluar dari rumahnya.
Bahkan, kanak-kanak itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda sakit dan dia hanya menangis apabila lintah jatuh lantas terus dibawa berjumpa doktor. Sampai saja di hospital, doktor memberitahu meskipun lintah tidak beracun, namun ia mengambil sedikit masa untuk pendarahan berhenti.
Thanawong turut menambah, walaupun anak saudaranya telah menjalani ujian pemeriksaan, namun doktor masih memantau kesihatannya jika terdapat kesan buruk yang lain.
Pendarahan vagina kerana lintah bukan kes pertama terjadi
Insiden ini bukan satu-satunya kes yang berlaku di Thailand kerana pernah sebelum ini kanak – kanak perempuan berumur lima tahun turut mengalami kejadian serupa.
Selain gatal di bahagian kemaluannya, kanak-kanak itu turut memberitahu ibunya bahawa dia merasakan seperti alat kelaminnya digigit semut dan berbau busuk.
Selepas keluar darah, ibu bapa kanak-kanak tersebut bergegas membawanya ke hospital dan doktor menemui serangga dalam kemaluannya.
Atas sebab itu, doktor menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawasi tempat anak-anak bermain dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika muncul sebarang keabnormalan.
Demi keselamatan kanak-kanak, ibu bapa juga harus memberi perhatian kepada pakaian yang disidai di luar rumah supaya tiada serangga yang melekat atas pakaian mereka.
Kajian dari penyelidikan
Satu kertas penyelidikan pada tahun 2003 telah diterbitkan oleh Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Chulalongkorn Bangkok mendapati pendarahan vagina disebabkan lintah adalah masalah unik yang berlaku di negara tropika.
Hasil kajian juga mendapati 10 orang kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun mempunyai pengalaman yang sama selepas berenang di sebuah sungai atau kolam.
Dalam satu kes, seorang kanak-kanak memerlukan pemindahan darah kerana mengalami pendarahan yang teruk.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Penulis asal Asia One. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-membersihkan-kemaluan-bayi-perempuan